Sukar aku mahu melepaskan,
Tapi itu yang telah ditetapkan,
Berpisah lagi wajah tatapan,
Sedih sayu hanya mampu disimpan
Saat sayup tangan dilayang,
Hilang sedikit terpaan bayang,
Hilang lagi haruman si mayang,
Hanya kelu mampu ku tayang
Merenung aku ke angkasa,
Mahu diutuh lagi diperkasa,
Bagai dihimpap suatu raksa,
Melepas dia dalam terpaksa
Tidak ku mahu ini selamanya,
Pilu disaat melepaskan dirinya,
Namun inilah satu hakikatnya,
Inilah jawapan usah ditanya
Masa ini itu yang perlu ku usung,
Rasa rindu seakan-akan dipasung,
Rasa kasih tak pernah memesong,
Tak pernah jatuh menjadi kosong
Bait-bait doa sentiasa ku garap,
Hanya pada Mu aku berharap,
Moga dugaan ini mampu ku serap,
Biar bahagia mampu diterap
GaRaP lOg : CoMmAdDiX
Lokasi : Taman Klang Utama
Tarikh : 030313
Masa : 2159
Mood : Blues Garapan