Sunday, 20 November 2011

Simetri Kasih

Bukan senang mahukan ia sejalur,
Juga payah kehendak ia sejajar,
Kalau kasih sejati tidak dihulur,
Jangan berharap boleh dikejar

Tiada rumus boleh diguna,
Kerana ia hadir tanpa dipinta,
Tiada formula bisa dijaja,
Kerana ia lumrah biasa mahu dicinta

Berkasih tidak menggunakan statistik,
Buat penyelesai masalah bersilih,
Gunakanlah akal walaupun hanya sedetik,
Moga nanti tidak tersalah memilih

Neraca kasih mu biar seimbang,
Jangan berat sebelah tidaklah sumbang,
Banyakkan buat dari asyik bergebang,
Nanti kasih mu hilang cinta mu terbang

Segerakan mana yang perlu dahulu,
Usah bertangguh jangan menunggu,
Takut kelak lafaz mu liat jadi kelu,
Akhirnya termenung duduk termangu

Dahulukan yang hak tinggalkan yang batil,
Walaupun beratnya hanya setahil,
Tidaklah menyesal sendiri lalu terkutil,
Simetrikan kasih mu usah selamanya jahil

SiMeTrI LoG : CoMmAdDiX
Lokasi : Batang kali
Tarikh : 201111
Masa : 2210
Mood : Blues Simetri

No comments:

Post a Comment