Wednesday 30 November 2011

Da'ie Cinta

Jangan kerana terlalu kasih,
Kebenaran di mata semua kau sisih,
Jangan juga kerana sayang,
Segala pertimbangan mu melayang

Cinta sejati seharusnya telus,
Merafa' tinta cahaya yang tulus,
Jangan sebab rupa dan juga pulus,
Baru hasil akhirnya cantik dan lulus

Ikhlaskan niat kata sepakat,
Baru balasannya semua berkat,
Buang niat buruk hitam memekat,
Kelak hasilnya tersekat-sekat

Dai'e cinta mula berbicara,
Aku hadir ini untuk siapa,
Adakah seorang pelakon biara,
Akhirnya pulang semuanya hampa

Kepingin kasih cinta hakiki,
Cinta si Agung ingin ku miliki,
Adakah cacian dan caci maki,
Mengiringi hadir ku mengadap Ilahi

Harap tertera satu kalimah,
Terima cinta ku penuh hemah,
Walaupun ku tahu aku hamba yang lemah,
Bila jasadku bertemu si pamah


HeLa LoG : CoMmAdDix
Lokasi : Karayalai
Masa : 1500
Tarikh : 011211
Mood : Blues Kepala Laloq

Sunday 20 November 2011

Simetri Kasih

Bukan senang mahukan ia sejalur,
Juga payah kehendak ia sejajar,
Kalau kasih sejati tidak dihulur,
Jangan berharap boleh dikejar

Tiada rumus boleh diguna,
Kerana ia hadir tanpa dipinta,
Tiada formula bisa dijaja,
Kerana ia lumrah biasa mahu dicinta

Berkasih tidak menggunakan statistik,
Buat penyelesai masalah bersilih,
Gunakanlah akal walaupun hanya sedetik,
Moga nanti tidak tersalah memilih

Neraca kasih mu biar seimbang,
Jangan berat sebelah tidaklah sumbang,
Banyakkan buat dari asyik bergebang,
Nanti kasih mu hilang cinta mu terbang

Segerakan mana yang perlu dahulu,
Usah bertangguh jangan menunggu,
Takut kelak lafaz mu liat jadi kelu,
Akhirnya termenung duduk termangu

Dahulukan yang hak tinggalkan yang batil,
Walaupun beratnya hanya setahil,
Tidaklah menyesal sendiri lalu terkutil,
Simetrikan kasih mu usah selamanya jahil

SiMeTrI LoG : CoMmAdDiX
Lokasi : Batang kali
Tarikh : 201111
Masa : 2210
Mood : Blues Simetri

Monday 7 November 2011

Ekperimentasi Blues

Berekperimentasi minda kini,
Mengalun bicara pembuka hati,
Melayan melankoni tak pernah mati,
Maka terbitlah bingkisan sepi ini

Menggambir luka parah itu,
Seakan merosak menambah pilu,
Kerna pastinya ianya tak akan bersatu,
Tak usah dicanang tak perlu dipalu

Dicicip darah kasih terpisah,
Seakan mengalir tak henti basah,
Tapi kini semua ku tak kisah,
Telah ku jumpa pengganti yang sah

Lebuhraya cinta baru sedang dibina,
Penyambung hikayat untuk ke sana,
Akan ku pupuk agar ia tidak lena,
Dibuai yang indah karam tak semena

Ukirkan senyuman wahai si pujangga,
Si arjuna ke mari berteman sang bunga,
Buat pengganti maksud tersemat,
Dirimu ku sunting cintaku yang amat

Moga ianya akan sentiasa kekal,
Cintaku tulus bukannya nakal.
Hanya dengan mu ku inin siapkan bekal,
Untuk ke sana disertakan doa dan juga tawakkal

EkPeRiMeNtAsI LoG : oLdBoY
Lokasi : Batang Kali
Tarikh : 081111
Masa : 0010
Mood : Blues Melankoni

Saturday 5 November 2011

Blues Malam Ini

Gema takbir berkumandang lagi,
Beritma lantang memecah sunyi,
Tapi aku semacam layu lesi,
Melayan blues kosongnya hati

Bagaimana mungkin ia ku akhiri,
Jika tanganku bertepuk bersendiri,
Bila mungkin ianya dapat ku atasi,
Jika segalanya bercanggah formasi

Alunan takbir ini seakan memahami,
Beraya aku sendiri tiada istilah kami,
Sedih hampa semuanya seakan bersemi,
Kontangnya jiwa ku sukar diselami

Ku kepingin kucupan di dahi,
Buat mu insan bergelar isteri,
Agar terhapus segala resah di hati,
Moga senyuman mu itu penyeri hari

Adakah dikau bakal ku temui,
Apakah dikau selayaknya ku miliki,
Bilakah munculnya dikau wahai bidadari,
Jawapannya aku sendiri tidak pasti

Izinkanlah aku dirimu ku dekati,
Benarkanlah hatimu aku miliki,
Terimalah aku untuk perkongsian ini,
Sendiri ini benar-benar menyiksa diri

KaHwIN LoG : CoMmAdDiX
Lokasi : Batang Kali
Tarikh : 051111
Masa : 2222
Mood : Blues Mau Kawen..adeyhhh