Tuesday, 24 May 2011

Monolog Hati II

Saban hari aku disaji,
Paduan cerita jutaan janji,
Saban hari aku dijamu,
Persoalan bila lagi mahu menyatu

Akukah pilihan isi hati,
Bagi mereka yang masih mencari,
Akukah cetusan lembaran ini,
Aku sendiri masih tak pasti,

Akukah pilihan tepat ayahanda,
Buat penaung si anak dara,
Akukah pilihan jitu ibunda,
Buat peneman si anak tercinta

Agak sukar untuk menepati,
Semua rasa idaman hati,
Aku gugup kelu sendiri,
Ceritaku buatmu bukan menagih simpati

Warkah ini penyambung legasi,
Tautan bicara monolog hati,
Buat tatapan yang masih menghajati,
Tiada yang istimewa empunya diri


PaSiVe LoG : oLdBoY
Lokasi : Karayalai, Klang
Masa : 1000
Tarikh: 250511
Mood : Blues serba salah

No comments:

Post a Comment