Seperti pantomen ku beraksi bisu,
Seperti wayang kulit diatur langkahku,
Seperti opera cina pekak telingaku,
Seperti mengerti cintaku kini kaku
Bukan kesempurnaan yang ku cari darimu,
Cuma ku mahu kau tampung kekurangan diriku,
Bukan kemewahan yang ku pinta darimu,
Cuma ku mahu kau berkongsi kasih denganku
Rona kehidupan sentiasa berliku,
Menguji kegentalan dalam diriku,
Bagai kosong tiada apa di saku,
Kenapa cintaku seakan disiku
Hilaian tawamu penghibur hatiku,
Tatkala diri seakan longlai lesu,
Minta menjengah ke dalam hatiku,
Usah kau pergi aku tak pernah restu
Coretan ini berdendang perantau,
Luahan hati yang amat risau,
Takut kasih hatinya nanti disantau,
Enggan membenar cintanya ditoreh pisau
Mohon segera ditunjuk jalan,
Jangan ia temui kegagalan,
Juga tak mahu penuh sesalan,
Membenar sayangku menjadi siulan
DiA LoG : CoMmAdDiX
Lokasi : Klang Utama
Tarikh :14 Sept
Masa : 0700
Mood :Blues aja-aja fighting
No comments:
Post a Comment