Monday, 13 February 2012

Semangat Yang Hilang

Burung menyicip ayam berkokok,
Rehat bersama di dahan pokok,
Pekena dahulu mee semangkuk,
Baru harungi hari yang berlekuk

Sedar segar nyaman hari ini,
Mengizin yang lama berlalu pergi,
Senyum dilampir tersusun gigi,
Jom kerja marilah mari

Senyum meleret manisnya hambar,
Macam jari tercucuk selumbar,
Tidak mengapa lukanya tak lebar,
Ada peluang barulah sambar

Buang yang lama tanam yang baru,
Tenangkan jiwa setenang lautan biru,
Sudah sudahlah perkara yang haru,
Jangan kepala asyik digaru

Pening melihat karenah manusia,
Suka benar mengadu domba,
Seakan melekat tambahan deria,
Tunggulah nasib mu masanya kan tiba

Blues jasbah naikkan semangat,
Buat aku supaya beringat-ingat,
Ikhlaskan hati bukan kerana pingat,
Moga hari berlalu sentiasa hangat

JaSbAh Log : CoMmAdDiX
Lokasi : Klang
Masa : 1145
Tarikh : 140212
Blues : Blues Semangat

No comments:

Post a Comment