Thursday, 22 March 2012

~Bila Mana~

kalau ilmu besar sebidang,
tak usah dipalu jangan didendang,
pasti tiada siapa mahu memandang,
silap-silap belakangmu pula ditendang

tak perlu hebah jangan dicanang,
jika ilmu selebar benang,
kelak hidupmu tak menjadi tenang,
asyik dikutuk air mata pula bergenang

bila mana buruk potret diri,
pasti buruk lukisan sanubari,
bila mana tuturnya tidak berhati,
pasti jiwanya telah lama mati

bila mana warkah ini bernyanyi,
aku diam duduk sendiri,
telan segala azab si sunyi,
sakitnya pedih tidak terperi

mengenang dosa sehari-hari,
rosaknya banyak tiada seri,
bila agaknya amal dan hati mahu selari,
jemputlah dekat marilah mari

syahdu termenung di pondok hati,
minta diubat parah sebelum mati,
hadirlah baik sebagai pati,
agar mampu lukanya ku ubati

pana log : kerengkoz
lokasi : taman klang utama
masa : 2044
tarikh : 210312
mood : blues kenang dosa

No comments:

Post a Comment