Tuesday 2 August 2011

Bazar ini datang lagi,
Ia datang setahun hanya sekali,
Membawa seribu satu macam erti,
Buat hambaNya yang celik hati

Bazar ini kembali lagi,
Membawa rahmat bukan seguni,
Pasti melonjak bagi yang menanti,
Buat bekalan di akhirat nanti

Bazar ini muncul lagi,
Bertemu ia satu rezeki,
Kerana ia hanyalah kehendak Ilahi,
Buat hambaNya yang masih menghuni

Bazar ini bertamu lagi,
Jangan biarkan ia berlalu pergi,
Tanpa amalan walaupun sekali,
Kelak kitalah hamba yang rugi

Bazar ini menjengah lagi,
Minta jangan kita habis berjoli,
Sisa-sisa umur harus dinikmati,
Bersama lembayung rahmat Ilahi

Bazar ini bertaut kembali,
Sumber nikmat mencari rezeki,
Apakah ia akan muncul lagi,
Berdoa padaNya kerna aku pun tak pasti

bAzAr LoG: oLdBoY
Lokasi: Klang Utama
Masa: 2215
Tarikh: 2 ramadhan
Mood: Blues balik terawikh

No comments:

Post a Comment