Terbit fajar menyingsing pagi,
Bingkas bangun ku siapkan diri,
Ini adalah hari yang dinanti,
Pergi merantau sekali lagi
Ada apa dengan perasaan ini,
Semua diaduk membelenggu diri,
Seakan berat melerakan diri,
Berdagang sendiri di dunia sepi
Ku gagah kaki melangkah pergi,
Meninggalkan abah emak sekali lagi,
Sempat ku kucup ku cium dahi,
Moga pemergianku akan dirahmati
Wajah sepi itu ku pandang lagi,
Seakan berat melepaskan ku pergi,
Demi mencari sesuap nasi,
InsyaAllah ku akan kembali lagi
Bumi sepi ini ku jejaki lagi,
Banyak meninggal seribu memori,
Yang pahit yang manis semua bersemi,
Menyambut kedatangan ku lagi
Ku toleh kanan ku toleh kiri,
semuanya sama seakan asli,
Misi baru bermula lagi sekali,
InsyaAllah akan bakal aku penuhi
Salam rindu si anak rantau,
Mohon perjalanan tiada ranjau,
Harap juga aku tak sasau,
Tak mahu mereka menjadi risau
Nukilan: CoMmAdDiX
Tempat: Kampong Thom Province
Mood: Blues Lagi
Bingkas bangun ku siapkan diri,
Ini adalah hari yang dinanti,
Pergi merantau sekali lagi
Ada apa dengan perasaan ini,
Semua diaduk membelenggu diri,
Seakan berat melerakan diri,
Berdagang sendiri di dunia sepi
Ku gagah kaki melangkah pergi,
Meninggalkan abah emak sekali lagi,
Sempat ku kucup ku cium dahi,
Moga pemergianku akan dirahmati
Wajah sepi itu ku pandang lagi,
Seakan berat melepaskan ku pergi,
Demi mencari sesuap nasi,
InsyaAllah ku akan kembali lagi
Bumi sepi ini ku jejaki lagi,
Banyak meninggal seribu memori,
Yang pahit yang manis semua bersemi,
Menyambut kedatangan ku lagi
Ku toleh kanan ku toleh kiri,
semuanya sama seakan asli,
Misi baru bermula lagi sekali,
InsyaAllah akan bakal aku penuhi
Salam rindu si anak rantau,
Mohon perjalanan tiada ranjau,
Harap juga aku tak sasau,
Tak mahu mereka menjadi risau
Nukilan: CoMmAdDiX
Tempat: Kampong Thom Province
Mood: Blues Lagi
No comments:
Post a Comment