Sunday 7 August 2011

Monolog Bisu

Acapkali kau datang mengganggu,
Kenapa kini kau baru mahu termangu,
Semua episod kita sudah berlalu,
Biarkan kesemuanya tersemat lesu

Kenapa harus ianya dikenang kini,
Bagiku itu semua tiada lagi erti,
Menyalahkan aku tanpa henti,
Bolehkah kau cerminkan diri sendiri

Setahun lebih ia telah berlalu,
Kenapa kini kau kesal tiada berlagu,
Bukan sudah banyak kali peluang untukmu,
Sedikit pun kau tak pernah ambil tahu

Aku memang suka mendiamkan diri,
Kisah kau tak pernah aku ambil peduli,
Pada aku kau sudah lama mati.
Yang melekat kini hanya sisa-sisa daki

Sejak bila aku perlu penuhi,
Keinginan jiwa kehendak hati,
Tolong jangan berlagak membuta tuli,
Kerana aku bukan hak milik kau lagi

Sedikit aib kau tak pernah aku sebarkan,
Tapi kau anggap kutuk aku sebagai makanan,
Jadi bila aku pulangkan apa yang kau berikan,
Kenapa perlu kau meloncat seperti beruk kena belacan

Semakin lama aku makin membenci,
Sikap hipokrit kau tak pernah henti,
Apa diucap selalunya tak pernah ditepati,
Sekarang sila kau berdagang sendiri

Pemergian ku tak perlu kau tangisi,
Sebab MEGAT da lama menanti,
Atau mungkin cinta kau dikhianati,
Padan muka memang aku suka hati

Terasa amat ringan mulut ini,
Pulangkan apa yang telah kau beri,
Agar kau akhirnya celik hati,
Cinta ku buat mu dah lama mati

Tak perlu kau menangisi lagi,
Meroyan sasau jangan sesekali,
Pasal kau dah ada apa yang diimpi,
Sila layari dengan kehendak sendiri

Biarkan aku begini lagi,
Menongkah lesu di setiap hari,
Ihsan kau langsung tidak aku kehendaki,
Kalau kau datang memang pasti dapat kaki

Buangkan saja OLDBOYS itu,
Kenapa kau masih meminati,
Bukankah ini makhluk yang paling kau benci,
Mengadu domba dirinya tanpa henti,,,,,,

Bengang LoG : oLdBoY
Lokasi : Batang Kali
Masa : 1510
Tarikh : 7 Ramadhan
Mood : Blues Nak Kasi Kaki

No comments:

Post a Comment