Wednesday, 30 January 2013

Dua Dimensi

Kolam mata membuka tirai,
Mahu merembes zarah terurai,
Perlahan-lahan ia mengurai,
Jatuh ke bawah habis berderai,

Memang sukar dihapuskan rindu,
Bila teringat pastikan tersedu,
Jangan dikira pusingan si landu,
Khuatir nanti bertambah kedu

Usahlah kita sama tangisi,
Benarlah sekarang Allah menguji,
Walaupun jasad jauh di sisi,
Tetap ku ampuh apa yang dijanji

Duhai kamu kekasih hati,
Sesungguhnya aku amat mengerti,
Rindu kasihmu tak sabar menanti,
Janji Allah akan terkabul pasti

Wahai purnama yang ku cinta,
Mari berdoa padaNya apa diminta,
Moga nanti ianya menjadi nyata,
Dihapuskan jarak pemisah antara kita

Tidurlah kamu wahai si pujangga,
Hilangkan sayumu yang tak terhingga,
Selakkan sedihmu dengan si mangga,
Memilikimu cukup membuatku bangga

DiMeNsI lOg : CoMmAdDiX
Lokasi : Taman Klang Utama
Tarikh : 300113
Masa : 2331
Mood : Blues Berdimensi

Monday, 31 December 2012

Rindu

Sepi aku sendiri,
Merenung jauh luar jendela,
Hanya duduk tak mampu berdiri,
Terkebil-kebil nafas ku hela

Sepi hati ku sayu,
Kepingan hati bagaikan layu,
Merintih rindu laungan mendayu,
Hanya pada-Mu mampu ku rayu

Kalau rindu itu hanya setangkai,
Senang bagi ku ia ku rungkai,
Kalau rindu itu hanya sejambak,
Pastikan hancur semua ku tembak

Rindu itu bagaikan air,
Walau membeku pastikan cair,
Tautan kasih bicara berdua,
Biar selamanya hingga ke tua

Ku calitkan rindu suatu nota,
Ku zahirkan rindu dalam bertinta,
Kalau ku mampu kecilkan peta,
Pasti ku hadir tanpa kau pinta

Takungan ini masih bergenang,
Asyik dirimu aku terkenang,
Walau susah mahupun senang,
Mahu dirimu selalu ku pinang

RiNdU lOg : CoMmAdDiX
Lokasi : Taman Seri
Tarikh : 311212
Masa : 2141
Mood : Blues Merindu

Takhta Hati

Ada padanya sifat santun,
Buat hatiku acapkali runtun,
Beban rinduku melantun-lantun,
Ku garapkan ia menjadi pantun

Bai'ah itu aku pegang,
Mahu ia utuh tiada renggang,
Ingati dia masa sibuk masa senggang,
Di masa damai mahupun tegang

Mahu dianya aku julang,
Angau dirinya amat kepalang,
Terurai segala apa yang menyilang,
Tak mahu sekali pun dirinya hilang

Melihat dirinya buat ku girang,
Menukar gelap menjadi terang,
Melebur segala apa tersarang,
Hilang dirinya ku istihar perang

Suka ku renung matanya,
Suka ku kuis pipinya,
Suka ku usik hidungnya,
Suka ku cium ubunnya

Kepada mu aku meminta,
Hanya padaku kau menyinta,
Cinta sejati yang punya mata,
Persetan sahaja mereka mengata

TaKhTa LoG : CoMmAdDiX
Lokasi : Matang Jaya
Tarikh : 281212
Masa : 2210
Mood : Blues Angau

Nota Sedih

Tatkala puisi ini terukir,
Dia sedang di awangan,
Tak mampu senyuman ku ukir,
Dirinya hadir dalam bayangan

Kita berjumpa seketika cuma,
Tiap masa berlalu tidak terasa,
Bukan takdir ini tidak ku terima,
Tapi redha ku dalam terpaksa

Mahu ku runtuh ego diriku,
Mahu ku goncang kejantananku,
Tapi ianya tetapkan berlaku,
Mendiam diri menjadi kaku

Saat lambaian dihulurkan,
Terasa jauh dapat dirasakan,
Tak puas dahinya ku kucupkan,
Tak rela tangannya ku lepaskan

Rindu itu suatu yang menyeksa,
Angau itu akan datang sentiasa,
Kasih ku pada mu setiap masa,
Cinta ku pada mu bagaikan raksa

Mohon Allah permudahkan kita,
Memakbul hajat apa yang dipinta,
Moga selamanya kasih dan cinta,
Bersama ke syurga itu ku minta...amin

AwAnGaN lOg : CoMmAdDiX
Lokasi : Taman Klang Utama
Tarikh : 251212
Masa : 1717
Mood : Blues Awangan

Rentasan Hati

Masa berlalu terasa pantas,
Hadir dirimu bagai sepintas,
Bagai telur tak sempat menetas,
Mahu sahaja masa ku rentas

Hari ini dirimu akan ku hantar,
Bersama sayu hiba terkapai,
Bersama sedih pilu terlantar,
Apakan daya masa dah sampai

Dirimu ku renung dalam kesayupan,
Mulut ini terkunci tiada ucapan,
Sukar dirimu mahu ku lepaskan,
Kerana dirimu amat ku dambakan

Ujian awal kini bermula,
Mohon manis bagai si gula,
Jangan bala datang bertimpa,
Kerana ia tak mahu ku jumpa

Buat insan yang amat ku sayang,
Rindu dendam ku amatlah kepayang,
Dikau selalu membuatku terlayang,
Pasti dirimu akan selalu terbayang

Mohon Allah kurniakan rezeki,
Dicepatkan masa yang terbaki,
Mahu dirinya sentiasa disisi,
Hadirkanlah dia bukannya ilusi....amin

PiLu Log : CoMmAdDiX
Lokasi : Taman Klang Utama
Masa : 0712
Tarikh : 251212
Mood : Blues Perpisahan :(

Assalamualaikum Kasih

Seindah kilauan warna si jauhari,
Sehening nyaman bayu sang pagi,
Sepekat warna inai di jari,
Selikat kasih ini bertakha di hati

Selembut manis raut wajah mu,
Buat aku menatapnya tiada jemu,
Selirik pintas alis mata mu,
Buat aku tidak keruan bila tak bertemu

Dulu hanya di alam maya,
Kini benar dihadapan mata,
Nanti kita akan selamanya,
Dari sini hingga ke syurga

Memang benar bagai dikata,
InsyaAllah berjaya jika ikhlas,
Walau ia hadir tanpa dimninta,
Pasti sahutan ini akan dibalas

Bersama-sama kemudi bahtera,
Walau dalam senang juga sengsara,
Walau dugaan datang tidak terkira,
Kerna pada mu terkalung tiara

Moga segala hajat diberkati,
Kekal berkasih hingga mati,
Tebalkan rasa di dalam hati,
Duduk diam-diam biar sebati

KaSiH lOg : CoMmADdix
Lokasi : Lorong 10 Matang Jaya
Masa : 0615
Tarikh : 041212
Mood : Blues Berkasih

Terima Kasih Sayang

Terima kasih Ya Rabbal A'lamin,
Ketemukan aku pasangan cermin,
Untuk disatukan cermin yang sumbing,
Tika jangka hayatnya di ufuk tebing

Dia ku kenal kali pertama,
Panahan rasa jadi terkesima,
Lantas nikah ditajuk utama,
Usah ditangguh lama-lama

Detik itu kita bersua,
Menyemai janji mahu berdua,
Bukan hanya hingga ke tua,
Biar sampai ke akhir dunia

Wahai dikau kekasih hati ku,
Terima kasih terima aku,
Habis cair semua yang beku,
Jadi fasih apa yang kaku

Saat ubun mu aku sentuh,
Hati luluh bagai nak runtuh,
Khuatir mungkir apa dipatuh,
Bimbang ikrar itu aku yang tutuh

Kasih bantulah aku dalam segala,
Mengharungi onar ini bersama-sama,
Menangkis pancaroba yang menggila,
Satukan pegangan sebulat ritma

TeRiMa KaSiH lOg : CoMmAdDiX
Lokasi : Homestay Matang Jaya
Tarikh : 011212
Masa : 2320
Mood : Blues Kesyukuran :)