Saturday 30 July 2011

~Pagi Ini~

Alhamdulillah kita bertemu lagi,
Bertaut pada hari yang dinanti,
Menghirup hawa dingin pagi ini,
Menjelang sudah Ramadhan yang dirahmati

Sudah bangun seawal pagi,
Sahur bersama semua sefamili,
Memang seronok menjamah itu dan ini,
semoga kasih ini kekal abadi

Cabaran akan bermula lagi,
Menahan nafsu di siang hari,
Moga kekal sehingga berbuka nanti,
Tak mahu apa yang ku dapat hanya rugi

Tambahkan amal kuatkan azam,
Jangan ia sehangat tahi ayam,
Doaku pohon di setiap tamam,
Kalau tidak amalku pasti lebam

Semoga ia mampu mendidik ku,
Merapuh segala amarah diriku,
Sedar zulmat itu masih diam kaku,
Minta nyah tak mahu membeku

Salam sayang buat semua,
Ampunkan aku sekiranya ada,
Moga kita serap barakah padanya,
Doa ikhlas tulus dari empunya


RaMaDhAn LoG : oLdBoy
LoKaSi : BaiTi, Batang Kali
Masa : 1259 (sehari sebelum ramadhan)
Tarikh : 310711
Mood : Blues Ramadhan...:D:D






Saturday 23 July 2011

~HaNyUt~

Cicip sang burung menyapa pagi,
Jendela baru menjelma lagi,
Mata celik bingkas ku bangun,
Mana nak solat kalau duduk terpegun

Jajaran sepi bergema lagi,
Menungkah jiwa berkomposisi sunyi,
Likat lekat sudah tak mahu pergi,
Mohon ia sekali lagi bernyanyi

Ku tak mahu mufarakah,
Kepingin satu majlis muzakarah,
Sudah lama syaitan ini berdekah-dekah,
Melihat batinku luka semakin parah

Mahu ku redah hutan sakinah,
Mahu ku rempuh dataran hasanah,
Impianku cuma satu ketemu al-jannah,
Biar tercipta usah biarkan ia punah

Dedaun kekaca itu aku amati,
Wajarkah nikmat itu aku nikmati,
Bila dalaman ini seakan sudah lama mati,
Tinggal hanya dibungkus dihumban ke dalam peti

Lagi ku mohon lagi ia galak,
Doa taubat ku semua ku tempelak,
Beri ku kekuatan agar dapat ku elak,
Hentikan barah hati yang asyik menyalak

Air mata tercurah semuanya palsu,
Bila akal diam-diam cuma membisu,
Biarkan nafsu ini tidak lesu,
Seakan terpaku termangu terkena kiatsu


LoG : oLdBoY
Lokasi: batang kali
Masa : 1241
Tarikh : 240711
Mood : Blues entah laaaa...

Saturday 16 July 2011

miss marissa a'liyah a.k.a caca

Marissa a'liyah nama diberi,
Sangat comel lawa sekali,
Kecil-kecil da plastikkan diri,
Tak mahu HP murah nak blackberry,

Lahir dulu sebesar jari,
Kini melebar besar sekali,
Pelbagai ragam mencuit hati,
Bagai penyeri keluarga ini

Pipi labuh identiti diri,
Ingin dicubit tidak henti,
Mula-mula merelakan diri,
Tapi kini pasti kene seligi,

Hujung minggu masa dinanti,
Hati terkejar balik batang kali,
Temui caca itu sudah pasti,
Jiwa gelisah berubah nanti

Cium pipi anti sekali,
Pasti menjerit sakit hati,
Tapi itu yang kami minati,
Melihat caca menjelir lagi

Moga beriman besar nanti,
Indah rupa baik pekerti,
Pasti ramai akan minati,
Pak ngah pasti senang hati

CaCa LoG : oLdBoY
Lokasi : Sebelah caca
Tarikh : 160711
Masa : pagi tadi
Mood : Blues Caca yang senget...hahaha

Wednesday 13 July 2011

Pagi Yang Senget

Bangun pagi di gigi fajar,
Terasa pelik amat sekali,
Ada benda tidak sejajar,
Rupanya lupa nak gosok gigi

Selesai subuh duduk sendiri,
Memikir apa pula ujian menanti,
Tiada apakah untuk memotivasi diri,
Sekurang-kurangnya seplastik coki-coki

Lagu eminem sajian pagi,
Belum masanya ku jamah roti,
Bila malas itu ku rasa enggan pergi,
Terasa ingin ku rendam dalam bilik mandi

Seluar dipakai baju disemat,
Ku harap malas itu akan tamat,
Tugasan hari ini amat hebat,
Perlu ditunai tak mahu terlambat

Diri disiap beg diusung,
Cuma satu tidak berkarung,
Tapi seakan langkahku dipasung,
Patutlah kakiku belum disarung

Blues pagi ini blues sengal,
Coretan rasa hati yang janggal,
Bila gamaknya sengal dapat ditanggal,
Kalau lama pasti ku akan menyesal

LaZy LoG: oLdBoY
Lokasi: klang
Masa:0735
Tarikh: 130711
Mood: Blues sengal yang malas

Friday 1 July 2011

Doa ku Ihya Ramadhan

Acapkali selesai sahaja solah,
Imam berdoa tiada mengalah,
Temukan kami bulan syaaban,
Jemputlah kami ke ihya ramadhan

Tatkala doa itu diungkapkan,
Terasa badan mula bergetar,
Ketika hajat itu dilafazkan,
Ku menanti ia penuh sabar

Harap niat termakbul,
Tertemu kasih lama tak muncul,
Harap ia dapat ku harung,
Dengan iman penuh berkarung

Dapat ku rasakan dahulu,
Ianya ku temu penuh tempang,
Segan ku meminta izin lalu,
Rasa amal banyak ditendang

Hamparkan aku segala tentera,
Harungi ia penuh azam membara,
Agar kelak di sana aku selesa,
Tidaklah hancur badan binasa

Andai kata ianya terakhir bagiku,
Jangan dikunci hati ku kaku,
Bagi ku tebalkan semua buku,
Ini doa ku buat Mu pencipta ku,

Amin....

IhYa LoG : oLdBoY
Lokasi : Btg Kali
Masa : 1006
Tarikh : 020711
Mood : Blues Ramadhan...

DIlema Ini

Menggelupur aku sesak,
Mencari cahaya di hujung puncak,
Lemas aku tenggelam,
Menyusuri cahaya yang agak kelam

Mana dia jalan itu,
Jalan yang penuh dengan wahyu,
Agar senang aku memandu,
Diriku yang masih teguh kaku

Kadang kala dosa ini membelenggu,
Carikan dilema ini terus mengganggu,
Buat aku terus duduk termagu,
Seakan hilang itu aku menunggu

Sayup-sayup paluan kompang,
Tekanan itu terus terngiang,
Sakit itu masih bergenang,
Bila masanya ia boleh bertenang

Tunjukkan aku Pencipta azali,
Pimpinlah aku baiki diri,
Agar segak aku nanti,
Bila aku bertemu Mu ya Ilahi

Kuatkan iman kukuhkan iqtiqat,
Jangan jalan ku tuju itu sesat,
Pasti banyak peluh perlu ku kesat,
Kalau benar aku ini bangsat

Kecurkan segala zulmat ini,
Agar sinar baru mampu menembusi,
Moga senyum ini kembali ke sini,
Menemani diri berseorangan lagi

kRo LoG : oLdBoY
Lokasi : Batang Kali
Tarikh : 010711
Masa : 1645 (tatkala azan asar)
Mood : Blues sedey......:(