Saturday 25 June 2011

Monolog Hati V

Tarikh ini muncul semula,
Mengingat peristiwa yang lalu,
Nyahlah dikau silalah sila,
Tak mahu hiba ini menjadi pilu

Kecewa itu merombos lagi,
Beritma perlahan bernota sepi,
Tapi alunannya berlainan sekali,
Bagai redha itu sepenuh hati

Teringat aku tarikh ini,
Tatkala dia ku lepas pergi,
Ego ku luluh bersamanya disisi,
Mata berkaca berderai ke bumi

Sekarang semulanya lain,
Semua ku buat terasa asing,
Berubah sudah aku kelain,
Memang benar bumi berpusing

Terima kasih untuk itu,
Merubah aku menjadi kelu,
Takkan aku kembali ke situ,
pasti aku tidak ceria seperti selalu

Tarikh ini pasti menjadi sejarah,
Buat diriku yang hilang arah,
Mujur malam itu tidak berdarah,
Kini ku sedar makin ku pasrah

Mohon diriku kukuh ya Allah,
Merentas ujian Mu ku tidak kalah,
Memang konflik ini masih berbalah,
Tapi mohon ia pergilah

bLuEs LoG : oLdBoY
lokasi : Umah Batang Kali
masa : 1010
Tarikh : 260611
Mood : Blues siamang...huhuhu

Saturday 11 June 2011

Damai

Sepoi angin daun merimbun,
Bagai memanggil damai berhimpun,
Damai ini kian tersusun,
Bila berlabuh di taman kebun

Pancuran air menghambur isinya,
Buat tatapan pengunjung sisinya,
Sampan didayung dengan lajunya,
Jiwa kacau hilang jadinya

Tersusun teguh memasak bumi,
Jelas ampuh tidak diragu,
Mahu damai ini terus bersemi,
Jalan beriring bak irama dan lagu

Duduk seorang melayan blues
Mengunci diri mencari ilham,
Moga coretan hasilnya tulus,
Mana tahu nanti naik saham

Bisikan sang bayu merendah mata,
Kelak bakal terlelap jua,
Biar damai ini terus tercipta,
Buat diri ku yang huru-hara

Jika ada rezeki lagi,
Sudah pastu ku mahu kembali.
Mungkin nanti terselit memori,
penenang jiwa pendamai hati

PEACE!!!!

pEaCe LoG : oLdBoY
Lokasi : Tasik Taiping ( On da way pulang)
Masa : 1215
Tarikh : 110611
Mood : Blues Damai

Malaikat Gelap

Jauh berjalan mnyelusuri tebing,
Penat mendayung menguak genting,
Adakah hidup ini makin menyumbing,
Apakah yang berlalu seakan tak penting

Terbelahak menyungkit masa silam,
Cahaya hujungnya perlahan suram,
Manakah dia pengganti palam,
Jangan kelam ini duduk mengeram

Langkah dipacu melangkah terus,
Mahu meluncur laju terus,
Mampukah halangan mampu ku urus,
Bila hujungnya berakar tirus

Makin lama makin menjalar,
Resah ini semakin tercalar,
Tatkala ianya menjadi malar,
Ku takut semua kian terselar

Kenapa ku rasa tiada apa,
Meninti senja bekalan papa,
Pergilah dikau dengan segera,
Mengubat hati yang penuh lara

Andai kata masa ku singkat,
Bersama dosa yang hitam melikat,
Jangan lidah ku tersekat-sekat,
Nayalah aku kelak diperhambat

Amat sukar ku lentur lagi,
Bila hati jauh banyak terbahagi,
Mohon titik noda ini mampu ku atasi,
Tidaklah akhirnya ku pucat lesi

So LoG : oLdBoY
Lokasi : Perodua Jalan Patani, Penang
Masa : 1700
Tarikh : 100611
Mood : Blues hamba...

Saturday 4 June 2011

Monolog Hati IV

Kasihkan khilaf diri ku,
Baru sayang kebaikan diri ku,
Kenali hodoh diri ku,
Baru sanjungi cantiknya diri ku

Aku tak mahu ia begini,
Melukai hati sang pemberi,
Mampukah aku memberi kasih ini,
Bagi dia insan yang sudi,

Mampukah perasaan ini bertoleransi,
Dalam masalah berkomunikasi,
Adakah ia akan menjadi cerita sensasi,
Bila betul jika kami berkalaborasi

Berikan aku gayung jasbah,
Dalam terkapai ada rasa mahu rebah,
Hulurkan aku kalungan sakinah,
Agar impian semua tidak akan musnah

Lagu monolog ini berdengung lagi,
Temani denyut perasaan ini,
Mampukah ia dirawat diubati,
Atau selamanya ia akan begini

Halwa bau ku tarik lagi,
Tarik dalam ku lepas ia pergi,
Bulatkan ia jangan bersegi,
Senang ku putus di kemudian hari

LoG bLoCk :oLdBoY
Masa : 1551
Lokasi : Bilik Batang Kali
Tarikh : 040611
Mood : Blues la sangat..hahaha

Wednesday 1 June 2011

Monolog Hati III

Tatkala monolog ini berbisik lagi,
Serba salah itu kian meninggi,
Ketika monolog ini berintonasi,
Rasa denyut itu masih di sini

Kepingin rasa nikmat hati,
Ingin ku gapai manis dicintai,
Mampukah terowong itu ditembusi,
Membenarkan kasih itu melintasi

Denyut rasa seakan lemah,
Dendam kesumat masih menyinggah,
Bila mungkin ia dapat ku sanggah,
Agar hati dapat diubah

Hati ini dilesuri lagi,
Berdayung perlahan tidak terhenti,
Mencari punca zulmat ini,
Agar kelak dapat diubati

Hadirkan aku penyemai hati,
Tautan kasih pengongsi diri,
Agar berganda amalan hari,
Buat bekalan mengadap Ilahi

Harap bersabar minta bertenang,
InsyaAllah rezeki akan bertandang,
Cuma siapa usah dicanang,
Kelak dirinya akan ku pinang

KeRr LoG - oLdBoY
Masa : 0705
Lokasi : Bilik Bukit Raja
Mood : Blues entah ape2..