Saturday, 4 June 2011

Monolog Hati IV

Kasihkan khilaf diri ku,
Baru sayang kebaikan diri ku,
Kenali hodoh diri ku,
Baru sanjungi cantiknya diri ku

Aku tak mahu ia begini,
Melukai hati sang pemberi,
Mampukah aku memberi kasih ini,
Bagi dia insan yang sudi,

Mampukah perasaan ini bertoleransi,
Dalam masalah berkomunikasi,
Adakah ia akan menjadi cerita sensasi,
Bila betul jika kami berkalaborasi

Berikan aku gayung jasbah,
Dalam terkapai ada rasa mahu rebah,
Hulurkan aku kalungan sakinah,
Agar impian semua tidak akan musnah

Lagu monolog ini berdengung lagi,
Temani denyut perasaan ini,
Mampukah ia dirawat diubati,
Atau selamanya ia akan begini

Halwa bau ku tarik lagi,
Tarik dalam ku lepas ia pergi,
Bulatkan ia jangan bersegi,
Senang ku putus di kemudian hari

LoG bLoCk :oLdBoY
Masa : 1551
Lokasi : Bilik Batang Kali
Tarikh : 040611
Mood : Blues la sangat..hahaha

No comments:

Post a Comment