Sunday, 12 February 2012

Kelicap Nota

Telah tertulis sebuah nota,
Buat pengubat luka nestapa,
Tapi haruskah aku biarkan sahaja,
Melankoli ini berlalu tanpa diuja

Ubati luka durja dengan ketawa,
Sambil berangan mari berkarya,
Buat menutup sisa-sisa yang ada,
Biarkan ia berlalu bersama dingin hawa

Berbisik nota telah berkelicap,
Tiada digenggam tiada terucap,
Tangisan kalbu hanya dapat ditatap,
Hanya bibir digigit gigi diketap

Blues sendiri kian melingkar,
Tak mahu hilang seakan ingkar,
Mahu dibuang makinlah sukar,
Mahu akgirnya ku gulung tikar

Penat dikata letih dipaksa,
Makin lama makin menyeksa,
Jiwaku goyang tidaklah sasa,
Tapi harus ku anggap ia biasa

Buangkan ia main jauh-jauh,
Jangan diingat usah dipauh,
Tinggalkan ia dengan berat si sauh,
Moga lenyap tak payah disuruh

StOrY LoG : oLdBoY
Lokasi : Taman Seri Batang Kali
Masa : 1641
Tarikh : 120212
Mood : Blues Stori Mori

No comments:

Post a Comment