Friday, 20 May 2011

Kepulangan Yang Dinanti

Sunyi pagi disapa kupu jalanan,
Mahu dirinya diberi layanan,
Memang tak mahu tetaplah enggan,
takut terlucut sisa-sisa iman

Sopan santun manis disapa,
Disapa oleh si pelayan angkasa,
Amat manis baik budinya,
Apa nak kata dah tugas mereka

Bumi asing ini ku tinggalkan jua,
Bersama segala duka derita,
Misi digalas tidak berjaya,
Aku termenung aku kecewa

Kapal berlabuh akhirnya tiba,
Sudah ku nampak bumi tercinta,
Hati gundah bertukar gembira,
Ingin rasa ku kucup tanah merdeka

Air diteguk hilangkan dahaga,
Buat si tekak yang asyik meronta,
bas dipacu laju segera,
KL sentral hala tujunya

Masuk waktu jama; ku segera,
Tunaikan fardu mengadap Yang Esa,
Malas beratur TnG pun ada,
Gegas ke platform tak banyak bicara

Komuter ini meluncur laju,
Meninggalkan stesen satu persatu,
Perut lapar usah diragu,
Mohon dirinya diisi dahulu

Tertenung pengembara menjamah rambutan,
Mesti ada hidangan durian,
Perut merintih gila meroyan,
Bila gamaknye hasratnya hendak dilayan

Layan blues seperti selalu,
Luahan hati tenangkan kalbu,
Akhirnya sampai destinasi yang dituju,
Alhamdulillah mak abah akhirnya ku temu

Yang Letih : CoMmAdDiX
Lokasi: Stesen Komuter Rawang (tunggu transit)
Jam: 3.00pm
Mood: Syok melayan blues

No comments:

Post a Comment