Saturday 31 March 2012

Banjaran Hati

Terbit telah sebuah negeri,
Pemerintahnya bertakluk di hati,
Jika baik jemaah menteri,
Maka baiklah terbitan pekerti

Ia hanya seketul daging,
Duduk di dalam tidaklah asing,
Jika ia telah tumbuh taring,
Khuatir nanti perilaku sumbing

Perlu dididik perlu dijaga,
Jagalah ia seperti permata,
Tidaklah ia diselebungi jelaga,
Asyik kelam gelap tidak bermata

Usah bermusuh mereka yang membenci,
Jangan dipalu mereka yang mencaci,
Cubalah pecahkan si anak kunci,
Moga hasilnya molek walaupun seinci

Mohon jangan bisa lagi menyakiti,
Buat kamu yang bernama hati,
Dengan kamu aku perhati,
Jadilah baik sampai ku mati

Aku perlu juga mengaku,
Selamanya aku tak mampu,
Menjadi seperti yang mereka mahu,
Tapi sedayanya akan ku  jejak ke situ

HaTi LoG : CoMmAdDiX
Lokasi : Taman Seri Batang Kali
Tarikh : 010412
Masa : 1210
Mood : Blues buat si hati

Sunday 25 March 2012

~Inner~

The world spinning,
And i am still living,
Continue seeking for something,
Until now i found nothing

Do love so phoney,
Or everything just money,
Lack it sorry no honey,
Let it burn in sunny

Where can i find it,
Can i always keep it,
Or better to forget it,
Because i never make it

Do you really dare,
To sacrifice the life you spare,
To find something rare,
Or forever just trust who you are

Please show me the way,
The path should i runaway,
To release burden i carry away,
To meet you love someday

Something i must believe,
The reason why i leave,
But just keep it silence,
To make everything in balance

InNeR LoG : CoMmAdDiX
Location : Taman Seri Batang Kali
Date : 250312
Time : 1618
Mood : Blues Inner of Me

Friday 23 March 2012

~mantik~

Benar jua ia lumrah dunia,
Susah memberi sukar menerima,
Acapkali membangkang kurnia,
Semua diimpi harus pertama

Letih telinga ditadah sudah,
Semua bicara bagai tiada faedah,
Jika benar ada selain kaedah,
Kemukakan segera tak perlu bermadah

Sisipkan diri dengan balagha,
Agar keputusan bukanlah lagha,
Kita bukan menunggang bura',
Khuatir diri nanti menjadi pera'

Yang manis jangan harus ditelan,
Yang pahit jangan harus diluah,
Semua rencana harus mengikut pelan,
Moga akhirnya tumbuh berbuah

Belajar harus terus menerus,
Cuma jangan menyimpang arus,
Jangan sampai nanti terbau barus,
Baru terkebil menyesal terus

Terima kata ku walaupun sakarstik,
Walau tak banyak biarlah setitik.
Muhasabahlah diri walaupun sedetik,
Itulah gunanya kesedaran mantik

mAnTiK LoG : CoMmAdDiX
Lokasi : Batang Kali
Masa : 1200
Tarikh : 240312
Mood : Blues Otak Jammed (sambil buat SLD n DSR..arghhh)

Thursday 22 March 2012

~Bila Mana~

kalau ilmu besar sebidang,
tak usah dipalu jangan didendang,
pasti tiada siapa mahu memandang,
silap-silap belakangmu pula ditendang

tak perlu hebah jangan dicanang,
jika ilmu selebar benang,
kelak hidupmu tak menjadi tenang,
asyik dikutuk air mata pula bergenang

bila mana buruk potret diri,
pasti buruk lukisan sanubari,
bila mana tuturnya tidak berhati,
pasti jiwanya telah lama mati

bila mana warkah ini bernyanyi,
aku diam duduk sendiri,
telan segala azab si sunyi,
sakitnya pedih tidak terperi

mengenang dosa sehari-hari,
rosaknya banyak tiada seri,
bila agaknya amal dan hati mahu selari,
jemputlah dekat marilah mari

syahdu termenung di pondok hati,
minta diubat parah sebelum mati,
hadirlah baik sebagai pati,
agar mampu lukanya ku ubati

pana log : kerengkoz
lokasi : taman klang utama
masa : 2044
tarikh : 210312
mood : blues kenang dosa

Saturday 17 March 2012

~Potret Hati~

Terbit telah suasana kosong,
Seakan semuanya telah dipasung,
Tak mahu dipecah dari kelongsong,
Seakan baik tak mahu berlangsung

Tulis tangan kidal untuk melangkah kanan,
Dirinya sejak dulu telah ku kenan,
Tapi takut aku dalam permainan,
Khuatir takut semua ambil peranan

Telah lama dia ku perhatikan,
Telah lama dia ku dambakan,
Telah lama dia ku nantikan,
Telah lama dia ku igaukan

Tapi bagaimana harus ku mulakan,
Tapi bagaimana harus ku katakan,
Tapi bagaimana harus ku lakukan,
Tapi bagaimana harus ku raikan

Terukir namanya dalam hati,
Terpatri wajahnya di sanubari,
Tersira buatnya kasih sampai mati,
Terpaut padanya ilham diri

Harap sampai masa ketika itu,
Dapat aku luahkan apa terbuku,
Moga capai hasrat kita bersatu,
InsyaAllah ianya akan berlaku

SuKa-SuKa LoG : CoMmAdDiX
Lokasi : Taman Seri Batang Kali
Masa : 1303
Tarikh : 180312
Mood : Blues Suka-Suka

Friday 16 March 2012

Mufarakhah

Tak mahu diri ini terus dikongkong,
Hanya mahu diri terus disokong,
Mengharung secebis hari masih bertakung,
Tidaklah terus menerus dipelangkung

Sampai bila mampu aku bertahan,
Hinggap pada rapuhnya dahan,
Takut terlepas perlahan-lahan,
Jatuh ke bumi jadi belasahan

Teruk dirasa jasbah diri,
Seakan kosong tiada isi,
Hanyut melarat sepi sendiri,
Terus kosong tidak berisi

Agak lama aku tinggalkan,
Tinggalkan sira makanan rohani,
Patutlah aku jadi berantakan,
Patutlah rosak jadi begini

Bantulah aku dalam mencari,
Kepingan jasbah kekuatan diri,
Jangan biarkan ia terus dicuri,
Sakit tiadanya amat tidak terperi

Pautkan aku pada satu tautan,
Tautan yang memberi aku kekuatan,
Menangkis segala hasutan syaitan,
Benci diri hanyut dibiar berlarutan

JaSbAh LoG : CoMmAdDiX
Lokasi : Taman Seri Batang Kali
Masa : 2336
Tarikh : 160312
Mood : Blues Kekosongan

Saturday 10 March 2012

Buat Pengantin Baru

Cantik itu satu yang subjektif,
Cinta itu satu yang kolektif,
Punyai cinta sejati satu objektif,
Mekarlah ia menjadi yang positif

Buat kamu si ratu hatiku,
Tahukah aku amat menyanyangi kamu,
Mahukah kamu kekal di hatiku,
Selamanya aku hanya untuk kamu

Mari kita semai benih cinta ini,
Kita siram kita jaga putik cinta bersemi,
Bersama kita cantas parasit yang dengki,
Agar hasilnya bahagia menanti

Telah termeterai janji dua hati,
Janji bersama sehidup semati,
Moga ijab ini sama-sama diberkati, 
Biar cemburu mata yang memerhati

Beringinan perpegangan tangan,
Sama berjalan di tepian bagan,
Saling berpaling berpandangan,
Biarlah kasih ini kekal berpanjangan

Cukup bagiku ada kamu,
Aku harap kau juga rasa begitu,
Sama-sama kita tempuh jalan berliku,
Tempuhi alam bahagia yang satu

pOsTeD hApPy LoG : KeReNgKoZ
Lokasi : Batang Kali
Masa : 1053
Tarikh : 110312
Mood : Blues Tumpang Gembira.