Saturday, 11 June 2011

Malaikat Gelap

Jauh berjalan mnyelusuri tebing,
Penat mendayung menguak genting,
Adakah hidup ini makin menyumbing,
Apakah yang berlalu seakan tak penting

Terbelahak menyungkit masa silam,
Cahaya hujungnya perlahan suram,
Manakah dia pengganti palam,
Jangan kelam ini duduk mengeram

Langkah dipacu melangkah terus,
Mahu meluncur laju terus,
Mampukah halangan mampu ku urus,
Bila hujungnya berakar tirus

Makin lama makin menjalar,
Resah ini semakin tercalar,
Tatkala ianya menjadi malar,
Ku takut semua kian terselar

Kenapa ku rasa tiada apa,
Meninti senja bekalan papa,
Pergilah dikau dengan segera,
Mengubat hati yang penuh lara

Andai kata masa ku singkat,
Bersama dosa yang hitam melikat,
Jangan lidah ku tersekat-sekat,
Nayalah aku kelak diperhambat

Amat sukar ku lentur lagi,
Bila hati jauh banyak terbahagi,
Mohon titik noda ini mampu ku atasi,
Tidaklah akhirnya ku pucat lesi

So LoG : oLdBoY
Lokasi : Perodua Jalan Patani, Penang
Masa : 1700
Tarikh : 100611
Mood : Blues hamba...

No comments:

Post a Comment