Friday, 30 December 2011

~Sinis~

Telah ku baca luahan tidak puas hati,
Menyalahkan aku tak henti-henti,
Minta kau cerminkan diri sendiri,
Sebelum orang lain kau caci

Memang cacian seharusnya layak buat mu,
Tapi tidaklah aku maki m selalu,
Bila apa yang aku larang kau tetap begitu,
Perlukan pujian ku hulurkan buat diri mu

Bicara siapa yang memulakannya,
Acapkali terpacul macam benda biasa,
Pernahkah kau fikirkan akibat daripadanya,
Semua yang ada pasti akan binasa

Sesen duit mu tidak pernah aku pinta,
Jika ada barang sedikit cuma,
Untuk menampung belanja hujung bulan kita,
Hal ini pun kau nak berkira semua

Telah berulang kali peluang kau minta,
Setiap kali juga kau akan berdusta,
Sampai bila harus ku diam dari berkata,
Aku tidak dayus bukan tidak bermata

Acapkali kau persoalkan kesetiaan ku,
Pernahkah kau percaya pada lafaz ku,
Akad ku dulu hanya untuk mu,
Mahu ku kekal hingga sampai ke situ

Aku tidak pernah rasa mahu membenci mu,
Tapi perangai mu menjadikan aku begitu,
Memang tiada maaf dari ku buat diri mu,
Kerana dirimu hati ku keras membatu

Salam tahniah juga daipada ku,
Kau bakal menjadi pengantin baru,
Cukup-cukuplah kau mengintai page aku,
Dan buangkan OLDBOYS dalam diarimu

MC TeTtA LoG : oLdBoYs
Lokasi : Batang Kali
Tarikh : 301211
Masa : 2348
Mood : Blues Sadis

Saturday, 24 December 2011

Persoalannya.......

Bagai di bukit ia menyalak,
Begitu juga pintu itu kau selak,
Ia cukup membuat aku gelak,
Tak habis lagi kau mahu melalak

Cukup-cukuplah ia bertona sadis,
Ceritanya makin lama menjadi kudis,
Berantakan pecah disambung susah,
Khuatir nanti ada yang kena belasah

Paksi serong tegaknya condong,
Berat isinya buah melendong,
Takkan petir bicara mu tidak bebedung,
Atau ada sesuatu cuba kau selindung

Cacar bicara mu buat ku meluat,
Ia seakan-akan tidak kau buat,
Mungkin kau cuma menunjuk kuat,
Berbulu mata ku bagai naik ketuat

Bagaimana caranya agar kau faham,
Sudah terkacip sudah berlaga si geraham,
Apa yang dilaku bakal menjadi saham,
Tak mampu bara neraka itu dibaham

Mana yang hak mana si batil,
Semuanya habis melara kau bedil,
Dari kurus isinya kian menjadi montel,
Sedarlah kita semua insan yang kerdil

wAnNa LoG : CoMmAdDiX
Lokasi : Batang Kali
Tarikh : 241211
Masa : 2230
Mood : Blues Pelik

Friday, 23 December 2011

Salam

masih terngiang hembusan lalu itu,
memercik kerisauan ke dalam kalbu,
ternganga terpana diam membatu,
adakah sebabnya perutku sebu

adakah daun namaku telah gugur,
adakah itu sebabnya aku ditegur,
ya rabb akuini masih menganggur,
tiada amalan waima sebesar anggur

terasa amat  kerdil diri ini,
banyaknya khilaf tidak terperi,
mampukah aku mengadap sebegini,
pasti disoal tak dapat ku lari

maafkan aku wahai semua,
andai ini bicara terakhir kita,
sesungguhnya ia hadir tak tunggu tua,
kelu lidah ku tidak terkata

andai ada janj-janjii ku mungkir,
minta dihalal usah diungkit,
andai ada duit anda aku kikir,
mari cerita ku tak mahu sakit

jika ia sudah sampai ke ubun-ubun ku,
minta jangan biarkan lidahku kaku,
izinkan aku melafaz syahadah itu,
aku tak ingin menjadi makanan si batu


salam log : commaddix
lokasi : klang utama
masa : 2011
tarikh : 131211
mood : blues terpana

Wednesday, 7 December 2011

Monoloq Hati V

Senjakala telah lama melabuh,
Diiringi si cengkerik beritma riang,
Sekarang ketika menuju ke subuh,
Melankoni sepi ini jengah mendatang

Lagu medley menjadi teman,
Menyirami bunga penuh setaman,
Tapi blues ini sudah berzaman,
Minta minggir tak makan saman

Soalan sama acapkali diucap,
Menusuk dalam benak tidak sekejap,
Tiada kata mampu ku ungkap,
Takkan terjun ke luar tingkap

Kelu lidah bagai dipaku,
Ku kecap bibir sejuk membeku,
Bila agenda mega akan dilaku,
Apakan daya belum penuh saku

Diam aku senyum sendiri,
Melayan perasaan tak penah henti,
Mungkin hikmah ia ranjau berduri,
Manakan tahu rezeki besar bakal menanti

Mata ku katup cuma separa,
Memikir masalah banyak perkara,
Kalau dihitung tidak terkira,
Aku manusia bukan si para-para

Telah ku diam ia berbisik,
Terjahan yang sama amat asyik,
Bila masanya bisa ku risik,
Jambangan teratai di tengah tasik

MeLaNkoNi LoG : CoMmAdDiX
Lokasi : Taman Klang Utama
Tarikh : 081211
Masa : 0008
Mood :Bluas Hati Merisik

Sunday, 4 December 2011

Munafik

Sungguh sadis ku mendengar kisah mu,
Buat ku terawang duduk termangu,
Rasa kesian sudah menusuk ke kalbu,
Manakan ku tahu semuanya palsu,

Kebodohan mu kini terdedah satu persatu,
Rancangan halus mu semua sudah ku tahu,
Tak mungkin aku menjerat kaki ku di situ,
Tak kan ku ikut apa yang kau mahu

Kenapa kamu hanya mampu duduk membatu,
Tidakkah kau rasa punggung mu sudah kematu,
Adakah kamu sudah hilang sebelah sepatu,
Sememangnya adakah kamu bersifat sebegitu,

Berapa ramai sudah kau tipu,
Tidakkah kau tahu rasa sedkit malu,
Jangan nanti kau tergolek malu tersipu,
Memohon ikhsan minta jangan dipalu

Sedih aku mengenangkan sikap mu,
Kau buat aku kini rasa amat berbulu,
Kenapa sifat munafik pilihan akhir mu,
Walhal persahatan kita semua itu lagi perlu

Anggap saja tiada apa yang berlaku,
Kisah mu tidak lagi akan aku ambil tahu,
Jangan sampai muka kau aku siku,
Silalah ke mari kalau itu yang kau mahu

bErBuLu LoG : CoMmAdDiX
Lokasi : Batang Kali
Masa : 2343
Tarikh : 041211
Mood : Blues berbulu

Wednesday, 30 November 2011

Da'ie Cinta

Jangan kerana terlalu kasih,
Kebenaran di mata semua kau sisih,
Jangan juga kerana sayang,
Segala pertimbangan mu melayang

Cinta sejati seharusnya telus,
Merafa' tinta cahaya yang tulus,
Jangan sebab rupa dan juga pulus,
Baru hasil akhirnya cantik dan lulus

Ikhlaskan niat kata sepakat,
Baru balasannya semua berkat,
Buang niat buruk hitam memekat,
Kelak hasilnya tersekat-sekat

Dai'e cinta mula berbicara,
Aku hadir ini untuk siapa,
Adakah seorang pelakon biara,
Akhirnya pulang semuanya hampa

Kepingin kasih cinta hakiki,
Cinta si Agung ingin ku miliki,
Adakah cacian dan caci maki,
Mengiringi hadir ku mengadap Ilahi

Harap tertera satu kalimah,
Terima cinta ku penuh hemah,
Walaupun ku tahu aku hamba yang lemah,
Bila jasadku bertemu si pamah


HeLa LoG : CoMmAdDix
Lokasi : Karayalai
Masa : 1500
Tarikh : 011211
Mood : Blues Kepala Laloq

Sunday, 20 November 2011

Simetri Kasih

Bukan senang mahukan ia sejalur,
Juga payah kehendak ia sejajar,
Kalau kasih sejati tidak dihulur,
Jangan berharap boleh dikejar

Tiada rumus boleh diguna,
Kerana ia hadir tanpa dipinta,
Tiada formula bisa dijaja,
Kerana ia lumrah biasa mahu dicinta

Berkasih tidak menggunakan statistik,
Buat penyelesai masalah bersilih,
Gunakanlah akal walaupun hanya sedetik,
Moga nanti tidak tersalah memilih

Neraca kasih mu biar seimbang,
Jangan berat sebelah tidaklah sumbang,
Banyakkan buat dari asyik bergebang,
Nanti kasih mu hilang cinta mu terbang

Segerakan mana yang perlu dahulu,
Usah bertangguh jangan menunggu,
Takut kelak lafaz mu liat jadi kelu,
Akhirnya termenung duduk termangu

Dahulukan yang hak tinggalkan yang batil,
Walaupun beratnya hanya setahil,
Tidaklah menyesal sendiri lalu terkutil,
Simetrikan kasih mu usah selamanya jahil

SiMeTrI LoG : CoMmAdDiX
Lokasi : Batang kali
Tarikh : 201111
Masa : 2210
Mood : Blues Simetri

Monday, 7 November 2011

Ekperimentasi Blues

Berekperimentasi minda kini,
Mengalun bicara pembuka hati,
Melayan melankoni tak pernah mati,
Maka terbitlah bingkisan sepi ini

Menggambir luka parah itu,
Seakan merosak menambah pilu,
Kerna pastinya ianya tak akan bersatu,
Tak usah dicanang tak perlu dipalu

Dicicip darah kasih terpisah,
Seakan mengalir tak henti basah,
Tapi kini semua ku tak kisah,
Telah ku jumpa pengganti yang sah

Lebuhraya cinta baru sedang dibina,
Penyambung hikayat untuk ke sana,
Akan ku pupuk agar ia tidak lena,
Dibuai yang indah karam tak semena

Ukirkan senyuman wahai si pujangga,
Si arjuna ke mari berteman sang bunga,
Buat pengganti maksud tersemat,
Dirimu ku sunting cintaku yang amat

Moga ianya akan sentiasa kekal,
Cintaku tulus bukannya nakal.
Hanya dengan mu ku inin siapkan bekal,
Untuk ke sana disertakan doa dan juga tawakkal

EkPeRiMeNtAsI LoG : oLdBoY
Lokasi : Batang Kali
Tarikh : 081111
Masa : 0010
Mood : Blues Melankoni

Saturday, 5 November 2011

Blues Malam Ini

Gema takbir berkumandang lagi,
Beritma lantang memecah sunyi,
Tapi aku semacam layu lesi,
Melayan blues kosongnya hati

Bagaimana mungkin ia ku akhiri,
Jika tanganku bertepuk bersendiri,
Bila mungkin ianya dapat ku atasi,
Jika segalanya bercanggah formasi

Alunan takbir ini seakan memahami,
Beraya aku sendiri tiada istilah kami,
Sedih hampa semuanya seakan bersemi,
Kontangnya jiwa ku sukar diselami

Ku kepingin kucupan di dahi,
Buat mu insan bergelar isteri,
Agar terhapus segala resah di hati,
Moga senyuman mu itu penyeri hari

Adakah dikau bakal ku temui,
Apakah dikau selayaknya ku miliki,
Bilakah munculnya dikau wahai bidadari,
Jawapannya aku sendiri tidak pasti

Izinkanlah aku dirimu ku dekati,
Benarkanlah hatimu aku miliki,
Terimalah aku untuk perkongsian ini,
Sendiri ini benar-benar menyiksa diri

KaHwIN LoG : CoMmAdDiX
Lokasi : Batang Kali
Tarikh : 051111
Masa : 2222
Mood : Blues Mau Kawen..adeyhhh

Sunday, 30 October 2011

Menyawan di Genting

Sila lagukan mengikut lagu Altimet~ Syukur

Pukul 9 pagi,
Sinar, dayah nonie sudah ke mari,
Singgah sebentar pekena mee,
Sebelum upacara kami mendaki

Mana Hydo dan juga Suri,
Tak nampak hidung tak muncul lagi,
Menggigil lutut kepala dan juga kaki,
Izinkan kami berlalu pergi

Akhirnya ketemu di sini,
Di Awana Skyway kami berjanji,
Hydo marah pada si nonie,
Nasib baik tak teruk kena maki

Semua niat sama di hati,
Pergi bergembira dan juga berjoli,
Cuma kikin and the gang tak ada lagi,
kami penah menunggu, jadi

(chorus)
Syukur, kami ke taman tema ini,
Syukur, ku jejak kaki lagi ke mari,
Syukur, rasa tak sabar di hati,
Mahu merendak ke sana sini

(chorus)
Syukur, Kikin akhirnya ke mari,
Syukur, Semua bergabung kembali,
Syukur, Semuanya ada di sini,
Apa lagi mari memanjang kaki

Spinner mainan pertama kami,
Pecah perut melihat Nonie,
Pejam mata dan katup gigi,
Itulah akibat pura-pura berani

Roller coaster hala tuju kami,
Semangat membara tidak terperi,
Tapi khairul kurang berani,
Katanya beraninya limit di sini

Si kikin cuba sekali,
Pening lalat tidak terperi,
Minyak cap kapak peneman diri,
Sapu kepala macam selori

Kesian juga cik aizu ini,
Kurang sihat membawa diri,
Harapan mahu berjumpa ctani,
Tetapi akhirnya tidak menjadi

(chorus)
Syukur, Zohor menjengah lagi,
Syukur, Ayuh tunaikan usah dinafi,
Syukur, kena beringat walaupun happy,
Tanggungjawab kita pada Ilahi

(Chorus)
Syukur, Kami masih di sini,
Syukur, Tengok semuanya gembira sekali,
Syukur, Harap akan ada lagi,
Event bersama dan juga berjoli

Cik Aizu duduk menyendiri,
Rupanya gastrik menyerang diri,
Patut mecok sejak dari pagi,
Mari-mari Pizza Hut menanti

Berjoli sakan hingga ke petang hari,
Wajah ceria jelas terperi,
Walau ada rasa tak puas hati,
Sebab tak semua mainan dapat dirai

(chorus)
Syukur, Perjalanan tamat di sini,
Syukur, Longgar lutut dan kaki,
Syukur, Semua nampaknya happy
Moga akan ada event lain kali

(chorus)
Syukur, Kami mengundur diri,
Syukur, Tergenggam erat silaratulrahim ini,
Syukur, Kenyang letih semua bersemi,
Bersama selamanya indahnya memori


gEnTiNg LoG : CoMmAdDiX
Lokasi : Batang Kali
Masa: 2236
Tarikh: 301011
Mood: Blues Sawan Patah Rusuk

Saturday, 29 October 2011

Hujan Cinta

Bagai minyak penuh ia ditatang,
Penuh warna-warni ia mendatang,
Membujur lalu ia setentang,
Hadirlah dikau tidak ku tentang

Hujan malam seakan mengerti,
Menemani banjir si isi hati,
Menakung limpahan cinta sejati,
Memang ini sebenarnya lama ku nanti

Semakin lama ia semakin lebat,
Ku payung cintanya yang maha hebat,
Tak mahu ianya layu terhambat,
Pasti nanti aku akan termagu lambat

Doaku pada-mu pencipta alam,
Jangan biarkan sinaran ini kelam,
Izinkan aku ke dalam untuk menyelam,
Meneroka yang baru lupakan yang silam

Di celahan hujan cinta ini aku berteduh,
Mencari ritma padanya suatu yang ampuh,
Agar kelak aku tidak sama sekali mengaduh,
Juga tak mahu rentaknya lemah lalu lumpuh

Sepi sang malam menjadi teman,
Buat diriku yang kian dimakan zaman,
Anganku nanti biarlah tercipta satu laman,
Dengan dirinya tegar mahu ku jadikan peneman

hUjAn LoG : CoMmAdDiX
Lokasi : Taman Klang Utama
Masa : 2116
Tarikh : 281011
Mood : Blues Selamanya

Wednesday, 12 October 2011

Sengal Badan

Kokok ayam menyapa pagi,
Bermula lagi rutin sehari,
Tuala dicapai lantas ku mandi,
Tidak lupa digosok gigi

Otak ligat mencari isi,
Apa program bakal menanti,
Pasal selalu plan tak semua menjadi,
Ikut keadaan dan juga rezeki

Ku panas enjin semalaman mati,
Kuda khidmat dah lama berbakti,
Kalaulah ia pandai pinta itu dan ini,
Pasti aku jadi separuh mati

Berpanas terik rutin sehari,
Membakar keringat demi sesuap nasi,
Sambil gelagat manusia aku asyik perhati,
Ada pelbagai macam itu dan ini

Lenguh badan usah dikata,
Terasa badan habis dibata,
Tak sungguh aku tak melata,
Kalau baring terus tutup mata

Mohon dimudah segala urusan,
Baik perbuatan dan juga lisan,
Kalau asyik melanggar pesan,
Lama-lama aku boleh pengsan

PeNaT LoG: CoMmAdDiX
Lokasi: Klang Utama
Masa: 2011
Tarikh: 121011
Mood: Blues Sakit Badan

Saturday, 8 October 2011

Penjara Cinta

Tidak ku cari si Rabiatul Adawiyah,
Kerna aku bukan seperti Bilal bin Rabah,
Aku bukan mencari kesempurnaan,
Kerna ku tahu zahir batin ku penuh kecacatan

Harus ku sabar dugaan menduga,
Ia tidak semudah menaiki tangga,
Harus ku tunggu keredhaan itu,
Baru terijab kita bersatu

Perlahan torehan luka itu disimpul,
Terubat sedikit tidak lagi berkumpul,
Kini hati bagai kembali disampul,
Wap-wap kasih mula berkepul-kepul

Harap janji kita dapat dikota,
Walau harus tunggu beberapa purnama,
Jangan niat ini akhirnya disita,
Biarlah ia jadi tujuan kita yang utama

Bila agaknya ke dimensi baru,
Dimensi ceria menemani aku,
Tak mahu menyalin atau pun meniru,
Biar cinta ini cair membeku

Suka aku biarkan puisi berbicara,
Bagai melepas lelah dan juga lara,
Lega sanubari bila semua telah tersira,
Tidaklah aku jadi sesumbang kera


bLuEs LoG : EcHoLiNe
Lokasi : Batang Kali
Masa: 2305
Tarikh : 300911
Mood: Blues sendiri

Puisi Untuknya

Maafkan aku jika ia salahku,
Bukan berniat menipu dirimu,
Ampunkan aku jika ia khilafku,
Cuma belum masa memberitahumu

Memang sengaja ku simpan pesanannya,
Buat senjata menentang si durjana,
Itu langkahku berisap siaga,
Manakan tahu kelak dia memula bicara

Aku amat kenal peribadinya,
Akan dicuba segala cara,
Baik buruk bukan perkiraannya,
Asal dapat apa yang dicita

Bukalah mata celikkan hati,
Kasihku buatmu seakan air dikali,
InsyaAllah ianya tak akan terhenti,
Biar membawa hingga bertukar dimensi

Memang cemburu itu perlu,
Tapi jangan biarkan ia melulu,
Takut nanti lidah seribu kelu,
Bila yang dirancang semua berlalu

Pohon doa setiap waktu,
Agar segera kita menyatu,
Juga mohon doa restu,
Redha orang tua seharusnya jitu

KaRaT LoG : CoMmAdDiX
Lokasi : Klang Utama
Masa : 0640
Tarikh : 290911
Mood : Blues Senyum Kambing:)

celahan malam

tertusuk sepi di kala malam,
berteman cahaya agak kelam,
tona jiwa mula menyelam,
mencari mana hilangnya si anak palam

jauh sudah hati berbalam,
luka lama masih mendalam,
mungkin ini putaran alam,
menduga mengurai kisah silam

jatuh tersadung lalu terlipat,
capaikan juga apa yang sempat,
blues bergema nada merempat,
mencari damai mana nak dapat

celahan malam ia berlagu,
duduk sendiri lalu termangu,
tidak pasti apa yang ditunggu,
juga tak tahu apa mengganggu

mungkin ada terselit hikmat,
untuk aku rasa sedikit nikmat,
atau mungkin aku tak cermat,
membiar berlalu apa tersemat

amat tidak adil rasa ini,
membiar aku tersadung di sini,
sampai bila harus aku begini,
kecamuk jiwa tidak berseni

malam log : commaddix
lokasi : klang utama
masa :2300
tarikh : 270911
mood : blues malam

Sunday, 18 September 2011

Sawan Open House

Gendang gendut tali kecapi,
Kenyang perut suka hati,
Indah sungguh suasana aidilfitri,
Jemputan rumah terbuka sana sini

Tuai padi antara masa,
Esok jangan layu-layuan,
Berkumpul semua tiada memaksa,
Berborak sopan menjadi sawan

Dagang pak malau dagang berlipat,
Dagang hamba melintang lalu,
Popia cik sinar kena makan cepat-cepat,
Kalau lambat tinggal bahulu

Pat pat siku lipat,
Siapa cepat dia yang dapat,
Lain masa di lain tempat,
Makan lagi sotong berketupat

Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang tiga,
Makan minum usah ditegah,
Cik Noni laju tak perlu dipelawa

Pecah kaca pecah gelas,
Sudah baca wajib balas,
Suruh memandu ctani malas,
Bab makan hilang sekilas =))

Pen merah pen biru,
You marah i love you,
Maddix sawan jangan membiru,
Cuma mengekal adat melayu

KeNyAnG LoG : CoMmAdDiX
Lokasi : Batang Kali
Masa : 2203
Tarikh : 180911
Mood : Blues Pecah Perut =))

Tuesday, 13 September 2011

Dialog Sepi

Seperti pantomen ku beraksi bisu,
Seperti wayang kulit diatur langkahku,
Seperti opera cina pekak telingaku,
Seperti mengerti cintaku kini kaku

Bukan kesempurnaan yang ku cari darimu,
Cuma ku mahu kau tampung kekurangan diriku,
Bukan kemewahan yang ku pinta darimu,
Cuma ku mahu kau berkongsi kasih denganku

Rona kehidupan sentiasa berliku,
Menguji kegentalan dalam diriku,
Bagai kosong tiada apa di saku,
Kenapa cintaku seakan disiku

Hilaian tawamu penghibur hatiku,
Tatkala diri seakan longlai lesu,
Minta menjengah ke dalam hatiku,
Usah kau pergi aku tak pernah restu

Coretan ini berdendang perantau,
Luahan hati yang amat risau,
Takut kasih hatinya nanti disantau,
Enggan membenar cintanya ditoreh pisau

Mohon segera ditunjuk jalan,
Jangan ia temui kegagalan,
Juga tak mahu penuh sesalan,
Membenar sayangku menjadi siulan

DiA LoG : CoMmAdDiX
Lokasi : Klang Utama
Tarikh :14 Sept
Masa : 0700
Mood :Blues aja-aja fighting

Monday, 12 September 2011

Perisai Kasih

Ku semai kasih berulam cinta,
Buat padanya janji dikota,
Tak mahu janji dipersenda,
Minta dilunaskan dengan segera

Tertangguh niat terbantut nawaitu,
Bila janji belum direstu,
Lapangkan tangan tolonglah bantu,
Agar senang kami menyatu

Cinta ikhlas itu sudah lama ku tunggu,
Membangkitkan diri yang asyik termangu,
Membantu monolog sepi ini kembali berlagu,
Segerakanlah ia tak mahu ritmanya terganggu

Apa lagi harus ku laku,
Mencairkan hatinya yang dingin beku,
Setiap langkahku seakan sendiri kaku,
Risau impian tak akan berlaku

Pekik si kompang seakan membisu,
Tiada lunak sepi seakan palsu,
Agak kuat dugaan ini dari-mu,
Minta dipermudahkan doaku tanpa jemu

Tiada jalan sepintas itu,
Membiar kasih ini terus membatu,
Akan ku usaha segala yang mampu,
Membuktikan kasihku padamu tidak tepu


SaYaNg LoG :EcHoLiNe
Venue : Taman Klang Utama
Masa : Sekitar jam 0700
Tarikh :14 Syawal
Mood : Blues,blues dan blues

Wednesday, 7 September 2011

Blues 070911

Berteman lappy aku menyanyi,
Nyanyian jiwa berteman sunyi,
Lagu itu dijadikan penyaji,
Melayan blues beritma ketika ini

Lelah si otak usah dinafi,
Melayan karenah hari ini,
Mata berair berulang-ulang kali,
Cuma aku buat-buat tak reti

Syurga mata sudah lama menanti,
Bagai memangggil pulang si burung merpati,
Namun berat sungguh rasa hati,
Membiar blues ini terus berhenti

Piala dunia sudah bermula lagi,
Tapi aku mampu tersengih tunjuk gigi,
Tiada siaran astro amatlah rugi,
Kedai mampley haram nak pergi

Terasa malam kelam amat terpencil,
Tiada pekikan nyaring si makhluk kecil,
Pelik juga tiada rasa mahu terkucil,
Adakah blues malam ni blues si anak kancil

Esok ku mahu teruskan puasa,
Kerja juga seperti biasa,
Mahu badan jadi makin perkasa,
Utuh melawan segala bisa

LeBaM LoG : CoMmAdDiX
Lokasi : Batang Kali
Masa : 2309
Tarikh : 9 Syawal
Mood: Blues Sawan Mata

Saturday, 3 September 2011

Astaka Cinta

Sayup sayu ku dengar suaramu,
Merintih sedih perihal berlaku,
Aku juga merasa apa yang berlalu,
Mungkinkah ini pengakhiran layu

Masih terngiang gelak tawamu,
Ianya asli tiadalah palsu,
Mungkin ianya tak lagi bertamu,
Mengisi hari-hari ku yang lesu

Adakah ini dugaan pertama,
Sebelum benar melangkah episod seterusnya,
Apakah ini betul kehendakNya,
Menguji kental dan utuhnya jiwa

Terasa sakit ditusuk sembilu,
Membenar kasih sedih dan pilu,
Jika pengkhabarannya telah dipalu,
Inilah masanya izinkan aku berlalu

Biar kasih dinaungi doa restu,
Bagi menampung perjalanan itu,
Jangan membantah walaupun satu,
Kelak binasa gagallah menyatu

Terbaring sakit aku kaku,
Harapkan ia tidak mahu berlaku,
Blues hidupku penuh berliku,
Mungkinkah ini yang terbaik buatku

DuGaAn Log : oLdBoy
Lokasi : Btg Kali
Tarikh: 6Syawal
Masa : 0540
Mood : Blues Dugaan

Friday, 2 September 2011

Bingkisan Ini

Blues ini melanda lagi,
Seakan tebal tiada naluri,
Membiar aku terkapai sepi,
Di alam khayalan tiada terhenti

Mendung petang seakan memerli,
Sunyi terpasung lekat mati,
Awanan hitam terus tersemi,
Mengiringi jiwa kelam hati

Sudah menjengah pintu aidilfitri,
Tapi aku masih juga tiada serii,
Bila akan berlalu dinihari,
Dalam kesamaran aku masih mencari

Sudah aku agak ia bakal terjadi,
Bila hati sudah terbahagi,
Semua akan diam menyendiri,
Membiarkan ukhuwah itu terlerai sendiri

Perasaan ini amat ku benci,
Kenapa ianya harus terjadi,
Adakah kita hanya mementingkan diri,
Membiar ego itu meninggi lagi

Sudah hilang semua gusi,
Gelak tawa semua menyepi,
Jika salah itu hadir dari diri ini,
Maafkan aku atas kekhilafan diri

SaYu LoG: EcHoLinE
Lokasi: Batang Kali
Tarikh: 4 syawal
Masa:1824
Mood: Blues sayup

Friday, 26 August 2011

Salam Lebaran

Indah suasana terhias rupa,
Sama menyambut bulan mulia,
Hadirnya sudah tidak berapa lama,
Muslimin muslimat menyambut hari raya

Gegak gempita bunyi meriam,
Habis laman semua disiram,
Yang baru menggantikan yang suram,
Menyambut syawal semua tersergam

Pulang ke desa si anak rantau,
Hati berbunga seperti disantau,
Meriahnya raya usah dipantau,
Sedapnya macam makan kuetiau

Lemang dodol juadah terhidang,
Buat hidangan para yang datang,
Makan minum sampai ke petang,
Jangan sampai semua terbungkang

Anak-anak kecil berlari girang,
Duit raya menjadi habuan,
Jangan sampai bergadai barang,
Lepas raya pasti jadi tak siuman

Salam syawal salam lebaran,
Ampun maaf aku hamparkan,
Moga syawal disirami sinaran,
Kesejahteraan semua aku doakan

Amin

SyAwAl LoG : EcHoLiNe
Lokasi : Batang Kali
Tarikh : 27 Ramadhan
Masa : 1028
Mood: Blues Syawal

Thursday, 25 August 2011

KaWaN

Bagaimana harus ku katakan,
Takkan aku hanya boleh berkawan ikan,
Aku juga kepingin teman,
Temani hari-hari yang bosan

Kenapa harus ada dusta,
Kamu lemparkan tanpa usul periksa,
Tidakkah kamu juga serupa,
Keluar bersama rakan sesama

Aku pelik lagi hairan,
Kenapa ianya menjadi bualan,
Walhal kita semua kawan,
Sejak mula semua menyawan

Pernahkah cuba kamu fikirkan,
Tindakan kamu hanya megeruhkan keadaan,
Tidakkah pernah kamu relevankan,
Sebab darinya kita semua bakal berlawan

Jangan disebabkan ia,
Semua hati mula mencuka,
Kelak tiada apa cuma,
Tinggal kenangan bagai segala

Jika benar-benar dia jodohku,
Biarlah Allah menjadi penentu,
Jangan suka lempar tomahan melulu,
Sesungguhnya nasib sendiri kita tak tahu

kAwAn LoG: EcHoLiNe
Lokasi: Klang Utama
Masa:0635
Tarikh: 26 ramadhan
Mood: blues berkawan tak mahu lawan

Friday, 19 August 2011

Ratapan Ramadhan

Kuthbah semalam terasa sayu,
Intipati diamati satu persatu,
Memang benar Ramadhan bakal berlalu,
Meninggalkan kita tidak menunggu

Terasa amat kerdil diri ini,
Bila terbayang muhasabah diri,
Banyak salah tangan dan kaki,
Belum termasuk zulmat di hati

Lama sudah air mata tidak gugur,
Semacam mengalir deras tiada berundur,
Mengenang betapa aku ni amat mundur,
Ya Allah sudah lama aku menganggur

Selesai solat doa dipanjat,
Hamba malu meminta hajat,
Bila dosa terkepul amalan sekerat,
Jangan jadi diriku insan keparat

Basah pipi rasa panas sekali,
Ego ku hilang semua ke tepi,
Mungkinkah rezeki aku masih di sini,
Akhir kalam dalam naungan Ilahi

Ampun maaf ikhlas tulus dari hati,
Buat semua yang pernah aku sakiti,
Aku sedar aku tidak sempurna pasti,
Salam Ramadhan dan Salam Aidilfitri

sLoW LoG : CoMmaDdiX
Lokasi : Batang Kali
Masa : 1313
Tarikh : 20 Ramadhan
Mood : Blues Pedagang Sepi

~Srolunh~

Tak bisa diucap dengan kata-kata,
Cuma puisi pengganti bicara,
Tapi maksudnya tetap sama,
Menyatakan isi dan kata-kata cinta

Bagaimana harus dihapuskan stigma,
Bagi mereka yang suka mencerca,
Seperti mereka tahu butir bicara,
Menjaja cerita mengadu domba

Makin hari makin gembira,
Hamparan kasih ini membina empayar,
Adakah dikau rasa apa yang ku rasa,
Bila agaknya bahtera itu akan berlayar

Tidak tahu kenapa semakin menggila,
Kelocak hati mahu bersama segera,
Mungkin khuatir dikau diragut pujangga,
Sedia menyambar dikau bila-bila masa

Mungkin inilah kurniaan Ilahi,
Limpahan rasa ternukil puisi,
Dihambur semua memuaskan hati,
Cara ini selalunya menjadi

Otak bengong di kala dinihari,
Ilham tercurah dari hati,
Buat tatapan semua yang mengerti,
Sawan puisi ku datang lagi


hahahahaha...wenggggg!!!

PoEm LoG :oLdBoY
Lokasi : Batang Kali
Masa : 0006
Tarikh : 20 Ramadhan
Mood : Blues Sawan Mengundang

Pautan Kasih

Maafkan aku semua hati,
Tidak semua hajatmu mampu ku penuhi,
Ampunkan aku semua hati,
Jangan kernanya aku dibenci

Hadirku cuma sekulit cuma,
Menumpang kasih pada semua,
Bukan kesempatan ini yang ku pinta,
Cuma ruang untuk bercinta

Aku sedar diri ini siapa,
Tiada indah untuk disapa,
Tiada menarik untuk dijaja,
Cuma khilaf banyak tercipta

Hadir semua mengindahkan hari,
Hari berlalu selalu berseri,
Jangan kerna ada iri,
Semua pergi meninggal diri

Harap semuanya mengerti,
Aku masih mencari jati diri,
Usah berharap itu dan ini,
Tak mahu termakan hati sendiri

Risau Log : kerengkoz
Lokasi : Klang Utama
Masa : 0703
Tarikh : 19 Ramadhan
Mood : Blues Makan Hati

Tuesday, 16 August 2011

C.i.N.t.A

Kenali dirinya bagiku satu rahmat,
Pelerai sakit sudah lama tersemat,
Kenali dirinya bagaikan satu nikmat,
Terasa segar diri tersangat amat

Kasihi kekurangan ku dengan kelebihan diri mu,
Tampung cela ku dengan pelengkap diri mu,
Tutup cacat ku dengan kesempurnaan diri mu,
Hiasi luka ku dengan penawar diri mu

Tatkala diri ini bagai tersimpuh,
Dikau hadir sebagai penyembuh,
Saat diri ini seakan lumpuh,
Segera hadir mu diri ku diampuh

Semakin lama diri mu ku temu,
Semakin aku jemu dengan status diriku,
Semakin hari semakin termagu,
Semakin hai semakin merindu

Doaku pada mu cuma satu,
Jika benar kau tercipta untuk ku,
hasil dari tulang rusuk kiri ku,
Mohon Allah segera tunaikan hajat ku

Terasa tenang amat sekali,
Bila dirimu aku temui,
Indah dirimu bak bidadari,
Harap ia tidak terhenti di sini

Paluan Kompang seakan mengerti,
Merai tautan dua hati,
Moga kasih ikhlas ini terus tersimpul matii,
Hingga akhir hayat ku nanti

Amin

JiWaNg LoG : CoMmAdDiX
Lokasi : Batang Kali
Masa : 1449
Tarikh : 17 Ramadhan
Mood : Blues Jiwang Karat

Saturday, 13 August 2011

Pagi Yang Blur

Bangun sahur seperti selalu,
Muka sembam makan nasi tak mahu,
Belasah kuetiau tanpa segan silu,
Badak berendam pun habis dipalu

Segera ke surau tunaikan jemaah,
Berteman batuk bersama lelah,
Bilalah gamaknya ia mahu blah,
Sudah lama ia menyinggah

Selesai subuh tilam dipinta,
Mahu lelap seketika cuma,
Tapi berjam-jam aku membuta,
Alamak seluar direndam hampir dilupa

Mengadap 4shared mencari ia,
Lagu lama sudah lama tercipta,
Hangat masa zaman muda remaja,
Yahoo akhirnya ku jumpa jua

Melonjak girang usah dikata,
Senyum melebar sampai ke telinga,
Boleh dilayan di mana-mana,
Tapi sayang itu hanya nikmat dunia

Hari ini mahu bikin apa,
Terasa bosan usah dikata,
Mahu saja aku membelah dunia,
Meronda-ronda dengan si dia

bOrEd LoG : CoMmAdDix
Lokasi : Batang Kali
Masa : 1126
Tarikh : 14 Ramadhan
Mood : Blues batuk terkehel...

Tuesday, 9 August 2011

Lirikan Mata

Agak lama aku berduka,
Sudah lama aku menderita,
Adakah mungkin aku temui pelita,
Pelita subur terangi jiwa

Mungkinkah dia yang aku jumpa,
Adakah dia selayaknya bersama,
Bantulah aku dalam memilihnya,
Tak mahu pisang berbuah kali kedua

Kesal itu masih di dada,
Takut itu masih di bernyawa,
Segan itu masih bertanya,
Malu itu masih bertakha

Memang benar ku dambakan cinta,
Memang sahih jelas dan nyata,
Mohon roh itu kembali ke sana,
Moga dapat ku kaut manfaat darinya

Kembalikan aku gelak dan tawa,
Iringi hari berlalu bersama dirinya,
Agar ku rasa ianya sempurna,
Tidaklah mahu rugi selamanya

Siapakah gerangan kuntuman itu,
Semakin lama semakin mekar bau mu,
Menjalar memikat si kumbang lesu,
Marilah rapat kita berkenalan dahulu

Kalau dia tercipta buat ku,
Izinkan aku melamar diri mu,
Agar nanti kasih ini bersatu,
Selamanya itu hajat ku

kAsIh LoG : CoMmAdDiX
LoKaSi : kLanG uTaMa
MaSa : 0600
TaRiKh : 10 RaMaDhAn
MoOd : bLuEs KaSiH

Sunday, 7 August 2011

Monolog Bisu

Acapkali kau datang mengganggu,
Kenapa kini kau baru mahu termangu,
Semua episod kita sudah berlalu,
Biarkan kesemuanya tersemat lesu

Kenapa harus ianya dikenang kini,
Bagiku itu semua tiada lagi erti,
Menyalahkan aku tanpa henti,
Bolehkah kau cerminkan diri sendiri

Setahun lebih ia telah berlalu,
Kenapa kini kau kesal tiada berlagu,
Bukan sudah banyak kali peluang untukmu,
Sedikit pun kau tak pernah ambil tahu

Aku memang suka mendiamkan diri,
Kisah kau tak pernah aku ambil peduli,
Pada aku kau sudah lama mati.
Yang melekat kini hanya sisa-sisa daki

Sejak bila aku perlu penuhi,
Keinginan jiwa kehendak hati,
Tolong jangan berlagak membuta tuli,
Kerana aku bukan hak milik kau lagi

Sedikit aib kau tak pernah aku sebarkan,
Tapi kau anggap kutuk aku sebagai makanan,
Jadi bila aku pulangkan apa yang kau berikan,
Kenapa perlu kau meloncat seperti beruk kena belacan

Semakin lama aku makin membenci,
Sikap hipokrit kau tak pernah henti,
Apa diucap selalunya tak pernah ditepati,
Sekarang sila kau berdagang sendiri

Pemergian ku tak perlu kau tangisi,
Sebab MEGAT da lama menanti,
Atau mungkin cinta kau dikhianati,
Padan muka memang aku suka hati

Terasa amat ringan mulut ini,
Pulangkan apa yang telah kau beri,
Agar kau akhirnya celik hati,
Cinta ku buat mu dah lama mati

Tak perlu kau menangisi lagi,
Meroyan sasau jangan sesekali,
Pasal kau dah ada apa yang diimpi,
Sila layari dengan kehendak sendiri

Biarkan aku begini lagi,
Menongkah lesu di setiap hari,
Ihsan kau langsung tidak aku kehendaki,
Kalau kau datang memang pasti dapat kaki

Buangkan saja OLDBOYS itu,
Kenapa kau masih meminati,
Bukankah ini makhluk yang paling kau benci,
Mengadu domba dirinya tanpa henti,,,,,,

Bengang LoG : oLdBoY
Lokasi : Batang Kali
Masa : 1510
Tarikh : 7 Ramadhan
Mood : Blues Nak Kasi Kaki

Saturday, 6 August 2011

Stupidooooohhhh

hahaha...so funny...after a year, now u claimed that u also a victim? stupidohhh....did u ever think what u did at my back? did u ever listen what i said before...NEVER!!!!!Feel like talking to a SHIT!!What you did always vs what you said...Who the first asked for divorce? at the morning u want send a msg to Nawar but wrongly send to me " oh bodohlah aku minta cerai dengan laki aku"...i still keep the msg... Did u knew that night i slept with crying??

Actually u r good actress...in SMS said "bla3-sorry-waiting for u-all my fault" but when u heard im getting marry again, why u oppressed? Why? Because of MEGAT dumped u, then u try to persue me n when i dont respond to u, u became angry lah? Bang and Ngang....

i always keep ur word " once i changed it, i will never look it back"..after the 'freedom' u asked, why u still chase for me? im really happy with my life now WITHOUT u, so why u still want disturbing me? I ever said to u, once my mouth become "puaka" it will forever. 

Last thing, pls look at urself first b4 u blaim me again. I already giving you a lot of chance to u to think and corect all your mistakes. But u never take the opportunity. So now, blame yourself STUPIDOH..

Tuesday, 2 August 2011

Bazar ini datang lagi,
Ia datang setahun hanya sekali,
Membawa seribu satu macam erti,
Buat hambaNya yang celik hati

Bazar ini kembali lagi,
Membawa rahmat bukan seguni,
Pasti melonjak bagi yang menanti,
Buat bekalan di akhirat nanti

Bazar ini muncul lagi,
Bertemu ia satu rezeki,
Kerana ia hanyalah kehendak Ilahi,
Buat hambaNya yang masih menghuni

Bazar ini bertamu lagi,
Jangan biarkan ia berlalu pergi,
Tanpa amalan walaupun sekali,
Kelak kitalah hamba yang rugi

Bazar ini menjengah lagi,
Minta jangan kita habis berjoli,
Sisa-sisa umur harus dinikmati,
Bersama lembayung rahmat Ilahi

Bazar ini bertaut kembali,
Sumber nikmat mencari rezeki,
Apakah ia akan muncul lagi,
Berdoa padaNya kerna aku pun tak pasti

bAzAr LoG: oLdBoY
Lokasi: Klang Utama
Masa: 2215
Tarikh: 2 ramadhan
Mood: Blues balik terawikh

Saturday, 30 July 2011

~Pagi Ini~

Alhamdulillah kita bertemu lagi,
Bertaut pada hari yang dinanti,
Menghirup hawa dingin pagi ini,
Menjelang sudah Ramadhan yang dirahmati

Sudah bangun seawal pagi,
Sahur bersama semua sefamili,
Memang seronok menjamah itu dan ini,
semoga kasih ini kekal abadi

Cabaran akan bermula lagi,
Menahan nafsu di siang hari,
Moga kekal sehingga berbuka nanti,
Tak mahu apa yang ku dapat hanya rugi

Tambahkan amal kuatkan azam,
Jangan ia sehangat tahi ayam,
Doaku pohon di setiap tamam,
Kalau tidak amalku pasti lebam

Semoga ia mampu mendidik ku,
Merapuh segala amarah diriku,
Sedar zulmat itu masih diam kaku,
Minta nyah tak mahu membeku

Salam sayang buat semua,
Ampunkan aku sekiranya ada,
Moga kita serap barakah padanya,
Doa ikhlas tulus dari empunya


RaMaDhAn LoG : oLdBoy
LoKaSi : BaiTi, Batang Kali
Masa : 1259 (sehari sebelum ramadhan)
Tarikh : 310711
Mood : Blues Ramadhan...:D:D






Saturday, 23 July 2011

~HaNyUt~

Cicip sang burung menyapa pagi,
Jendela baru menjelma lagi,
Mata celik bingkas ku bangun,
Mana nak solat kalau duduk terpegun

Jajaran sepi bergema lagi,
Menungkah jiwa berkomposisi sunyi,
Likat lekat sudah tak mahu pergi,
Mohon ia sekali lagi bernyanyi

Ku tak mahu mufarakah,
Kepingin satu majlis muzakarah,
Sudah lama syaitan ini berdekah-dekah,
Melihat batinku luka semakin parah

Mahu ku redah hutan sakinah,
Mahu ku rempuh dataran hasanah,
Impianku cuma satu ketemu al-jannah,
Biar tercipta usah biarkan ia punah

Dedaun kekaca itu aku amati,
Wajarkah nikmat itu aku nikmati,
Bila dalaman ini seakan sudah lama mati,
Tinggal hanya dibungkus dihumban ke dalam peti

Lagi ku mohon lagi ia galak,
Doa taubat ku semua ku tempelak,
Beri ku kekuatan agar dapat ku elak,
Hentikan barah hati yang asyik menyalak

Air mata tercurah semuanya palsu,
Bila akal diam-diam cuma membisu,
Biarkan nafsu ini tidak lesu,
Seakan terpaku termangu terkena kiatsu


LoG : oLdBoY
Lokasi: batang kali
Masa : 1241
Tarikh : 240711
Mood : Blues entah laaaa...

Saturday, 16 July 2011

miss marissa a'liyah a.k.a caca

Marissa a'liyah nama diberi,
Sangat comel lawa sekali,
Kecil-kecil da plastikkan diri,
Tak mahu HP murah nak blackberry,

Lahir dulu sebesar jari,
Kini melebar besar sekali,
Pelbagai ragam mencuit hati,
Bagai penyeri keluarga ini

Pipi labuh identiti diri,
Ingin dicubit tidak henti,
Mula-mula merelakan diri,
Tapi kini pasti kene seligi,

Hujung minggu masa dinanti,
Hati terkejar balik batang kali,
Temui caca itu sudah pasti,
Jiwa gelisah berubah nanti

Cium pipi anti sekali,
Pasti menjerit sakit hati,
Tapi itu yang kami minati,
Melihat caca menjelir lagi

Moga beriman besar nanti,
Indah rupa baik pekerti,
Pasti ramai akan minati,
Pak ngah pasti senang hati

CaCa LoG : oLdBoY
Lokasi : Sebelah caca
Tarikh : 160711
Masa : pagi tadi
Mood : Blues Caca yang senget...hahaha

Wednesday, 13 July 2011

Pagi Yang Senget

Bangun pagi di gigi fajar,
Terasa pelik amat sekali,
Ada benda tidak sejajar,
Rupanya lupa nak gosok gigi

Selesai subuh duduk sendiri,
Memikir apa pula ujian menanti,
Tiada apakah untuk memotivasi diri,
Sekurang-kurangnya seplastik coki-coki

Lagu eminem sajian pagi,
Belum masanya ku jamah roti,
Bila malas itu ku rasa enggan pergi,
Terasa ingin ku rendam dalam bilik mandi

Seluar dipakai baju disemat,
Ku harap malas itu akan tamat,
Tugasan hari ini amat hebat,
Perlu ditunai tak mahu terlambat

Diri disiap beg diusung,
Cuma satu tidak berkarung,
Tapi seakan langkahku dipasung,
Patutlah kakiku belum disarung

Blues pagi ini blues sengal,
Coretan rasa hati yang janggal,
Bila gamaknya sengal dapat ditanggal,
Kalau lama pasti ku akan menyesal

LaZy LoG: oLdBoY
Lokasi: klang
Masa:0735
Tarikh: 130711
Mood: Blues sengal yang malas

Friday, 1 July 2011

Doa ku Ihya Ramadhan

Acapkali selesai sahaja solah,
Imam berdoa tiada mengalah,
Temukan kami bulan syaaban,
Jemputlah kami ke ihya ramadhan

Tatkala doa itu diungkapkan,
Terasa badan mula bergetar,
Ketika hajat itu dilafazkan,
Ku menanti ia penuh sabar

Harap niat termakbul,
Tertemu kasih lama tak muncul,
Harap ia dapat ku harung,
Dengan iman penuh berkarung

Dapat ku rasakan dahulu,
Ianya ku temu penuh tempang,
Segan ku meminta izin lalu,
Rasa amal banyak ditendang

Hamparkan aku segala tentera,
Harungi ia penuh azam membara,
Agar kelak di sana aku selesa,
Tidaklah hancur badan binasa

Andai kata ianya terakhir bagiku,
Jangan dikunci hati ku kaku,
Bagi ku tebalkan semua buku,
Ini doa ku buat Mu pencipta ku,

Amin....

IhYa LoG : oLdBoY
Lokasi : Btg Kali
Masa : 1006
Tarikh : 020711
Mood : Blues Ramadhan...

DIlema Ini

Menggelupur aku sesak,
Mencari cahaya di hujung puncak,
Lemas aku tenggelam,
Menyusuri cahaya yang agak kelam

Mana dia jalan itu,
Jalan yang penuh dengan wahyu,
Agar senang aku memandu,
Diriku yang masih teguh kaku

Kadang kala dosa ini membelenggu,
Carikan dilema ini terus mengganggu,
Buat aku terus duduk termagu,
Seakan hilang itu aku menunggu

Sayup-sayup paluan kompang,
Tekanan itu terus terngiang,
Sakit itu masih bergenang,
Bila masanya ia boleh bertenang

Tunjukkan aku Pencipta azali,
Pimpinlah aku baiki diri,
Agar segak aku nanti,
Bila aku bertemu Mu ya Ilahi

Kuatkan iman kukuhkan iqtiqat,
Jangan jalan ku tuju itu sesat,
Pasti banyak peluh perlu ku kesat,
Kalau benar aku ini bangsat

Kecurkan segala zulmat ini,
Agar sinar baru mampu menembusi,
Moga senyum ini kembali ke sini,
Menemani diri berseorangan lagi

kRo LoG : oLdBoY
Lokasi : Batang Kali
Tarikh : 010711
Masa : 1645 (tatkala azan asar)
Mood : Blues sedey......:(