Saturday, 13 August 2011

Pagi Yang Blur

Bangun sahur seperti selalu,
Muka sembam makan nasi tak mahu,
Belasah kuetiau tanpa segan silu,
Badak berendam pun habis dipalu

Segera ke surau tunaikan jemaah,
Berteman batuk bersama lelah,
Bilalah gamaknya ia mahu blah,
Sudah lama ia menyinggah

Selesai subuh tilam dipinta,
Mahu lelap seketika cuma,
Tapi berjam-jam aku membuta,
Alamak seluar direndam hampir dilupa

Mengadap 4shared mencari ia,
Lagu lama sudah lama tercipta,
Hangat masa zaman muda remaja,
Yahoo akhirnya ku jumpa jua

Melonjak girang usah dikata,
Senyum melebar sampai ke telinga,
Boleh dilayan di mana-mana,
Tapi sayang itu hanya nikmat dunia

Hari ini mahu bikin apa,
Terasa bosan usah dikata,
Mahu saja aku membelah dunia,
Meronda-ronda dengan si dia

bOrEd LoG : CoMmAdDix
Lokasi : Batang Kali
Masa : 1126
Tarikh : 14 Ramadhan
Mood : Blues batuk terkehel...

No comments:

Post a Comment