Agak menebal sifat mazmumah,
Kian terhakis sifat mahmudah,
Mahu dibaiki tidaklah mudah,
Banyak perkara wajib ku redah
Tatkala zulmat kian bermaharajalela,
Aku diam bisu bagaikan merela,
Jalan manakah harus ku hala,
Tak mahu apinya makin menyala
Sisip dosa makin membara,
Meratah nipis salut sang pahala,
Jalan ku senget bagai si ketam kara,
Neraka menyahut silalah sila
Cerminan diri retak seribu,
Tidak ku layak walaupun sesumbu,
Tapi aku tak mahu menipu,
Terik azabmu sungguh ku tak mampu
Hidayah dari-Mu amat ku damba,
Rintihan hatiku penuh hiba,
Masihkah ada walaupun selembar,
Aku menanti penuh debar
Jika aku masih lagi begini,
Jangan paling rahmat-Mu walau seinci,
Syafaat nabi ku juga ku impi,
Moga membantu di kemudian hari
sLoW LoG : CoMmAdDiX
Lokasi : Taman Seri Batang Kali
Tarikh : 050212
Masa : 1921
Mood : Blues Kenapa Begini
No comments:
Post a Comment