Bagai minyak penuh ia ditatang,
Penuh warna-warni ia mendatang,
Membujur lalu ia setentang,
Hadirlah dikau tidak ku tentang
Hujan malam seakan mengerti,
Menemani banjir si isi hati,
Menakung limpahan cinta sejati,
Memang ini sebenarnya lama ku nanti
Semakin lama ia semakin lebat,
Ku payung cintanya yang maha hebat,
Tak mahu ianya layu terhambat,
Pasti nanti aku akan termagu lambat
Doaku pada-mu pencipta alam,
Jangan biarkan sinaran ini kelam,
Izinkan aku ke dalam untuk menyelam,
Meneroka yang baru lupakan yang silam
Di celahan hujan cinta ini aku berteduh,
Mencari ritma padanya suatu yang ampuh,
Agar kelak aku tidak sama sekali mengaduh,
Juga tak mahu rentaknya lemah lalu lumpuh
Sepi sang malam menjadi teman,
Buat diriku yang kian dimakan zaman,
Anganku nanti biarlah tercipta satu laman,
Dengan dirinya tegar mahu ku jadikan peneman
hUjAn LoG : CoMmAdDiX
Lokasi : Taman Klang Utama
Masa : 2116
Tarikh : 281011
Mood : Blues Selamanya
No comments:
Post a Comment