Friday, 20 May 2011

Pengakhiran II

Kelam kelabu awan berlalu,
Seakan mengerti isi hatiku,
Duduk diam terus membatu,
Memikir ujian yang telah berlaku

Sejenak terfikir hati terdetik.
Kenapa ianya harus berputik,
bagaikan hujan bukan setitik,
mulut terpacul biar betik

Harta terpunggah semua dikemas,
Ibarat diri seakan dah lemas,
Samada Air Asia mahu pun MAS,
Bersiap sedia untuk berlepas

Mengapa di sini caranya begitu,
Membunuh kami satu persatu,
Kami ni manusia bukannya hantu,
Di mana ikhsan seperti dipalu

Mungkin ini kali yang akhir,
Berdagang sendiri menjadi si fakir,
Bukan berkira bukan bersifir,
Cuma penat menjadi musafir

Buakan rasa-CoMmAdDiX
Tempat: Pejabat A2Z (tengah prechum-meeting)
Masa:1100 (LT)
Mood:Blues + bosan

No comments:

Post a Comment