Monday, 31 December 2012

Rindu

Sepi aku sendiri,
Merenung jauh luar jendela,
Hanya duduk tak mampu berdiri,
Terkebil-kebil nafas ku hela

Sepi hati ku sayu,
Kepingan hati bagaikan layu,
Merintih rindu laungan mendayu,
Hanya pada-Mu mampu ku rayu

Kalau rindu itu hanya setangkai,
Senang bagi ku ia ku rungkai,
Kalau rindu itu hanya sejambak,
Pastikan hancur semua ku tembak

Rindu itu bagaikan air,
Walau membeku pastikan cair,
Tautan kasih bicara berdua,
Biar selamanya hingga ke tua

Ku calitkan rindu suatu nota,
Ku zahirkan rindu dalam bertinta,
Kalau ku mampu kecilkan peta,
Pasti ku hadir tanpa kau pinta

Takungan ini masih bergenang,
Asyik dirimu aku terkenang,
Walau susah mahupun senang,
Mahu dirimu selalu ku pinang

RiNdU lOg : CoMmAdDiX
Lokasi : Taman Seri
Tarikh : 311212
Masa : 2141
Mood : Blues Merindu

Takhta Hati

Ada padanya sifat santun,
Buat hatiku acapkali runtun,
Beban rinduku melantun-lantun,
Ku garapkan ia menjadi pantun

Bai'ah itu aku pegang,
Mahu ia utuh tiada renggang,
Ingati dia masa sibuk masa senggang,
Di masa damai mahupun tegang

Mahu dianya aku julang,
Angau dirinya amat kepalang,
Terurai segala apa yang menyilang,
Tak mahu sekali pun dirinya hilang

Melihat dirinya buat ku girang,
Menukar gelap menjadi terang,
Melebur segala apa tersarang,
Hilang dirinya ku istihar perang

Suka ku renung matanya,
Suka ku kuis pipinya,
Suka ku usik hidungnya,
Suka ku cium ubunnya

Kepada mu aku meminta,
Hanya padaku kau menyinta,
Cinta sejati yang punya mata,
Persetan sahaja mereka mengata

TaKhTa LoG : CoMmAdDiX
Lokasi : Matang Jaya
Tarikh : 281212
Masa : 2210
Mood : Blues Angau

Nota Sedih

Tatkala puisi ini terukir,
Dia sedang di awangan,
Tak mampu senyuman ku ukir,
Dirinya hadir dalam bayangan

Kita berjumpa seketika cuma,
Tiap masa berlalu tidak terasa,
Bukan takdir ini tidak ku terima,
Tapi redha ku dalam terpaksa

Mahu ku runtuh ego diriku,
Mahu ku goncang kejantananku,
Tapi ianya tetapkan berlaku,
Mendiam diri menjadi kaku

Saat lambaian dihulurkan,
Terasa jauh dapat dirasakan,
Tak puas dahinya ku kucupkan,
Tak rela tangannya ku lepaskan

Rindu itu suatu yang menyeksa,
Angau itu akan datang sentiasa,
Kasih ku pada mu setiap masa,
Cinta ku pada mu bagaikan raksa

Mohon Allah permudahkan kita,
Memakbul hajat apa yang dipinta,
Moga selamanya kasih dan cinta,
Bersama ke syurga itu ku minta...amin

AwAnGaN lOg : CoMmAdDiX
Lokasi : Taman Klang Utama
Tarikh : 251212
Masa : 1717
Mood : Blues Awangan

Rentasan Hati

Masa berlalu terasa pantas,
Hadir dirimu bagai sepintas,
Bagai telur tak sempat menetas,
Mahu sahaja masa ku rentas

Hari ini dirimu akan ku hantar,
Bersama sayu hiba terkapai,
Bersama sedih pilu terlantar,
Apakan daya masa dah sampai

Dirimu ku renung dalam kesayupan,
Mulut ini terkunci tiada ucapan,
Sukar dirimu mahu ku lepaskan,
Kerana dirimu amat ku dambakan

Ujian awal kini bermula,
Mohon manis bagai si gula,
Jangan bala datang bertimpa,
Kerana ia tak mahu ku jumpa

Buat insan yang amat ku sayang,
Rindu dendam ku amatlah kepayang,
Dikau selalu membuatku terlayang,
Pasti dirimu akan selalu terbayang

Mohon Allah kurniakan rezeki,
Dicepatkan masa yang terbaki,
Mahu dirinya sentiasa disisi,
Hadirkanlah dia bukannya ilusi....amin

PiLu Log : CoMmAdDiX
Lokasi : Taman Klang Utama
Masa : 0712
Tarikh : 251212
Mood : Blues Perpisahan :(

Assalamualaikum Kasih

Seindah kilauan warna si jauhari,
Sehening nyaman bayu sang pagi,
Sepekat warna inai di jari,
Selikat kasih ini bertakha di hati

Selembut manis raut wajah mu,
Buat aku menatapnya tiada jemu,
Selirik pintas alis mata mu,
Buat aku tidak keruan bila tak bertemu

Dulu hanya di alam maya,
Kini benar dihadapan mata,
Nanti kita akan selamanya,
Dari sini hingga ke syurga

Memang benar bagai dikata,
InsyaAllah berjaya jika ikhlas,
Walau ia hadir tanpa dimninta,
Pasti sahutan ini akan dibalas

Bersama-sama kemudi bahtera,
Walau dalam senang juga sengsara,
Walau dugaan datang tidak terkira,
Kerna pada mu terkalung tiara

Moga segala hajat diberkati,
Kekal berkasih hingga mati,
Tebalkan rasa di dalam hati,
Duduk diam-diam biar sebati

KaSiH lOg : CoMmADdix
Lokasi : Lorong 10 Matang Jaya
Masa : 0615
Tarikh : 041212
Mood : Blues Berkasih

Terima Kasih Sayang

Terima kasih Ya Rabbal A'lamin,
Ketemukan aku pasangan cermin,
Untuk disatukan cermin yang sumbing,
Tika jangka hayatnya di ufuk tebing

Dia ku kenal kali pertama,
Panahan rasa jadi terkesima,
Lantas nikah ditajuk utama,
Usah ditangguh lama-lama

Detik itu kita bersua,
Menyemai janji mahu berdua,
Bukan hanya hingga ke tua,
Biar sampai ke akhir dunia

Wahai dikau kekasih hati ku,
Terima kasih terima aku,
Habis cair semua yang beku,
Jadi fasih apa yang kaku

Saat ubun mu aku sentuh,
Hati luluh bagai nak runtuh,
Khuatir mungkir apa dipatuh,
Bimbang ikrar itu aku yang tutuh

Kasih bantulah aku dalam segala,
Mengharungi onar ini bersama-sama,
Menangkis pancaroba yang menggila,
Satukan pegangan sebulat ritma

TeRiMa KaSiH lOg : CoMmAdDiX
Lokasi : Homestay Matang Jaya
Tarikh : 011212
Masa : 2320
Mood : Blues Kesyukuran :)

Bait-Bait Cinta

Tabuh utama telah berbunyi,
Gendang dipalu tiada sunyi,
Terungkai sudah segala misteri,
Menangis meroyan syaitan berlari

Segak sedia aku di persada,
Melintas dia buat aku terpana,
Kencang dengup rasa di dada,
Dia ku lihat anggun mempersona

Saat tangan ini di hulur dijabat,
Resah datang maha yang hebat,
Tapi semua itu segera diperhambat,
Rasa yakin itu hadir menjadi penebat

Dia ku angkat jadi permaisuri,
Dia ku junjung bagai bidadari,
Dia ku tatang laksana baiduri,
Dia ku semat menjadi isteri

Bermula lagi episod baharu,
Sesudah hati kita menjadi satu,
Bila selesai semua diseru,
Moga kekal seiring doa restu

Terima kasih sayang atas segala,
Atas apa semua yang direncana,
Alhamdulillah semuanya terlaksana
Kini gegak gempita di sini sana

LuV sTorY lOg : CoMmAdDiX
Lokasi : Homestay Matang Jaya
Masa :2246
Tarikh Keramat : 301112
Mood : Blues Luv Story

Monday, 19 November 2012

Titian Doa Untuk Kekasih

Patah pertama ku bermula kias,
Kerna niatku tulus dan ikhlas,
Tidak ku sangka ia membias,
Patah pertama ku dia membalas

Hening yang dulu hanya menyepi,
Kini perlahan-lahan ditolak ke tepi,
Panas membara sehangat api,
Gelora di jiwa kini tertampi-tampi

Sujud syukur pada Yang Esa,
Kerna hanya Dia Yang Maha Kuasa,
Menukar gembira dari sengsara,
Kerana Dia terbit bibit rasa

Selangkah lagi tapak diarak,
Sebentar lagi terbit semarak,
Sebaris lagi damai diperak,
Sehening lagi nyaman diorak

Sama-sama menghitung hari,
Tarikh dititi ternanti-nanti,
Senyum terukir tampak berseri,
Menunggu takbir penyatuan dua hati

Pada dirimu dinda kanda berjanji,
Akan ku pegang erat isi si panji,
Walau berat dugaan hadir menguji,
In Shaa Allah akan ku bidas apa disaji

TiTiAn LoG : CoMmAdDiX
Lokasi : Taman Klang Utama
Masa : 2005
Tarikh : 191112
Mood : Blues Meniti Hari

Sunday, 4 November 2012

Kisah Semalam (November Rain)

Bukan selalunya langit itu cerah,
Mendung hujan jua datang menjengah,
Buang yang duka hilangkan marah,
Mari sama-sama kita bermuhasabah

Jangan pernah sekali dikau beralah,
Pada bisikan jahat yang mahu kita berbalah,
Kerana mereka mahu melihat kita kalah,
Kelak sama-sama akan rasa bersalah

Ku akui khilaf banyak menyelubungi,
Banyak lagi perkara yang perlu dibaiki,
Tak mahu biarkan amarah itu menyelubungi,
Bantulah aku merisik nur yang ku jejaki

Cintaku padamu tidak pernah berbelah bahagi,
Sayangku padamu tidak susut walau sekati,
Kasihku padamu tidak perlu dikau ragui,
Rinduku padamu utuh sepenuh hati

Bila mana ia goyang menduga,
Jangan mudah cepat kita berlaga,
Kerana syaitan suka menjadi yang ketiga,
Kalau berjaya pasti mereka berbangga

Masa akad kita bakal menjelang tiba,
Sama-sama berdoa moga tiada apa,
Mohon terlaksana apa yang direncana,
Pinta juga biar kekal hingga ke sana

NoV lOg : CoMmAdDiX
Lokasi : Taman Seri
Masa : 1504
Tarikh : 041112
Mood : Blues November Rain

Saturday, 27 October 2012

~Cerita Kami~

Bermula komen dari telefon bimbit,
Rasa mahu berkenalan mula terbit,
Namun rasa sayang mulai membibit,
Lantas deras rasanya bermega-mega bit

Ayu itu menjadi hiasan dirinya,
Senyuman itu menjadi identitinya,
Akhlak itu menjadi pakaian dirinya,
Agama itu menjadi cerminan dirinya

Hari-hari pintu hatinya ku ketuk ku jengah,
Adakalanya nafas semput termengah-mengah,
Merisik khabar dirinya tak mahu berlengah,
Alhamdulillah pertunangan menjadi jalan tengah

Ada masanya halangan itu datang menderu,
Seakan menyekat sampainya suara seru,
Tapi Allah tunjukkan jalan hala yang baru,
Buat kami yang mahu membuka lembaran baharu

Kini hanya tinggal beberapa detik,
Saat bahagia menunggu beberapa mantik,
Simpanlah air mata itu walaupun setitik,
Karunglah senyum manismu kerna ia menyuntik

Dengan mu hanya aku mahu bersama,
Di sini hingga membawa ke sana,
Moga diperkenan oleh Yang maha Esa,
Memayungi kasih murni kita berdua

SiMpAnAn LoG : CoMmAdDiX
Lokasi : Batang Kali
Masa : 1002
Tarikh : 281012 (4weeks to go)
Mood : Blues Bahagia

Monday, 1 October 2012

~Buat Kamu~

Detik pertama sudah berlalu,
Dia ku lihat duduk bersimpuh malu,
Berkata sepatah tidaklah lalu,
Seakan sudah terdengar kompang dipalu

Anggun kamu berkurung ungu,
Resah aku di luar lama menunggu,
Terkebil celik sendiri ku termangu,
Mahu ku tahu apa yang berlaku

Selepas berlalu sudah saat itu,
Selepas semua diperiksa satu persatu,
Lega rasa hati hanya Allah yang tahu,
Senyum meleret bila aku terpandang kamu

Masih tergiang alis matamu,
Masih terigau ayu wajahmu,
Masih terlekat harum padamu,
Masih ternyala merah di pipimu

Buat kamu Dang Intan,
Ku janji padamu tiada akan pengkhianatan,
Akan ku tepis semua godaan syaitan,
Agar hubungan ini sampai ke pengakhiran

Terima kasih atas layanan,
Menyambut kami datang bertandang,
Terlebih kurang minta dihalalkan,
Nantikan nanti saat kompang berdendang

HaPpY lOG : CoMmAdDiX
Lokasi : Taman Klang Jaya
Masa : 1341
Tarikh : 011012
Mood : Blues Berdendang

Dua Minggu Lagi

Tanpa diduga tanpa direncana,
Perkenalan itu buat ku terpana,
Membingkis suatu rasa mempersona,
Bukan sekadar bersahabat pena

Masa pantas berjalan laju,
Memimpin kita ke arah dituju,
Tak pernah sangka akan ke situ,
Langkah awal ku sebelum bersatu

Ada kira-kira dua minggu,
Hari yang mana kita tunggu,
Hadir suatu permulaan yang baru,
Pergi suatu penamat yang haru

Alhamdulillah dipermudahkan segala,
Semua dirancang tiada tergendala,
Boleh dilepas panjangnya hela,
Syukur ku pada Mu Allah Taala

Pernahkah dikau sama menduga,
Atau pernahkah akan menjangka,
Kita sama bakal naiki satu demanga,
Berlayar bersama suka dan duka

Adakah kamu kini berdebar,
Atau senyum sengih melebar,
Laluinya selembar demi selembar,
Sama-sama kita tabah dan sabar :p


DuA lOg : CoMmAdDiX
Lokasi : Taman Klang Utama
Masa : 2117
Tarikh : 140912
Mood : Blues Berdua

Tuesday, 28 August 2012

Perca Kasih

Dalam aku mencari suatu konteks,
Menjadi pencarian ini menjadi kompleks,
Bila bersua dengannya ku menjadi rileks,
Bersamanya mahu ku bina satu indeks

Padanya aku telah terpesona,
Ayu wajahnya buat aku jadi terpana,
Sah panahan kasih telah mengena,
Buat tidurku acapkali tak lena

Telah ku memberi suatu intro,
Kau membalasnya dengan outro,
Menjadikan aku seperti hero,
Rasa seperti macam ultraman taro

Memang benar hati ku tidak dibedung,
Kerna kasihku padanya sukar ku bendung,
Pengganti kasih yang lama sudah kudung,
Pencerah kasih yang lama sudah mendung

Memang benar dikau si tun teja,
Bertakhta dihati tidak tersengaja,
Kini bait-baitku akan berpujangga,
Seperti kasihnya cinta pada si rangga

Sejak dari awal kita bertemu,
Ku hanya berkasih pada kamu,
Mahu ku sentuh umbun dahimu,
Berkasih sayang denganmu tanpa jemu

PeRcA lOg : CoMmAdDiX
Lokasi : Taman Desa Utama
Masa : 1025
Tarikh : 290812
Mood : Blues Berkasih
Sejak dari awal kita bertemu,

Saturday, 25 August 2012

Perjalanan Ini

Hadir rasa ini tanpa pernah aku minta,
Makin menebal tidak pernah aku pinta,
Mungkin ini rasa sebenar menjunjung panji cinta,
Terus meng hilang segala yang gelap gelita

Sejak pertemuan pertama kali,
Tidak ku toleh belakang barang sekali,
Terus menerus ku pupuk ia bagi berseri,
Sampai akhirnya kasih kita akan termetri

Telah disimpan tarikh menjadi,
Persiapan acara juga semua selari,
Berdenyut debar disegenap nadi ,
Menghitung masa mengira hari

Rasa tak sabar di dalam hati,
Ku berangan ia tidak berhenti,
Saat mana ku semat cincin ke jari,
Pasti ku syukur kasih kita sudah terpatri

Duhai kamu pemilik cinta,
Biarlah puisi ini terus bertinta,
Tak bersungguh ia tak kan melata,
Tak kan putus ia terus bercerita

Duhai kamu pemilik yang anggun,
Pada mu telah lama ku terpegun,
Moga hadir ku kan buat kau bahagia,
Hingga ke syurga tak terakhir di dunia

MuSaFiR lOg : KeReNgKoZ
Lokasi : Taman Seri Batang Kali
Masa : 0124
Tarikh : 260812
Mood : Blues Aku Musafir :)

Wednesday, 15 August 2012

Debaran Cinta


Pada dirinya hati ku tertaut,
Mahu pada kasihnya aku berpaut,
Mahu semuanya habis ku kaut,
Biarlah berpisah kerana maut

Pada dirinya cinta ini termaktub,
Di masa cinta ini tidak berkutub,
Di mana dahulunya jendela hati ini tertutup,
Keras batu hatinya akhirnya sudah meletup

Di saat aku seakan terus sebegini,
Dikau hadir membawa seribu seri,
Menyinar semula corak dan juga seni,
Mengubat luka lama yang sakit terperi

Di saat harapan itu semakin sukar,
Hadir dikau semuanya bagai bertukar,
Blues sepiku habis menggulung tikar,
Sesungguhnya kau memang si pakar

Debaran itu kian kuat terasa,
Dalam saat kita  menunggu masa,
Harapanku moga semua berjalan lancar,
Moga nur kasih kita akhirnya terang memancar

Persiapan kini dalam rencana,
Untuk majlis di sini jua di sana,
Tempahan semua telah tersedia,
Cuma hanya tunggu aku dan dia

DeBaRaN lOg : CoMmAdDiX
Lokasi : Taman Desa Utama
Masa : 1223
Tarikh : 150812
Mood : Blues Berdebar

Saturday, 28 July 2012

Bermula Kisah Epik

Seawal jam lapan kami bersiap,
Berjumpa si dia walaupun sekejap,
Masing-masing sama berharap,
Semaian kasih ini mampu digarap

Pertemuan epik sudah berlaku,
Masing-masing senyap diam membatu,
Mungkin tak sangka juga rasa malu,
Untuk sama mulai mukaddimah itu

Bersama emak abah sebagai teman,
Juga mak teh pak teh menjadi saksi,
Kerana si bunga bukan di sebarang laman,
Dia dijaga rapi dikelilingi pendinding besi

Ayu manis sungguh wajahnya,
Buat hati gundah sering bertanya,
Bilakah akan tiba nanti masanya,
Ya Allah aku mahu bersamanya

Nampaknya kita sama-sama mengia,
Dikau sambut cinta ku dengan ria,
Akan ku cuba buat dikau kan bahagia
Moga kan kekal bukan hanya di dunia

Walau tadi hanya seketika cuma,
Tapi kita bersama mampu laksana,
Rancangan yang dah lama direncana,
Menyiap hantaran apa yang ada


EpIk LoG : CoMmAdDiX
Lokasi : Taman Seri Batang Kali
Masa : 2328
Tarikh : 08 Ramadhan
Mood : Blues Kisah Epik

Thursday, 26 July 2012

Keberangkatan

Sudah masuk hari yang baru,
Ramadhan ini perlahan-lahan berlalu,
Beruntunglah mereka yang menyahut seru,
Bila berpisah dengannya pastinya terasa pilu

Tercipta ramadhan ini satu kisah,
Padanya aku sendiri berasa resah,
Mahu ku bangkit dari segala sakit,
Walaupun langkahku berdikit-dikit

Mahu ku gabung semua perca,
Agar nanti menjadi satu lembaran,
Mahu ku tutup mulut yang mencerca,
Biar tertutup semua rasa hairan

Terpatri sudah semua rasa janggal,
Tiada satu pun yang tertinggal,
Jadikan aku pemilik yang tunggal,
Segala penghalang biarlah dipenggal

Tidak ku sabar menanti detik itu,
Saat pertama dikau kan ku temu,
Sabarlah dikau tunggu aku di situ,
Mahu dikau ku tatap tanpa jemu

Tatkala bingkisan ini ku garap,
Hanya padaMu aku mengharap,
Mohon semua padanya mampu ku serap,
Mahu ku kikis segala yang kurap

KeBeRaNgKaTaN lOg : CoMmAdDiX
Lokasi : Taman Klang Utama
Masa : 0714
Tarikh : 6 ramadhan
Mood : Blues Belum Tiba :)

Thursday, 19 July 2012

Harapan Ramadhan

Bertemu ia satu anugerah,
Bulan mulia yang penuh sirah,
Kepada Dia semuanya terarah,
Melipat ganda ibadah tidak menyerah

Tawaran terbuka kepada semua,
Kepada si muda jua si tua,
Ganjaran berganda tak mampu dikira,
Mari rebut semua dengan segera,

Beduk ramadhan kian tiba,
Ku sambut ia penuh rasa hiba,
Kerana seringkali aku tertanya-tanya,
Masihkah diberi ruang untuk bertemu dengannya

Dalamnya Allah memberi jutaan fadhilat,
Diberi pahala pengampunan jua rahmat,
Bukan kepada mereka yang kuat mengelat,
Tapi pada mereka yang mengejar semua nikmat

PadaMu aku panjangkan hajat,
PadaMu niat ini ku panjat,
PadaMu aku mahu bermunajat,
Limpahkan kurnia jangan disejat

Duhai pencipta langit dan bumi,
Sesungguhnya padaMu ku akan kembali,
Bantulah aku dalam perjalanan ramadhan ini,
Agar ku beroleh redhaMu Ya ilahi....

Amin Ya Robbal A'lamin

RaMaDhAn LoG : CoMmAdDiX
Lokasi : Taman Klang Utama
Masa : 0714
Tarikh : 30 Syaban / 200712

Sunday, 15 July 2012

Keramat Cinta

Tidak ku cari suatu yang sempurna,
Kerna ku tahu ia sukar untu dibina,
Tidak ku intai suatu yang cantik,
Kerna ku ku khuatir ianya hanya sedetik

Ku hanya mahu yang sederhana,
Cukup padanya aku diam terpana,
Ku hanya kepingin yang ikhlas,
Cukup pada bahunya kepala ku dialas

Sepanjang hidup ini,
Sepertinya memang ku nanti,
Seumur perjalanan ini,
Di sinilah blues itu akan berhenti

Buat kamu pemilik lesung pipit ku,
Terima kasih kerana lama menunggu,
Akan ku usaha penuhkan ruang saku,
Tak mahu kerananya rencana terganggu

Hentikanlah tangisan sedih itu,
Kerana aku bukannya sebegitu,
Ada moleknya doa kita kan jitu,
Agar disegerakan kita menyatu

Jika dialah jodoh buat diri ku,
Ku mohon sesuatu pada Mu,
Permudahkanlah segala urusan ku,
Juga ku harap rahmat daripada Mu

KeRaMaT cInTa LoG : CoMmAdDiX
Lokasi : Taman Seri Batang Kali
Masa : 1552
Tarikh : 150712
Mood : Blues Keramat Cinta

Wednesday, 11 July 2012

Buat Aku

Tatkala Allah temukan kamu dengan yang salah,
Usah kamu segera mengalah,
Disaat dendam kesumat marak berbalah,
Sedarlah diri segeralah islah

Usah dikenang barang yang silam,
Takut hadirnya menambah si kelam,
Jangan dirobek luka hati yang dalam,
Khuatir lukanya kian dalam menyelam

Dalam asyik kau berkias fansuri,
Usah dikau mudah lupakan diri,
Dalam asyik kau elak bisanya duri,
Jangan pernah kau pentingkan sendiri

Bila mana lobosnya dicarik-carik,
Jangan kau lupa panasnya terik,
Tika lukanya bagai ditarik-tarik,
Cekalkan hati usah kau berasa serik

Patah tumbuh hilang berganti,
Jangan kerananya kau makan hati,
Percayalah akan tiba suatu hari nanti,
Ganjaran Allah menanti mu pasti

Buat peringatan pada empunya diri,
Jangan siakan dia walaupun sekali,
Angkatlah dia menjadi si suri,
Tenangkan jiwa tika bertemu si wali

BuAt AkU lOg : CoMmAdDiX
Lokasi : Taman Klang Utama
Masa : 2158
Tarikh : 110712
Mood : Blues Buat Aku

Saturday, 7 July 2012

Aku Suka Dia

Telah sampai satu pengkhabaran,
Telah sampai suatu pengakhiran,
Telah sampai seperti yang disaran,
Telah sampai rasa ini harus ku migran

Penantian ini sudah sampai penghujung,
InsyaAllah akan ada nanti si sirih junjung,
Dari kami keluarga besar semenanjung,
Buat si idaman hati yang ku sanjung-sanjung

Memang benar dikau yang ku damba,
Pengubat luka dan jua hati yang lara,
Bila agaknya masa itu kan kunjung tiba,
Rindu ku tanggung banyak tidak terkira

Hati ini acapkali rasa terganggu,
Diri ini acapkali duduk termangu,
Sampai bilakah harus ku tunggu,
Resah ini seringkali membelenggu

Bagai telah hadir suatu jasbah,
Buat luka lamaku menjadi kebah,
Buat perit derita lamaku kini rebah,
Buat ganjaran buat hati nan tabah

Telah terbit suatu rasa,
Telah wujud suatu ritma,
Kini ku serahkan pada Yang Kuasa,
Tak sanggup ku tahan rasa ini lama-lama


AkU sUkA dIa LoG : CoMmAdDiX
Lokasi : Taman Seri Batang Kali,
Masa : 1849
Tarikh : 070712
Mood : Blues Aku Suka Dia

Friday, 6 July 2012

Gadis Bunga Kristal

Nukilan ku kini hanya untukmu,
Untuk meluah rasa yang terbuku,
Risau takut gembira semua menyatu,
Fotomu acapkali mengganggu sanubariku

Angan-anganku kini menjadi nyata,
Zulmat yang menebal bagaikan sudah tiada,
Allah telah pun menghantar satu kurnia,
Rasminya kini dikau telah ku jumpa

Inikah mungkin dinamakan cinta,
Aku berasa sungguh bahagia,
Hati bergetar tatkala menatap wajahnya,
Bagai terasa diri hanyut diluar atmosfera

Izinkan aku menangi hati mu,
Nantikan hadirku tanpa jemu,
Terbitkan rasa kasihmu pada ku,
Impikan yang indah hanya denganku

Zon blues ku sudah berubah ritma,
Aku kini makin sudah percaya,
Kasihmu telahpun mengubah segala,
Akan ku kotakan segala yang direncana

Rasa cinta padamu kini kian menebal,
Inikah puncanya roboh sedihku yang kebal,
Aku mohon bersamamu mahu ia kekal,
Terima kasih bawaku pulang ke pangkal

BuNgA kRiStAl LoG : oLdBoY
Lokasi : Taman Seri Batang Kali
Masa : 0719
Tarikh : 070712
Mood : Blues Si Bunga Kristal

Tuesday, 3 July 2012

Untuk Dia

Assalamualaikum pembuka bicara,
Buat kamu yang berada di sana,
Apa khabar dikau agaknya,
Moga sihat  sejahtera hendaknya

Sebujur sirih wajah empunya,
Alhamdulillah bertudung litup orangnya,
Indah rupa warna coklat anak mata,
Bingkai hitam menjadi pilihan dirinya

Tergoda aku pada senyumannya,
Membuat blues aku di zon bahaya,
Penuh ikhlas manis rupanya,
Ya Allah sungguh aku tidak percaya

Lesung pipit peneman pipinya,
Senyuman tergaris indah susunannya,
Gila memang sesungguhnya aku terpana,
Tersentak aku dari panjangnya lena

Aku harap dikau dapat menerima,
Salam simpul ku yang tak seberapa,
Moga blues aku berubah tema,
Dengan hadir kau yang telah menyapa

InsyaAllah jika aku dikurnia,
Pastikan aku mengangkat si dia,
Buat peneman aku di dunia,
Juga ke syurga tetap setia...آمِÙŠّÙ†ْ... آمِÙŠّÙ†ْ آمِّÙŠْÙ†َ ÙŠَا رَبَّ الْعَالَÙ…ِÙŠْÙ†َ

UnTuK dIa LoG : CoMmAdDiX
Lokasi : Karayalaii
Masa :1358
Tarikh : 040712
Mood : Blues Untuk Dia

Sunday, 1 July 2012

Romantika

Aku bukan seorang romantis,
Juga tidak pandai berpuitis,
Tapi bersamamu mahu ku rintis,
Agar ia bisa buat kau berhenti menangis

Aku juga tidaklah dinamis,
Pandai menabur janji nan manis,
Tapi bersamamu mahu hayat dihabis,
Saling memerlu saling simbiosis

Gambaran padamu semuanya persis,
Dalam puisi semuanya berbaris,
Seakan-akan awal sudah ku tesis,
Kini hanya perlukan tanjak dan keris

Tatkala bait ini aku cipta,
Pasti kamu sedang diulit lena,
Aku sendiri tidak tahu mengapa,
Wajah kamu seringkali menerpa

Pada kamu aku meminta,
Jadilah kaki tangan dan juga mata,
Lengkapkan aku semua anggota,
Agar jalanan hari ku indah tercipta

Alhamdulillah terbalas semua jerih,
Tersadai sudah semua perih,
Kini mahu ku siapkan kapur juga sirih,
Juga berkira-kira tetapkan tarikh

RoMaNtIkA lOg : CoMmAdDiX
Lokasi : Taman Seri Batang Kali
Masa : Sepanyol Ambil Medal (0449)
Tarikh : 020712
Mood : Blues Romantika

Seberang

Bila hati ini mula berdebar,
Adakah ini satu petanda,
Adakah blues ini bakal dibubar,
Adakah blues ini akan ditunda

Walaupun kamu jauh di seberang,
Tapi seakan kamu ada berhampiran,
Membawa sinar yang makin terang,
Menutup sedih yang lari bertempiaran

Kenal dengan mu seketika cuma,
Tapi seakan sudah lama berjumpa,
Sekarang aku benar-benar dalam dilema,
Tapi tidak ku tahu untuk beritahu siapa

Harap kamu yang sebenar aku tunggu,
Melerai rantai yang lama membelenggu,
Memecah dangkal fikiranku yang dungu,
Agar benar lavender itu berwarna ungu

Senang aku berbicara denganmu,
Semuanya santai tiada jemu,
Harap kamu juga rasa begitu,
Kita mula langkah satu-persatu

Pada kamu ahlan wa sahlan,
Ini titk pertama kita berkenalan,
Moga ianya akan kekal berkekalan,
Sampai tiba seru panggilan....Amin

SeBeRaNg LoG : CoMmAdDiX
Lokasi : Taman Seri Batang Kali
Masa : 1907
Tarikh : 010712
Mood : Blues Seberang...:)

Blues Ali Setan

Senyum kambing aku sendiri,
Menonton drama klasik ini,
Terkenang suasana masa study,
Memang indah seronok sekali

Hilai tawa silih berganti,
Perah otak cuma sesekali,
Makan bersama tak pernah sendiri,
Saling membantu tak penting diri

Terlalu banyak kenangan bersama,
Sejak mula pertemuan pertama,
Walau sudah berlalu agak lama,
Kenangan itu ku simpan semua

Kini kita semua punya haluan,
Haluan berbeza ikut kemampuan,
Ada IR ada bergelar Tuan,
Semuanya atas dasar kemahuan

Rindu aku mahu bersama,
Bila lagi mahu kumpul semeja,
Pasti banyak benda untuk dikata,
Maklumlah sudah lama tidak bersua

Andai ada yang pernah terasa,
Mohon ampun maaf segala,
Moga kalian gembira senantiasa,
Juga mohon dijauh dari segala bala

Dedikasi buat semua SMKSMians 2001, Alamians 2004 and Omarians 2005...luv uollls

aLi SeTaN lOg : CoMmAdDiX
Lokasi : Taman Seri Batang Kali
Masa : 1843
Tarikh : 010712
Mood : Blues Ali Setan

Friday, 29 June 2012

Awangan

Pincang rasa hembusan si bayu,
Menerpa ke dasar daun yang layu,
Membelah celahan rantingan kayu,
Bagai memahami hatiku nan sayu

Deruan ombak memhempas pantai,
Semacam membadai jiwa bersantai,
Satu persatu dosa-dosaku mengintai,
Bagai tersusun rapi di atas lantai

Bagai meniti di titian rapuh,
Kakiku terpaku seakan lumpuh,
Banyak onar ranjau harusku tempuh,
Untuk menyampai ke hujung yang ampuh

Hilang seri tiada hilai,
Merasa perjalanan tidak bernilai,
Setiap langkah bagaikan terkulai,
Mencari pangkal mana nak dimulai

Ya Allah berikan aku ruang,
Jelmakan aku pintu peluang,
Terima taubatku hambamu ini,
Usah biarku hanyut sesat sebegini

Ya Allah jadikan setiap denyut nadi,
Dikira amal jariah sebelum ku bersemadi,
Juga menurut resamnya si padi,
Makin berisi makin menunduk diri

AwAnGaN lOg : KeReNgKoZ
Lokasi : Taman Klang Utama
Masa : 2241
Tarikh : 270612
Mood : Blues Awangan

Monday, 25 June 2012

Tiada Nama

Tidak aku janjikan bulan dan bintang,
Kerna kudrat ku ia bertentang,
Tidak aku janjikan emas jua berlian,
Cuma cukup makan jua pakaian

Tidak berani ku janjikan pelbagai,
Kerna tidak semua mampu ku gapai,
Tak mahu bersama mu aku mengeringai,
Tapi denganmu mahu syurga ku capai

Di sini ku garapkan tinta,
Bait-bait indah melodi cinta,
Ku lakukan tanpa kau meminta,
Kerana ianya anugerah Sang pencipta

Bersamamu mahu ku bina mahligai,
Dibawahnya mengalir si anak sungai,
Moga denganmu beroleh damai,
Sedikit-sedikit mari kita semai

Jangan talian ini bertitik nokhtah,
Hilang punca datang mana entah,
Titipkan ia dengan perihal indah,
Buat penghapus rasa yang gundah

Buat kamu si tulang rusuk kiriku,
Ingin aku nyatakan apa terbuku,
Walau sebarang ranjau penuh berliku,
InsyaAllh semuanya akan ku siku

TiAdA nAmA lOg : KeRenGkOz
Lokasi : Taman Klang Utama
Masa : 2041
Tarikh : 250612
Mood : Blues tiada nama

Saturday, 23 June 2012

Khnom Som Tors

Beduk Ramadhan bakal berbunyi,
Tapi aku masih tetap lagi begini,
Berteman duka senantiasa sunyi,
Jiwa kosong tidak berpenghuni

Lama sudah pipi ini kontang,
Mengalir deras dosa dikenang,
Biar sepagi atau pun sepetang,
Tidak hadir walaupun dipinang

Sampai bila agaknya ia kekal,
Sampai bila harus ku dangkal,
Tiada apa amalan dibuat bekal,
Mahu segera pulang ke pangkal

Hati ini selalu berbelah bahagi,
Adakah masih ada sinar itu lagi,
Atau cuma angan-angan ku tinggi,
Tak pernah untung hanyalah rugi

Sesungguhnya aku sendiri telah menzalimi,
Untuk segala cela duka luka yang ku alami,
Lautan kontang itu lama sudah ku selami,
Ku biarkan sahaja zulmat itu mendiami

Ya Allah pada Mu aku memohon,
Hadirkan aku teduhan si pohon,
Terus menerus memayungi aku,
Dalam mencari sinar yang penuh liku

KhNoM sOm ToRs LoG : CoMmAdDiX
Lokasi : Taman Seri Batang Kali
Masa : 2334
Tarikh : 230612
Mood : Blues Khnom Som Tors

Monday, 18 June 2012

Iventori Diri

Perihal lalu menggamit aku,
Setiap ketika saban waktu,
Terkenang ianya telah berlaku,
Telah tercalit memori itu

Kenangan lalu menyambar aku,
Mengapa ia harus begitu,
Bagai memahat isi si paku,
Dalam lukanya dibiar membatu

Helaian hari ku selak satu persatu,
Mencari penawar di kala buntu,
Ku harap Kau juga turut membantu,
Ketemukan aku si daun pintu

Laluan hari ku penuh berliku,
Banyak tersasar ke arah itu,
Masih adakah sirna buat diriku,
Kembali menghuni di landasan yang jitu

Terpalit dosa tepat ke muka ku,
Bagai mentertawa tiada silu,
Tidak henti bertambah jitu,
Duduk tertunduk aku menahan malu

Ya Allah aku masih menunggu,
Keluarkan aku dari termangu,
Hilangkan dari rasa sedihnya lagu,
Agar aku tidak menjadi tugu

IvEnToRi LoG : CoMmAdDiX
Lokasi : Taman Klang Utama
Masa : 2047
Tarikh : 180612
Mood : Blues Jasbah Diri II

Saturday, 9 June 2012

Blues Teluk Batik

Indah ciptaan alam semesta,
Buat santapan si anak mata,
Ciptaan agung yang perlu dicinta,
Tidaklah semua dijadikan si bata

Di sini terhenti aku menyinggah,
Habiskan masa dengan berlengah,
Dari tepi ku hala ke tengah,
Buat ku matikan rasa si megah

Anak-anak kecik terlalu girang,
Di gigi laut mereka menyerang,
Berteman cuaca yang agak terang,
Melankonik ini mula ku karang

Ku belek kiri ku toleh kanan,
Mencari sesuatu yang berkenan,
Buat aku hilangkan tekanan,
Mengakhiri sebuah permainan

Deruan bayu menghempas pipi,
Duduklah aku seorang di tepi,
Melirik blues yang resah lagi sepi,
Mencari jawapan yang banyak tapi

Dalam diam sibuk aku mencari,
Soalan yang sama acapkali mari,
Sampai bila harus aku bersendiri,
Bila masanya ku sunting si rusuk kiri


TeLuK bAtIk LoG : CoMmAdDiX
Lokasi : Taman Seri Batang Kali
Masa : 2241
Tarikh : 090612
Mood : Blues Teluk Batik

Friday, 8 June 2012

Deria Ini

Suka aku kalam ini diamati,
Suka aku tingkah mu ku perhati,
Suka aku bicara mu ku dihayati,
Suka aku janji ini akan ditepati

Bagai dihulur bantal tatkala mengantuk,
Pada riba kasih mu aku terlentuk,
Mematri cinta agung mula dibentuk,
Merebak segenap susuk bagai dipatuk

Bersama bura' ini kita memacu,
Dari awangan menuju ke mercu,
Ke segenap rasa ke serata bucu,
Bergurau senda bercanda lucu

Menunggu saat masa jua ketika,
Hijab ini akan aku merdeka,
Akan ku tukar madu dari sang cuka,
Pasti yang berdebar menjadi suka

Bila masa ditunggu itu menjelma,
Akan menangislah syaitan durjana,
Terlerai segala syarat juga terma,
Bersamamu mari kita menuju ke Sana

Di sini aku hamparkan si deria,
Deria kasih buat mu si suria,
Suria di jendela berwajah ceria,
Ceria bersama denganku si pria

DeRiA lOg : CoMmAdDiX
Lokasi : Taman Seri Batang Kali
Masa : 2357
Tarikh : 080612
Mood : Blues si Deria

Friday, 1 June 2012

TiP~tOp

Berteman kuaci aku melirik,
Mencari ilusi yang isinya menarik,
Entah bagaimana tidak ku serik,
Khayal blues hingga ke marikh

Blues ini datang sukar dihalau,
Mahu ku buang bolehlah kalau,
Membentak rasa berbalau-balau,
Mencari sirna yang warnanya berkilau

Lagu batu menemani blues ini,
Padaku ia cukup mempunyai seni,
Memecah hijab menebal kini,
Mungkin cara ku yang sebegini

Dalam samar mencari yang sedar,
Luput rasa pahit yang makin pudar,
Hadirlah rasa manis walaupun selembar,
Agak yang kelat perlahan ia beredar

Gelandangan memikul rasa tersisih,
Bila agaknya dapat ku kecap kasih,
Pada insan yang padanya ku harap,
Moga apa yang dibentuk boleh digarap

Bagai sang semut ketemu si gula,
Bagai si putih berjumpa sang nila,
Tidak ku tahu entah sampai bila,
Kasih ku padamu memang menggila


aLoNe Log : CoMmAdDiX
Lokasi : Taman Seri Batang Kali
Masa : 1046
Tarikh : 020612
Mood : Blues Takde Kene Mengena

HiDaYaT

Hidup lalai tiada pedoman,
Rasa bagai hidup sepanjang zaman,
Hilai ketawa bersama sang teman,
Diikut rasa hati yang bekehendak nyaman

Solat 5 waktunya sentiasa diabai,
Nikmat dunia senantiasa dibuai,
Kehendak nafsu semua ditibai,
Syariat agama selalu dicuai

Tapi dirasa bagai ada yang kurang,
Semua yang ada bagaikan temberang,
Mahu dicari cahaya yang terang,
Mahu yang gundah diubah girang

Terlihat cahaya hidayah di balik kamar,
Dalam payah kelihatan samar,
Kepingin mendakap mahu dilamar,
Alhamdulillah cahaya itu datang menyambar

Berjurai tangis tanda gembira,
Allah masih mahu menerima,
Setelah lama bergelumang noda,
Akhirnya ke pangkal jalan kita semula

Moga istiqamah dalam acara,
Moga tabah hadapi ujian menimpa,
Moga amalan semua diterima,
Moga yang khilaf diampunkan dosa

HiDaYaT LoG : CoMmAdDiX
Lokasi : Taman Klang Utama
Masa : 0722
Tarikh : 310512
Mood : Blues Tumpang Gembira

Saturday, 26 May 2012

Cantik

Bicara Ad-din indah terlaksana,
Melopong sebentar aku terpana,
Gemuruh datang tak tahu di mana,
Malu sendiri aku di sana

Pelik hairan semua bagai sama,
Bingung siapa punya pemilik nama,
Kini hati ini sudah kembali bertema,
Raut wajahmu benar buat ku terkesima

Wahai dikau pemilik diri,
Mahu dirimu aku dekati,
Agar dapat dikau memberi,
Apa yang ku cari apa ku nanti

Kelam malam disirami bulan,
Melihat dikau tekak ku menelan,
Perlahan naik merah warna si pipi,
Sesungguhnya aku tidak bermimpi

Setiap ketika masa berdetik,
Kasih luhur mu terus menitik,
Jika ia salah maafkan patik,
Tapi sememangnya dikau cantik

Tersusun bait-bait indah sang pujangga,
Memuji dirimu seindah tercipta,
Kasihmu tusuk dalam segenap rongga,
Senyummu buat tidak terkelip mata


CaNtIk LoG :CoMmAdDiX
Lokasi : Taman Seri Batang Kali
Masa : 1011
Tarikh : 270512
Mood : Blues Si Cantik

Sunday, 20 May 2012

Pantomensi

Berlekuk timba jatuh tertimpa,
Begitu juga ujian datang menimpa,
Tiada mangsa dituding ke siapa,
Bertalu-talu soalan datang menerpa

Ditoreh rasa mahu menyinga,
Mahu dicili mulut yang menganga,
Kenapa bacul sorok ekornya,
Atau sememangnya itu kamu yang punya

Becok kamu mengadu domba,
Luas mulut mu bagai si simba,
Tapi malang kau hanya secangkir selumbar,
Sampai masa ketika pasti kau dibubar

Adakah lena dari tidur mu,
Bila mana agenda itu bertamu,
Tak ubah dirimu bagai si lembu,
Suka menguak bila ditarik sumbu

Cukup hentikan pantomensi itu,
Hanya lawak layak dibaling batu,
Cerita kau tiada pernah yang jitu,
Nanti naik pula belakang kematu

Elok juga engkau akan pergi,
Sememangnya itu yang dinanti,
Pergilah dengan angan yang tinggi,
Kami di sini gembiranya pasti

PaNtOmEnSi LoG : EcHoLine
Lokasi : Taman Seri Batang Kali
Masa : 2253
Tarikh : 200512
Mood : Blues Suka Ati

Friday, 18 May 2012

SoFwA

Perih jerih membanting kasih,
Bersama dengannya tak mahu disisih,
Jerat prasangka harus dibersih,
Agar kekal cinta selamanya masih

Diselak sudah muka kedua,
Dicatit janji sumpah setia,
Mahu bersama hingga ke tua,
Tak ku mahu yang lain cuma dia

Telah ku temui si jendela hati,
Bersama si dia mahu ku berbakti,
Moga kekal hingga akhir hayat nanti,
Moga ketemu di syurga insyaAllah pasti

Andai lasykar ini dibadai ribut,
Andai tautan ini bagai mahu tercabut,
Pasti dirimu akan ku rebut,
Pasti kasihmu akan ku sambut

Andai kemarau kasih datang melanda,
Andai banjir amarah muncul tiba,
Usah janji keramat ini kita pinda,
Usah akhirinya dengan rasa hiba

Wahai dikau tulang rusuk kiri ku,
Jangan khuatir usahlah dikau ragu,
InsyaAllah kasih ku padamu tidak membeku,
Bagai melodi indah dinyanyikan lagu

SoFwA LoG : CoMmAdDiX
Lokasi : Taman Klang Utama
Masa : 2036
Tariikh : 140512
Mood : Blues Si Dinda

Sunday, 6 May 2012

~> Melodi <~

Jika pandai ku petikkan gitar,
Pasti ku alunkan rasa yang bergetar,
Akan ku sembunyikan rasa gementar,
Akan ku tatap wajahmu walau sebentar

Jika mahir jariku bermain piano,
Akan ku nyanyikan lagu bruno,
Biar diselang-seli nada suprano,
Tidaklah asyik aku berwajah kuno

Jika aku pandai baitkan syair,
Pasti ku buat mata mu berair,
Pasti segala sedih mu ku kikir,
Biar syair ku pula terus berdikir

Jika pandai ku karangkan lagu,
Pasti ia mengejut kamu dari termangu,
Mengukir senyum selepas itu,
Menguat lagi kasih menyatu

Jika pandai ku siulkan seruling,
Pasti siulannya melekat ke siling,
Padamu cinta ku tidak berpaling,
Walau diuji diduga oleh si maling

Jika pandai ku tepukkan kompang,
Itu tanda kita sudah tiba ke simpang,
Bermahar banyak sedikit walaupun sekupang,
Padamu kasih ku mahu menumpang

MeLoDi LoG : CoMmAdDiX
Lokasi : Taman Seri Batang Kali
Tarikh : 060512
Masa : 2201
Mood : Blues Melodi

Tuesday, 1 May 2012

~Tanjak Songsang~

Bangkit bersatu jiwa merana,
Pantas maju terus ke sana,
Menongkah arus meredah bahana,
Tersentak sudah lama terlena

Menyahut satu seruan merinding,
Tak sudah-sudah asyik menuding,
Hanya keras bersalut puding,
Bagai gajah sudah patah gading

Telah lama pening berpusing,
Semua yang ada semacam asing,
Berantakan pecah dipangkah gasing,
Diam gagap kaku masing-masing

Goyah iqtiqat makin bergoncang,
Denyup jantung menderu kencang,
Semua direncana hanya pincang,
Suka syaitan semua naik tocang

Tiada apa dicari hanya sakit,
Tiada apa cuma suka berpenyakit,
Habis luka kusta sendiri diungkit,
Duduklah terkangkang payah nak bangkit

Tidak ku suka hanya menyampah,
Feqli kamu serupa saja sampah,
Tidak berkenan semua menyumpah,
Biar nanti segalanya bersepah

ReVeRsE LoG : CoMmAdDiX
Lokasi : Taman Seri Batang Kali
Masa : 2348
Tarikh : 010512
Mood : Blues Menyongsang

Monday, 30 April 2012

Instrumentasi

Bila mana instrumentasi ini berlagu,
Sedang asyik aku termangu,
Bayang hadirmu kerap mengganggu,
Tak cukup terlentang ku tongkatkan dagu

Semerdu desiran alun suaramu,
Seredup sayup alis matamu,
Secantik anggun paras rupamu,
Seindah rupa akhlak dirimu

Bagai pucuk dicita ulam mendatang,
Hadir dirimu cukup ku tatang,
Lirik matamu tak sanggup ku tentang,
Kerna ia indah laksana si bintang

Hadir dirimu penyuluh cahaya,
Keluarkan aku dari bahaya,
Setelah dendam ini menjadi sahaya,
Dapat ku tewas akhirnya berjaya

Sebelum sampai masa diijab,
Batasan kita menjadi hijjab,
Biarlah lama walaupun sekejap,
Kasih kita pasti ku tekap

Bila instrumen ini menjadi lengkap.
Ingin dirimu ku cium ku dakap,
Bila termetri akad di sebalik tingkap,
Tersenyum syukur pasti ku ungkap

InStRuMeNtAsI LoG : CoMmAdDiX
Lokasi : Taman Seri Batang Kali
Masa : 2120
Tarikh : 280412
Mood : Blues Instrumentasi

Saturday, 21 April 2012

Abadan Abada

Telah jatuh bangkit semula,
Bukan semua itu satu petala,
Mungkin itu langkah bermula,
Buat petunjuk mana nak hala

Dalam payah ia muncul,
Entah dari mana ia terpacul,
Merawat hati dah lama sugul,
Digilap kembali menjadi unggul

Dulunya lemah kini bersemangat,

Dulunya bedi kini kian hangat,
Bagai tercabut bisa sang sengat,

Mencari kamu kini ku makin lingat

Bicara harum sewangi miswak,
Penuh isi tiada yang rawak,
Tersenyum rapi bila melawak,
Siapa lagi kalau bukan awak

Terima kasih aku ucapkan,
Mati hidup kembali seakan,
Tidur bangkit kau kejutkan,
Corong cahaya telah kau hulurkan

Harap kasih abadan abada,
Selamanya di sini kau bertakhta,
Jangan hadir porak peranda,
Memisah tautan cinta kita


AbAdAn LoG : CoMmAdDiX
Lokasi : Taman Seri Batang Kali
Masa : 1132
Tarikh : 220412
Mood : Blues Abada...:)

Wednesday, 18 April 2012

~Qalbi Wa Fi'li~

Seligat dansa si anak tekukur,
Sederas kasih ini melakur,
Ketentuan-Mu amat ku akur,
Alhamdulillah ku bertambah syukur

Setenang alir air di kali,
Semanis sayang berselang seli,
Hadir dirimu mahu ku kenali,
Terlepas dirimu amat ku kesali

Senyaman hembusan alun si bayu,
Semekar cinta yang dulu layu,
Muncul dikau pengubat sayu,
Usah pergi padamu ku rayu

Wahai dikau pemilik hati,
Dari dulu kelibat mu ku perhati,
Ada sesuatu yang aku hajati,
Adakah maksud ku kau mengerti

Wahai dikau empunya diri,
Anggun paras mu berseri-seri,
Tercipta dirimu laksana si pari-pari,
Mahukah kamu ku jadikan permaisuri

Sopan santun lembut bicara,
Cukup isi ilmu agamanya,
Moga dengan mu ku akhiri bersama,
Selamanya hingga sampai ke syurga

QaLbi LoG : oLdBoy
Lokasi : Taman Klang Utama
Masa : 2020
Tarikh : 180412
Mood : Blues Bingkisan Qalbi

Sunday, 15 April 2012

~~Salsa Ini~~

Bersih alunan kasih kau titip,
Suka aku terus mengintip,
Setiap yang kurang pasti ku kutip,
Boleh aku jadikan ia sebagai tip

Telah dipalu paluan kasih,
Setelah sekian lama ia tersisih,
Alhamdulillah rezeki ku masih,
Lancar gerakan tutur ku fasih

Telah terhenti hati menangis,
Telah padam hati yang bengis,
Bagai terpana pukauan magis,
Telah berlalu coretan tragis

Wahai kamu bernama dinda,
Senyum aku sampai ke sana,
Melihat kamu anggun di persada,
Buat aku sasau tidur tak lena

Kepadamu ku serah uncang,
Isinya denyut jantung ku kencang,
Doaku agar tiada apa yang pincang,
Jauhkan juga dari si murai lancang

Buat kamu pengarang jantung,
Menunggu hari aku menghitung,
Moga akhirnya beroleh untung,
Mahu ku lafaz apa tergantung

SaLsA LoG : oLdBoY
Lokasi : Taman Seri Batang Kali
Masa : 2022
Tarikh : 150412
Mood : Blues Bersalsa :*

Dia

Terbang melayang jiwa ini,
Menyaksi teratak hati kian berseni,
Bagai mengimpi makan si kuini,
Menyambut manis kasih nan murni

Daun pintunya telah diketuk,
Perlahan-lahan acuan dibentuk,
Biar sibuk masa seharian suntuk,
Kerna meresap kasih lepas dipatuk

Cantik senyum di sebalik alur,
Bila salam sayang aku hulur,
Menderu deras bagai ada sesalur,
Termetri cinta di setiap jalur

Bagai diturun puteri kayangan,
Hanya dikau seorang aku angan,
Begitu asyik bila terkena penangan,
Asyik kamu mengekori bayangan

Bila agaknya dirimu dapat ku sunting,
Mengangkat dirimu insan yang penting,
Pengganti kasih yang sudah lama terpelanting,
Pengemas hidupku yang terkontang-kanting

Terima kasih atas segala,
Hadir mu amat ku persila,
Moga kekal hingga ke sana,
Bila berakhir dunia yang fana

DiA LoG : CoMmAdDiX
Lokasi : Taman Klang Utama
Masa : 2347
Tarikh : 120412
Mood : Blues Dia

Wednesday, 11 April 2012

Torpedo

Torpedo kedua kembali melastik,
Bakal meninggal kesan-kesan balastik,
Menguji kesabaran minda dan juga mantik,
Membuat manusia leka berfikir sedetik

Semua rasa bagai berpusing,
Semua berputar bagai si gasing,
Kalut selamat diri masing-masing,
Mula bedebar perasaan asing

Mungkin ia sebagai tanda,
Buat manusia agar waspada,
Kejar dunia biar berpada-pada,
Jangan akhirat terus hilang nada

Mungkin juga atas nama sang manusia,
Banyaknya hanyut leka dengan usia,
Banyak melaku perkara yang sia-sia,
Masa yang lalu semua dipersia

Peringatan buat diriku jua,
Tegakkan yang Satu jangan mendua,
Ingatlah bumi kini bangka si tua,
Sampai masa akan ditinggal semua

Buat teman yang tergendala,
Sabar dengan ujian melanda,
Jangan anggap ini suatu bala,
Moga kembali aman dan reda

SiMpaTi LoG : Kerengkoz
Lokasi : Taman Seri Batang Kali
Tarikh : 110412
Masa : 1007
Mood : Blues Simpati

Tuesday, 10 April 2012

~Tiara~

Telah aku cipta satu nada,
Buat kamu untuk kamu ya kamu,
Agar ia beralun berbisik senada,
Untuk selamanya tanpa jemu

Ditepuk hati terpercik rasa,
Bercahaya ia laksana rembulan,
Terbitlah indah satu klausa,
Datanglah cinta ahlan wasahlan

Capailah ia bawalah pulang,
Pupuklah ia berulang-ulang,
Agar tersimpuh ia bersilang-silang,
Tetap utuh walaupun dilanda petualang

Biarlah hati ini sahaja berbicara,
Temani kasih kita yang mula membara,
Biar semarak menjulang lepas disira,
Moga juga dapat ku kalung sang tiara

Cukup hanya kamu yang ku ingin,
Dengan wajah ayu selembut angin,
Dengan bicara setenang dingin,
Semua padamu buat ku kepingin

Buat kamu permaisuri hati,
Sila simpan layangan ini di dalam peti,
Bila sampai masa yang dinanti,
Akan ku minta layangan ini pasti

fEeL gOoD LoG : Kerengkoz
Lokasi : Taman Seri Batang Kali
Masa : Nearly to Maghrib
Tarikh : 100412
Mood : Blues feel good