Sunday, 12 February 2012

Aku Begini

Jiwa kacau ku nukil di blog,
Seakan sudah menjadi buku log,
Nama diukir menjadi prolog,
Di sini tempat aku bermonolog

Semua karya hasilnya asli,
Terus datang dari bingkisan hati,
Tidak ku cipta membuta tuli,
Setiap rangkap pasti ada pati

Ada yang senang juga yang curiga,
Tapi inilah cara aku bila otak berlaga,
Tiada niat sekali mahu berniaga,
Cuma mahu dikorek isi si telaga

Aku senang berkeadaan begini,
Kerna aku bukannya anak seni,
Di sini aku jadi seorang petani,
Karya ku tanam semua ditani

Melayan minda buntu yang merewang,
Beban si otak bagai penuh bersawang
Melankoni aku seperti terawang-awang,
Mahu sahaja penuh dengan puisi jiwang

Tolong bawa aku pergi,
Jauh dari perasaan ini,
Menyalah hati yang bersegi,
Tak mahu selamanya aku begini

BaWa LoG : oLdBoY
Lokasi : Taman Seri, Batang Kali
Masa : 2326
Tarikh : 120212
Mood : Blues Aku Begini

No comments:

Post a Comment