Cermin ditenung membalik ke sini,
Sudah lama tidak muhasabah diri,
Adakah diri ini masih di sisi,
Buat Sang Agung Ya ilahi
Adakah hati ini sudah mati,
Lama sudah kering air di pipi,
Adakah aku masih mengerti,
Mati itu sudah pasti menanti,
Mana dia zuhud itu pergi,
Seakan hilang tak mahu kembali,
Adakah ujub sudah lama sebati,
Janganlah nyata biarlah ilusi
Adakah debu itu masih melekat,
Menjadi saksi nyata di akhirat,
Buatlah ia menimbang berat,
Buat ganti dosa-dosaku yang hebat
Dambaan nyata setiap hati,
Mahukan ia Jannatul Firdausi,
Adakah bakal ia aku miliki,
Kalau amalku sebesar lidi
Peluklah aku genggamlah tanganku,
Pimpinlah aku mencari asal-usulku,
Tidak ku ingin tidaklah ku mahu,
Mengadap Mu sedangkal itu
Pendosa: CoMmAdDiX
Lokasi: Bilik Rumah
Masa: 2140
Mood: Blues seorang pendosa,pendusta
Sudah lama tidak muhasabah diri,
Adakah diri ini masih di sisi,
Buat Sang Agung Ya ilahi
Adakah hati ini sudah mati,
Lama sudah kering air di pipi,
Adakah aku masih mengerti,
Mati itu sudah pasti menanti,
Mana dia zuhud itu pergi,
Seakan hilang tak mahu kembali,
Adakah ujub sudah lama sebati,
Janganlah nyata biarlah ilusi
Adakah debu itu masih melekat,
Menjadi saksi nyata di akhirat,
Buatlah ia menimbang berat,
Buat ganti dosa-dosaku yang hebat
Dambaan nyata setiap hati,
Mahukan ia Jannatul Firdausi,
Adakah bakal ia aku miliki,
Kalau amalku sebesar lidi
Peluklah aku genggamlah tanganku,
Pimpinlah aku mencari asal-usulku,
Tidak ku ingin tidaklah ku mahu,
Mengadap Mu sedangkal itu
Pendosa: CoMmAdDiX
Lokasi: Bilik Rumah
Masa: 2140
Mood: Blues seorang pendosa,pendusta
No comments:
Post a Comment