Saturday, 23 July 2011

~HaNyUt~

Cicip sang burung menyapa pagi,
Jendela baru menjelma lagi,
Mata celik bingkas ku bangun,
Mana nak solat kalau duduk terpegun

Jajaran sepi bergema lagi,
Menungkah jiwa berkomposisi sunyi,
Likat lekat sudah tak mahu pergi,
Mohon ia sekali lagi bernyanyi

Ku tak mahu mufarakah,
Kepingin satu majlis muzakarah,
Sudah lama syaitan ini berdekah-dekah,
Melihat batinku luka semakin parah

Mahu ku redah hutan sakinah,
Mahu ku rempuh dataran hasanah,
Impianku cuma satu ketemu al-jannah,
Biar tercipta usah biarkan ia punah

Dedaun kekaca itu aku amati,
Wajarkah nikmat itu aku nikmati,
Bila dalaman ini seakan sudah lama mati,
Tinggal hanya dibungkus dihumban ke dalam peti

Lagi ku mohon lagi ia galak,
Doa taubat ku semua ku tempelak,
Beri ku kekuatan agar dapat ku elak,
Hentikan barah hati yang asyik menyalak

Air mata tercurah semuanya palsu,
Bila akal diam-diam cuma membisu,
Biarkan nafsu ini tidak lesu,
Seakan terpaku termangu terkena kiatsu


LoG : oLdBoY
Lokasi: batang kali
Masa : 1241
Tarikh : 240711
Mood : Blues entah laaaa...

No comments:

Post a Comment