Saturday, 21 January 2012

Imam Dunia

Apatah lagi harus ku nyata,
Fakta terbentang mata kau buta,
Ini bukan kerana undi rakyat jelata,
Tapi mana hilang iqtiqat yang dijaja merata

Sudah banyak yang kau merapu,
Adakah ia fakta atau pun menipu,
Tidakkah kau malu tersipu-sipu,
Kau hanya ibarat sang penyapu

Sedih melihat apa yang berlaku,
Adakalanya diam aku terkaku,
Adakah jawapan itu sudah terpaku,
Gatal rasanya ingin aku menyiku

Jangan hanya kerana kuasa,
Semua tingkahnya kau kata bisa,
Jauhkan dirimu dari lembah binasa,
Kerana kita tak tahu masihkah ada lusa

Mana hilang ikhlas mulus mu,
Mana jasbah zihin tidak bertamu,
Adakah kau mula merasa jemu.
Jawapan sebenar ada pada kamu

Hilang sudah rasa hormat ku,
Mengangkat kamu menjadi imam ku,
Moga hidayah cair dari terus membeku,
Agar kau sedar dilema sebenar yang berlaku

EnTaH LoG : CoMmAdDiX
Lokasi : Batang Kali
Tarikh : 220112
Masa : 1023
Mood : Mood Geleng Kepala

Saturday, 14 January 2012

Separasnya

Alhamdulillah aku masih di sini,
Menyambung bicara jua berhalusinasi,
Agak kelam suasana pagi ini,
Mengiringi tinta coretan yang lesi

Tidak ku pandai berkata fantastik,
Apakan lagi bunyi yang bombastik,
Aku hanya pandai bernada sakastik,
Itulah pencapaian ku yang realistik

Bersama hembusan dingin sang bayu,
Memaras mata ku yang kini kian kuyu,
Menebal malas rajin ku layu,
Kan ini statistik si melayu

Mata juling ku tatap juga,
Menyiapkan kerja separa jaga,
Depan ku sudah naik jelaga,
Mulut terkuap asyik menganga

Adakah rezeki ku masih bersama,
Telah ku tunggu sekian lama,
Semakin hari tiada bertema,
Atau perlu ku beri si buku lima

Harap perjalanan tiada halangan,
Juga jauhi dari segala tentangan,
Menyiapkan kerja sedia terhidang,
Biarkanlah blues ini terus berdendang

PaRaS LoG : CoMmAdDiX
Lokasi : Taman Seri, Batang Kali
Tarikh : 150112
Masa : 1031
Mood : Blues Mata Paras


Monday, 2 January 2012

Tahun Baru

Ia sudah beranjak lagi,
Tapi aku masih begini,
Mencari apa yang tak pasti,
Ke mana hala destinasi

Jenuh sudah ku toleh kanan kiri,
Sekeliling aku seakan memerli,
Bukan membantu bahkan mengeji,
Hina sangatkah rupaku kini

Nafas ditarik hela dilepas,
Mahu beban ini seringan kapas,
Tak mahu ku kenang benda yang lepas,
Bagi ku ia semua sudah halus jadi hampas

Dimana ia harus ku cari solusi,
Menghambar idea bernas penuh isi,
Agar rebahku bangun berdiri lagi,
Menongkah rona hidup pancaroba ini

Beranjak sudah umur ku kini,
Hampiri ke tanah itu sudah pasti,
Adakah sinar germelapan akan ku kecapi,
Atau mungkin ia hanya sekadar mimpi

Jeritan batinku tiada siapa mengerti,
Waima aku juga keliru tidak bertepi,
Akankah aku berjumpa si anak titi,
Memimpin aku keluar dari sepi

nEw YeAr LoG : CoMmAdDiX
Lokasi : Batang Kali
Masa : 2257
Tarikh : 020112
Mood : Blues Mencari...

Friday, 30 December 2011

~Sinis~

Telah ku baca luahan tidak puas hati,
Menyalahkan aku tak henti-henti,
Minta kau cerminkan diri sendiri,
Sebelum orang lain kau caci

Memang cacian seharusnya layak buat mu,
Tapi tidaklah aku maki m selalu,
Bila apa yang aku larang kau tetap begitu,
Perlukan pujian ku hulurkan buat diri mu

Bicara siapa yang memulakannya,
Acapkali terpacul macam benda biasa,
Pernahkah kau fikirkan akibat daripadanya,
Semua yang ada pasti akan binasa

Sesen duit mu tidak pernah aku pinta,
Jika ada barang sedikit cuma,
Untuk menampung belanja hujung bulan kita,
Hal ini pun kau nak berkira semua

Telah berulang kali peluang kau minta,
Setiap kali juga kau akan berdusta,
Sampai bila harus ku diam dari berkata,
Aku tidak dayus bukan tidak bermata

Acapkali kau persoalkan kesetiaan ku,
Pernahkah kau percaya pada lafaz ku,
Akad ku dulu hanya untuk mu,
Mahu ku kekal hingga sampai ke situ

Aku tidak pernah rasa mahu membenci mu,
Tapi perangai mu menjadikan aku begitu,
Memang tiada maaf dari ku buat diri mu,
Kerana dirimu hati ku keras membatu

Salam tahniah juga daipada ku,
Kau bakal menjadi pengantin baru,
Cukup-cukuplah kau mengintai page aku,
Dan buangkan OLDBOYS dalam diarimu

MC TeTtA LoG : oLdBoYs
Lokasi : Batang Kali
Tarikh : 301211
Masa : 2348
Mood : Blues Sadis

Saturday, 24 December 2011

Persoalannya.......

Bagai di bukit ia menyalak,
Begitu juga pintu itu kau selak,
Ia cukup membuat aku gelak,
Tak habis lagi kau mahu melalak

Cukup-cukuplah ia bertona sadis,
Ceritanya makin lama menjadi kudis,
Berantakan pecah disambung susah,
Khuatir nanti ada yang kena belasah

Paksi serong tegaknya condong,
Berat isinya buah melendong,
Takkan petir bicara mu tidak bebedung,
Atau ada sesuatu cuba kau selindung

Cacar bicara mu buat ku meluat,
Ia seakan-akan tidak kau buat,
Mungkin kau cuma menunjuk kuat,
Berbulu mata ku bagai naik ketuat

Bagaimana caranya agar kau faham,
Sudah terkacip sudah berlaga si geraham,
Apa yang dilaku bakal menjadi saham,
Tak mampu bara neraka itu dibaham

Mana yang hak mana si batil,
Semuanya habis melara kau bedil,
Dari kurus isinya kian menjadi montel,
Sedarlah kita semua insan yang kerdil

wAnNa LoG : CoMmAdDiX
Lokasi : Batang Kali
Tarikh : 241211
Masa : 2230
Mood : Blues Pelik

Friday, 23 December 2011

Salam

masih terngiang hembusan lalu itu,
memercik kerisauan ke dalam kalbu,
ternganga terpana diam membatu,
adakah sebabnya perutku sebu

adakah daun namaku telah gugur,
adakah itu sebabnya aku ditegur,
ya rabb akuini masih menganggur,
tiada amalan waima sebesar anggur

terasa amat  kerdil diri ini,
banyaknya khilaf tidak terperi,
mampukah aku mengadap sebegini,
pasti disoal tak dapat ku lari

maafkan aku wahai semua,
andai ini bicara terakhir kita,
sesungguhnya ia hadir tak tunggu tua,
kelu lidah ku tidak terkata

andai ada janj-janjii ku mungkir,
minta dihalal usah diungkit,
andai ada duit anda aku kikir,
mari cerita ku tak mahu sakit

jika ia sudah sampai ke ubun-ubun ku,
minta jangan biarkan lidahku kaku,
izinkan aku melafaz syahadah itu,
aku tak ingin menjadi makanan si batu


salam log : commaddix
lokasi : klang utama
masa : 2011
tarikh : 131211
mood : blues terpana

Wednesday, 7 December 2011

Monoloq Hati V

Senjakala telah lama melabuh,
Diiringi si cengkerik beritma riang,
Sekarang ketika menuju ke subuh,
Melankoni sepi ini jengah mendatang

Lagu medley menjadi teman,
Menyirami bunga penuh setaman,
Tapi blues ini sudah berzaman,
Minta minggir tak makan saman

Soalan sama acapkali diucap,
Menusuk dalam benak tidak sekejap,
Tiada kata mampu ku ungkap,
Takkan terjun ke luar tingkap

Kelu lidah bagai dipaku,
Ku kecap bibir sejuk membeku,
Bila agenda mega akan dilaku,
Apakan daya belum penuh saku

Diam aku senyum sendiri,
Melayan perasaan tak penah henti,
Mungkin hikmah ia ranjau berduri,
Manakan tahu rezeki besar bakal menanti

Mata ku katup cuma separa,
Memikir masalah banyak perkara,
Kalau dihitung tidak terkira,
Aku manusia bukan si para-para

Telah ku diam ia berbisik,
Terjahan yang sama amat asyik,
Bila masanya bisa ku risik,
Jambangan teratai di tengah tasik

MeLaNkoNi LoG : CoMmAdDiX
Lokasi : Taman Klang Utama
Tarikh : 081211
Masa : 0008
Mood :Bluas Hati Merisik