Saturday, 30 July 2011

~Pagi Ini~

Alhamdulillah kita bertemu lagi,
Bertaut pada hari yang dinanti,
Menghirup hawa dingin pagi ini,
Menjelang sudah Ramadhan yang dirahmati

Sudah bangun seawal pagi,
Sahur bersama semua sefamili,
Memang seronok menjamah itu dan ini,
semoga kasih ini kekal abadi

Cabaran akan bermula lagi,
Menahan nafsu di siang hari,
Moga kekal sehingga berbuka nanti,
Tak mahu apa yang ku dapat hanya rugi

Tambahkan amal kuatkan azam,
Jangan ia sehangat tahi ayam,
Doaku pohon di setiap tamam,
Kalau tidak amalku pasti lebam

Semoga ia mampu mendidik ku,
Merapuh segala amarah diriku,
Sedar zulmat itu masih diam kaku,
Minta nyah tak mahu membeku

Salam sayang buat semua,
Ampunkan aku sekiranya ada,
Moga kita serap barakah padanya,
Doa ikhlas tulus dari empunya


RaMaDhAn LoG : oLdBoy
LoKaSi : BaiTi, Batang Kali
Masa : 1259 (sehari sebelum ramadhan)
Tarikh : 310711
Mood : Blues Ramadhan...:D:D






No comments:

Post a Comment