Sepi ini menjalar lagi,
Menikam menusuk jauh ke sanubari,
Memang menarik ketika ini,
Melayan blues seorang diri
Azan zohor telah berkumandang,
Memanggil si dagang marilah bertandang,
Tunaikan fardhu seperti didendang,
Jangan ia dilepas pandang
Rasa kosong diri ini,
Tiada menarik untuk diperhalusi,
Rintih si hati mohon diisi,
Mohon ia dipenuhi inti
Masih hangat kucupan di dahi,
Panas dibibir masih di sini,
Bukan mudah menolak ia ke tepi,
Apakan daya semuanya telah pergi
Di mana ia si anak kunci,
Yang padan yang muat untuk si hati,
Biar ia dibuka lagi,
Terima cahaya cinta lagi sekali
Adakah aku terlalu egois,
Menolak ia seakan tak pernah habis,
Atau mahu ianya selalu ditapis,
Tidak mahu ianya kembali berlapis-lapis
Senyum tawar pahit dirasa,
Melayan perasaan yang amat hiba,
Diri diselubungi rasa kecewa,
Tapi itulah isi yang benar-benar nyata
Tangan ditadah doa dipanjat,
Memohon petunjuk Sang Maha Hebat,
Mahu aku tidak diperhambat,
Tunjukkan jalan, ku tak mahu kembali sesat
Pemblues=CoMmAdDiX
Lokasi=Bilik Umah
Masa=1415
Mood=Blues dan Sendiri
Menikam menusuk jauh ke sanubari,
Memang menarik ketika ini,
Melayan blues seorang diri
Azan zohor telah berkumandang,
Memanggil si dagang marilah bertandang,
Tunaikan fardhu seperti didendang,
Jangan ia dilepas pandang
Rasa kosong diri ini,
Tiada menarik untuk diperhalusi,
Rintih si hati mohon diisi,
Mohon ia dipenuhi inti
Masih hangat kucupan di dahi,
Panas dibibir masih di sini,
Bukan mudah menolak ia ke tepi,
Apakan daya semuanya telah pergi
Di mana ia si anak kunci,
Yang padan yang muat untuk si hati,
Biar ia dibuka lagi,
Terima cahaya cinta lagi sekali
Adakah aku terlalu egois,
Menolak ia seakan tak pernah habis,
Atau mahu ianya selalu ditapis,
Tidak mahu ianya kembali berlapis-lapis
Senyum tawar pahit dirasa,
Melayan perasaan yang amat hiba,
Diri diselubungi rasa kecewa,
Tapi itulah isi yang benar-benar nyata
Tangan ditadah doa dipanjat,
Memohon petunjuk Sang Maha Hebat,
Mahu aku tidak diperhambat,
Tunjukkan jalan, ku tak mahu kembali sesat
Pemblues=CoMmAdDiX
Lokasi=Bilik Umah
Masa=1415
Mood=Blues dan Sendiri
No comments:
Post a Comment