Monday, 19 November 2012

Titian Doa Untuk Kekasih

Patah pertama ku bermula kias,
Kerna niatku tulus dan ikhlas,
Tidak ku sangka ia membias,
Patah pertama ku dia membalas

Hening yang dulu hanya menyepi,
Kini perlahan-lahan ditolak ke tepi,
Panas membara sehangat api,
Gelora di jiwa kini tertampi-tampi

Sujud syukur pada Yang Esa,
Kerna hanya Dia Yang Maha Kuasa,
Menukar gembira dari sengsara,
Kerana Dia terbit bibit rasa

Selangkah lagi tapak diarak,
Sebentar lagi terbit semarak,
Sebaris lagi damai diperak,
Sehening lagi nyaman diorak

Sama-sama menghitung hari,
Tarikh dititi ternanti-nanti,
Senyum terukir tampak berseri,
Menunggu takbir penyatuan dua hati

Pada dirimu dinda kanda berjanji,
Akan ku pegang erat isi si panji,
Walau berat dugaan hadir menguji,
In Shaa Allah akan ku bidas apa disaji

TiTiAn LoG : CoMmAdDiX
Lokasi : Taman Klang Utama
Masa : 2005
Tarikh : 191112
Mood : Blues Meniti Hari

No comments:

Post a Comment