Berteman lappy aku menyanyi,
Nyanyian jiwa berteman sunyi,
Lagu itu dijadikan penyaji,
Melayan blues beritma ketika ini
Lelah si otak usah dinafi,
Melayan karenah hari ini,
Mata berair berulang-ulang kali,
Cuma aku buat-buat tak reti
Syurga mata sudah lama menanti,
Bagai memangggil pulang si burung merpati,
Namun berat sungguh rasa hati,
Membiar blues ini terus berhenti
Piala dunia sudah bermula lagi,
Tapi aku mampu tersengih tunjuk gigi,
Tiada siaran astro amatlah rugi,
Kedai mampley haram nak pergi
Terasa malam kelam amat terpencil,
Tiada pekikan nyaring si makhluk kecil,
Pelik juga tiada rasa mahu terkucil,
Adakah blues malam ni blues si anak kancil
Esok ku mahu teruskan puasa,
Kerja juga seperti biasa,
Mahu badan jadi makin perkasa,
Utuh melawan segala bisa
LeBaM LoG : CoMmAdDiX
Lokasi : Batang Kali
Masa : 2309
Tarikh : 9 Syawal
Mood: Blues Sawan Mata
No comments:
Post a Comment