Friday, 16 March 2012

Mufarakhah

Tak mahu diri ini terus dikongkong,
Hanya mahu diri terus disokong,
Mengharung secebis hari masih bertakung,
Tidaklah terus menerus dipelangkung

Sampai bila mampu aku bertahan,
Hinggap pada rapuhnya dahan,
Takut terlepas perlahan-lahan,
Jatuh ke bumi jadi belasahan

Teruk dirasa jasbah diri,
Seakan kosong tiada isi,
Hanyut melarat sepi sendiri,
Terus kosong tidak berisi

Agak lama aku tinggalkan,
Tinggalkan sira makanan rohani,
Patutlah aku jadi berantakan,
Patutlah rosak jadi begini

Bantulah aku dalam mencari,
Kepingan jasbah kekuatan diri,
Jangan biarkan ia terus dicuri,
Sakit tiadanya amat tidak terperi

Pautkan aku pada satu tautan,
Tautan yang memberi aku kekuatan,
Menangkis segala hasutan syaitan,
Benci diri hanyut dibiar berlarutan

JaSbAh LoG : CoMmAdDiX
Lokasi : Taman Seri Batang Kali
Masa : 2336
Tarikh : 160312
Mood : Blues Kekosongan

No comments:

Post a Comment