Awal pagi disapa sahabat,
Bertanya khabar adakah sihat,
Membawa satu cerita hebat,
Perempuan itu masih berhajat
Tidak terkejut tidak terkesima,
Cuma hati ini tertanya-tanya,
Kenapa anda masih mahu mencuba,
Walhal ianya hanya sia-sia
Tak perlu dicari diri ini,
Dia bukan milikmu lagi,
Cukup-cukuplah engkau mengerti,
Minta nyah dikau dari sini
Tersenyum lebar tawar dihati,
Rupa-rupanya aku masih diingati,
Tapi itu tidak memberi erti,
Kita sama-sama membawa haluan sendiri
Hidup ku kini makin berseri,
Bersama Teman semua di sisi,
Jangan engkau datang kembali,
Aku tak mahu lagi disakiti
Ampun Maaf aku pinta,
Jiwa ini asyik meronta,
Usah diganggu Usah meminta,
Jangan nanti kamu yang menderita
Salam sayang pecah hati,
Sayang ku buatmu telah lama pergi,
Biarkan aku bersendiri,
Melayan blues ini bersemi
Ketar Tangan : CoMmAdDiX
Lokasi : Pejabat Areno, Klang
Masa: 1210
Mood: Blues pecah hati
Bertanya khabar adakah sihat,
Membawa satu cerita hebat,
Perempuan itu masih berhajat
Tidak terkejut tidak terkesima,
Cuma hati ini tertanya-tanya,
Kenapa anda masih mahu mencuba,
Walhal ianya hanya sia-sia
Tak perlu dicari diri ini,
Dia bukan milikmu lagi,
Cukup-cukuplah engkau mengerti,
Minta nyah dikau dari sini
Tersenyum lebar tawar dihati,
Rupa-rupanya aku masih diingati,
Tapi itu tidak memberi erti,
Kita sama-sama membawa haluan sendiri
Hidup ku kini makin berseri,
Bersama Teman semua di sisi,
Jangan engkau datang kembali,
Aku tak mahu lagi disakiti
Ampun Maaf aku pinta,
Jiwa ini asyik meronta,
Usah diganggu Usah meminta,
Jangan nanti kamu yang menderita
Salam sayang pecah hati,
Sayang ku buatmu telah lama pergi,
Biarkan aku bersendiri,
Melayan blues ini bersemi
Ketar Tangan : CoMmAdDiX
Lokasi : Pejabat Areno, Klang
Masa: 1210
Mood: Blues pecah hati
No comments:
Post a Comment