Saturday 21 January 2012

Imam Dunia

Apatah lagi harus ku nyata,
Fakta terbentang mata kau buta,
Ini bukan kerana undi rakyat jelata,
Tapi mana hilang iqtiqat yang dijaja merata

Sudah banyak yang kau merapu,
Adakah ia fakta atau pun menipu,
Tidakkah kau malu tersipu-sipu,
Kau hanya ibarat sang penyapu

Sedih melihat apa yang berlaku,
Adakalanya diam aku terkaku,
Adakah jawapan itu sudah terpaku,
Gatal rasanya ingin aku menyiku

Jangan hanya kerana kuasa,
Semua tingkahnya kau kata bisa,
Jauhkan dirimu dari lembah binasa,
Kerana kita tak tahu masihkah ada lusa

Mana hilang ikhlas mulus mu,
Mana jasbah zihin tidak bertamu,
Adakah kau mula merasa jemu.
Jawapan sebenar ada pada kamu

Hilang sudah rasa hormat ku,
Mengangkat kamu menjadi imam ku,
Moga hidayah cair dari terus membeku,
Agar kau sedar dilema sebenar yang berlaku

EnTaH LoG : CoMmAdDiX
Lokasi : Batang Kali
Tarikh : 220112
Masa : 1023
Mood : Mood Geleng Kepala

Saturday 14 January 2012

Separasnya

Alhamdulillah aku masih di sini,
Menyambung bicara jua berhalusinasi,
Agak kelam suasana pagi ini,
Mengiringi tinta coretan yang lesi

Tidak ku pandai berkata fantastik,
Apakan lagi bunyi yang bombastik,
Aku hanya pandai bernada sakastik,
Itulah pencapaian ku yang realistik

Bersama hembusan dingin sang bayu,
Memaras mata ku yang kini kian kuyu,
Menebal malas rajin ku layu,
Kan ini statistik si melayu

Mata juling ku tatap juga,
Menyiapkan kerja separa jaga,
Depan ku sudah naik jelaga,
Mulut terkuap asyik menganga

Adakah rezeki ku masih bersama,
Telah ku tunggu sekian lama,
Semakin hari tiada bertema,
Atau perlu ku beri si buku lima

Harap perjalanan tiada halangan,
Juga jauhi dari segala tentangan,
Menyiapkan kerja sedia terhidang,
Biarkanlah blues ini terus berdendang

PaRaS LoG : CoMmAdDiX
Lokasi : Taman Seri, Batang Kali
Tarikh : 150112
Masa : 1031
Mood : Blues Mata Paras


Monday 2 January 2012

Tahun Baru

Ia sudah beranjak lagi,
Tapi aku masih begini,
Mencari apa yang tak pasti,
Ke mana hala destinasi

Jenuh sudah ku toleh kanan kiri,
Sekeliling aku seakan memerli,
Bukan membantu bahkan mengeji,
Hina sangatkah rupaku kini

Nafas ditarik hela dilepas,
Mahu beban ini seringan kapas,
Tak mahu ku kenang benda yang lepas,
Bagi ku ia semua sudah halus jadi hampas

Dimana ia harus ku cari solusi,
Menghambar idea bernas penuh isi,
Agar rebahku bangun berdiri lagi,
Menongkah rona hidup pancaroba ini

Beranjak sudah umur ku kini,
Hampiri ke tanah itu sudah pasti,
Adakah sinar germelapan akan ku kecapi,
Atau mungkin ia hanya sekadar mimpi

Jeritan batinku tiada siapa mengerti,
Waima aku juga keliru tidak bertepi,
Akankah aku berjumpa si anak titi,
Memimpin aku keluar dari sepi

nEw YeAr LoG : CoMmAdDiX
Lokasi : Batang Kali
Masa : 2257
Tarikh : 020112
Mood : Blues Mencari...