Tarikh ini muncul semula,
Mengingat peristiwa yang lalu,
Nyahlah dikau silalah sila,
Tak mahu hiba ini menjadi pilu
Kecewa itu merombos lagi,
Beritma perlahan bernota sepi,
Tapi alunannya berlainan sekali,
Bagai redha itu sepenuh hati
Teringat aku tarikh ini,
Tatkala dia ku lepas pergi,
Ego ku luluh bersamanya disisi,
Mata berkaca berderai ke bumi
Sekarang semulanya lain,
Semua ku buat terasa asing,
Berubah sudah aku kelain,
Memang benar bumi berpusing
Terima kasih untuk itu,
Merubah aku menjadi kelu,
Takkan aku kembali ke situ,
pasti aku tidak ceria seperti selalu
Tarikh ini pasti menjadi sejarah,
Buat diriku yang hilang arah,
Mujur malam itu tidak berdarah,
Kini ku sedar makin ku pasrah
Mohon diriku kukuh ya Allah,
Merentas ujian Mu ku tidak kalah,
Memang konflik ini masih berbalah,
Tapi mohon ia pergilah
bLuEs LoG : oLdBoY
lokasi : Umah Batang Kali
masa : 1010
Tarikh : 260611
Mood : Blues siamang...huhuhu