Monday, 19 November 2012

Titian Doa Untuk Kekasih

Patah pertama ku bermula kias,
Kerna niatku tulus dan ikhlas,
Tidak ku sangka ia membias,
Patah pertama ku dia membalas

Hening yang dulu hanya menyepi,
Kini perlahan-lahan ditolak ke tepi,
Panas membara sehangat api,
Gelora di jiwa kini tertampi-tampi

Sujud syukur pada Yang Esa,
Kerna hanya Dia Yang Maha Kuasa,
Menukar gembira dari sengsara,
Kerana Dia terbit bibit rasa

Selangkah lagi tapak diarak,
Sebentar lagi terbit semarak,
Sebaris lagi damai diperak,
Sehening lagi nyaman diorak

Sama-sama menghitung hari,
Tarikh dititi ternanti-nanti,
Senyum terukir tampak berseri,
Menunggu takbir penyatuan dua hati

Pada dirimu dinda kanda berjanji,
Akan ku pegang erat isi si panji,
Walau berat dugaan hadir menguji,
In Shaa Allah akan ku bidas apa disaji

TiTiAn LoG : CoMmAdDiX
Lokasi : Taman Klang Utama
Masa : 2005
Tarikh : 191112
Mood : Blues Meniti Hari

Sunday, 4 November 2012

Kisah Semalam (November Rain)

Bukan selalunya langit itu cerah,
Mendung hujan jua datang menjengah,
Buang yang duka hilangkan marah,
Mari sama-sama kita bermuhasabah

Jangan pernah sekali dikau beralah,
Pada bisikan jahat yang mahu kita berbalah,
Kerana mereka mahu melihat kita kalah,
Kelak sama-sama akan rasa bersalah

Ku akui khilaf banyak menyelubungi,
Banyak lagi perkara yang perlu dibaiki,
Tak mahu biarkan amarah itu menyelubungi,
Bantulah aku merisik nur yang ku jejaki

Cintaku padamu tidak pernah berbelah bahagi,
Sayangku padamu tidak susut walau sekati,
Kasihku padamu tidak perlu dikau ragui,
Rinduku padamu utuh sepenuh hati

Bila mana ia goyang menduga,
Jangan mudah cepat kita berlaga,
Kerana syaitan suka menjadi yang ketiga,
Kalau berjaya pasti mereka berbangga

Masa akad kita bakal menjelang tiba,
Sama-sama berdoa moga tiada apa,
Mohon terlaksana apa yang direncana,
Pinta juga biar kekal hingga ke sana

NoV lOg : CoMmAdDiX
Lokasi : Taman Seri
Masa : 1504
Tarikh : 041112
Mood : Blues November Rain