Berat mata celik ku buka,
Tanda hari baru bakal bermula,
Lekas ku bangkit fardu ku segara,
tanda syukur pada yang Esa
Gayung dihayun membasahi diri,
Sejuk pagi menusuk ke sabunari,
Badan menggigil dikacip gigi,
Sejuk itu seakan tidak mahu pergi
Alhamdulillah masih ada rezeki,
Bismillah dibaca mulut disuap nasi,
Asyik termenung memikir diri,
Apa pula ujian hari ini
Kasut dipasak melangkah lalu,
Kereta dipacu menghala ke situ,
Debu asap ditungkah seperti selalu,
Harungi jalan yang penuh berliku
Seribu satu macam dilema melanda,
Mengapa manusia acapkali terlupa,
Atau mungkin sengaja begitu rupa,
Menyusahkan orang seakan tiada apa
Berat hati dada menanggung,
Beban diterima tidak terhitung,
Kerah keringat sambung menyambung,
Moga hasilnya berbuah untung
Lagu regge seakan mengerti,
Bila mana kedamaian ituia ku cari,
Doa dipanjang mewakili diri,
Mohon aku tak disisih Ilahi
Pengalaman baru silih berganti,
Tujuannya satu mematangkan diri,
Moga ia tak putus di sini,
Biar blues ini sentiasa bersemi
Corat-coret-CoMmAdDiX
Tempat-Bilik sewa Kampong Thom
Masa-290311 (0600)
Mood-Selalu Blues
Tanda hari baru bakal bermula,
Lekas ku bangkit fardu ku segara,
tanda syukur pada yang Esa
Gayung dihayun membasahi diri,
Sejuk pagi menusuk ke sabunari,
Badan menggigil dikacip gigi,
Sejuk itu seakan tidak mahu pergi
Alhamdulillah masih ada rezeki,
Bismillah dibaca mulut disuap nasi,
Asyik termenung memikir diri,
Apa pula ujian hari ini
Kasut dipasak melangkah lalu,
Kereta dipacu menghala ke situ,
Debu asap ditungkah seperti selalu,
Harungi jalan yang penuh berliku
Seribu satu macam dilema melanda,
Mengapa manusia acapkali terlupa,
Atau mungkin sengaja begitu rupa,
Menyusahkan orang seakan tiada apa
Berat hati dada menanggung,
Beban diterima tidak terhitung,
Kerah keringat sambung menyambung,
Moga hasilnya berbuah untung
Lagu regge seakan mengerti,
Bila mana kedamaian ituia ku cari,
Doa dipanjang mewakili diri,
Mohon aku tak disisih Ilahi
Pengalaman baru silih berganti,
Tujuannya satu mematangkan diri,
Moga ia tak putus di sini,
Biar blues ini sentiasa bersemi
Corat-coret-CoMmAdDiX
Tempat-Bilik sewa Kampong Thom
Masa-290311 (0600)
Mood-Selalu Blues
No comments:
Post a Comment