Tuesday, 12 February 2013

Denting Malam

Jarum malam terus berdenting,
Bersama sang bayu menerpa ranting,
Terasa diri terkontang-kanting,
Tiada si dia mahu ber'dating'

Senyap si malam terasa sunyi,
Tiada suara tiada bunyi,
Seakan mengerti isi si hati,
Berkhayal sesuatu yang tak pasti

Terkadang ternganga terkuap-kuap,
Melepas bisa yang meluap-luap,
Rindu padanya sukar ku ungkap,
Jadi bermenung ku gubah rangkap

Apa khabar kamu di sana,
Sudah pasti kamu sedang lena,
Ya kamu wahai si juwita,
Rindu pada mu ku nukilkan tinta

Termenung merenung ke luar jendela,
Harapkan rencana tidak tergendala,
Kepada Allah kita serahkan segala,
Tak mahu berjauhan sampai bila-bila

Denting malam tetapkan berlalu,
Tidak perlahan mahu pun menunggu,
Kesepian keseorangan tidur tak lalu,
Terkebil mata termangu-mangu

DeNtInG lOg : CoMmAdDiX
Lokasi : Taman Sri Batang Kali
Masa : 2327
Tarikh : 120213
Mood : Blues Denting

Oh Kasihnya...:)

Terkhayal aku dalam angan,
Menongkat dagu beralas tangan,
Dikalih pula bersadur lengan,
Menahan rindu yang tidak ringan

Berteman sendiri aku suasana dingin,
Halus tiupannya dibelai sang angin,
Dipayungi gemerlapan bintang sang malam,
Menambah rasa rindu yang makin mendalam

Beralas bantal berselubung cadar,
Duduk melunjur aku bersandar,
Melayan rasa dari tadi melandar,
Rasa padanya tak mampu dihindar

Dalam rasa ku layangkan senandung,
Rasa kasih yang tak mampu ku bendung,
Pada Allah sahaja mampu berlindung,
Hindarkan dari asbab menyadung

Mencintaimu satu anugerah,
Penuh ikhlas tidak dikerah,
Benarlah dikau si khumairah,
Bila ditenung pipi mu merah

Hanya padamu wahai adinda,
Kanda mahu menumpang kasih,
Mahu semua ritmanya senada,
Tiada pancaroba tidaklah selisih

Oh KaSiHnYa LoG : CoMmAdDiX
Lokasi : Taman Klang Utama
Tarikh : 050213
Masa : 0716
Mood : Blues Oh Kasihnya :)