Thursday, 26 May 2011

Wirid Mujahidin

Jelas tenang ia tepercik,
Di setiap wajahmu para mubaligh.
Menampung kerja bukannya licik,
Sebaran agama secara tabligh

Caci maki santapan biasa,
Tahan telinga selalu diherdik,
Tapi iman kalian seakan perkasa,
Jalankan kerja tidak pernah serik

Dengan sejujur-jujurnya,
Aku malu dengan kalian,
Kerja ini telah lama aku tinggalkan,
Hilang punca dari mana harus aku mulakan

Musafir ini menghambakan diri,
Mengabdikan harta nyawa masa sendiri,
Giat bekerja saban hari,
Dengan iqtiqat mahu agama berdiri

Doakan aku wahai sahabat,
Agar terbuka hati untuk beramal,
Sama-sama mendukung agama yang hebat,
Sampai ke hujung kita berjihad

Amin

LoG oUt : oLdBoY
Lokasi : Bilik, batang kali
Masa : 2146
Tarikh : 260511
Mood : Blues Bermuamalat

No comments:

Post a Comment