Detik pantas masa berlalu,
Tiada yang hendak tiada yang mahu,
Bilakah masa itu akan bertamu,
Saat ajal menjemputku
Amal sejengkal dosa menggunung,
Mungkin jumlahnya tak mampu dihitung,
Kelat hitam hati diselubung,
Ya Allah azabMU tak mampu ku tanggung
Pimpinlah aku bimbinglah aku,
Cairkan hati yang makin membeku,
Bukalah tunjuklah pintu rahmatMu,
Suluhlah aku jalan yang harus ku tuju
Ke mana hilang cahaya sakinah,
Diriku resah kalbuku gundah,
Sudah lama ia tak diendah,
Jangan ia panjang akhir tak sudah
Nafas ditarik dilepas lelah,
Duduk termenung memikirkan masalah,
Sungguh aku tak mahu kalah,
Apatah lagi hanya berserah
Bila seru itu datang bertamu,
Tenangkan aku jangan keliru,
Kuatkan iqtiqat mohon dariku,
Moga syahadah pengakhiran helaku
Terukil: CoMmAdDiX
Lokasi: Bilik Umah
Masa: 2209
Rasa: Hamba yang berdosa....
Tiada yang hendak tiada yang mahu,
Bilakah masa itu akan bertamu,
Saat ajal menjemputku
Amal sejengkal dosa menggunung,
Mungkin jumlahnya tak mampu dihitung,
Kelat hitam hati diselubung,
Ya Allah azabMU tak mampu ku tanggung
Pimpinlah aku bimbinglah aku,
Cairkan hati yang makin membeku,
Bukalah tunjuklah pintu rahmatMu,
Suluhlah aku jalan yang harus ku tuju
Ke mana hilang cahaya sakinah,
Diriku resah kalbuku gundah,
Sudah lama ia tak diendah,
Jangan ia panjang akhir tak sudah
Nafas ditarik dilepas lelah,
Duduk termenung memikirkan masalah,
Sungguh aku tak mahu kalah,
Apatah lagi hanya berserah
Bila seru itu datang bertamu,
Tenangkan aku jangan keliru,
Kuatkan iqtiqat mohon dariku,
Moga syahadah pengakhiran helaku
Terukil: CoMmAdDiX
Lokasi: Bilik Umah
Masa: 2209
Rasa: Hamba yang berdosa....
No comments:
Post a Comment