Saturday, 10 March 2012

Buat Pengantin Baru

Cantik itu satu yang subjektif,
Cinta itu satu yang kolektif,
Punyai cinta sejati satu objektif,
Mekarlah ia menjadi yang positif

Buat kamu si ratu hatiku,
Tahukah aku amat menyanyangi kamu,
Mahukah kamu kekal di hatiku,
Selamanya aku hanya untuk kamu

Mari kita semai benih cinta ini,
Kita siram kita jaga putik cinta bersemi,
Bersama kita cantas parasit yang dengki,
Agar hasilnya bahagia menanti

Telah termeterai janji dua hati,
Janji bersama sehidup semati,
Moga ijab ini sama-sama diberkati, 
Biar cemburu mata yang memerhati

Beringinan perpegangan tangan,
Sama berjalan di tepian bagan,
Saling berpaling berpandangan,
Biarlah kasih ini kekal berpanjangan

Cukup bagiku ada kamu,
Aku harap kau juga rasa begitu,
Sama-sama kita tempuh jalan berliku,
Tempuhi alam bahagia yang satu

pOsTeD hApPy LoG : KeReNgKoZ
Lokasi : Batang Kali
Masa : 1053
Tarikh : 110312
Mood : Blues Tumpang Gembira.

Sunday, 26 February 2012

Aprisiasi Aku

Aku tidak miliki apa-apa,
Juga aku bukan barang siapa,
Hanya menumpang bumi yang Esa,
Sampai masa aku akan jua binasa

Aku mungkin miliki harta,
Tapi ia boleh ghaib serta merta,
Aku mungkin miliki rupa,
Tapi ia pasti hanya sementara

Aku mungkin miliki jiwa,
Tapi kalau kosong akulah kecewa,
Aku mungkin miliki saudara mara,
Tapi mereka juga ada hal mereka

Bila aprisiasi ini mula berlagu,
Aku sedang duduk termangu,
Bila aprisiasi ini sedang berdendang,
Aku bingung keluh mendatang

Jenuh berfikir memercik peluh,
Mencari hujungnya cahaya bersuluh,
Bisakah menjadi tempat aku berteduh,
Atau hanya tempat jiwaku bergaduh

Diam membisu nafas dihela,
Mahu masalah hilang segala,
Mahu ku anggap ini ujian bukannya bala,
Moga pengakhirannya diganjarkan pahala

ApRiSiAsI lOg : CoMmAdDiX
Lokasi : Taman Seri Batang Kali
Masa : 2251
Tarikh : 260212
Mood : Blues Sage Mode

Thursday, 23 February 2012

Akurasi

tiada siapa mahu ku aniaya,
kerna aku jua hamba sahaya,
selalu berhalusinasi di alam maya,
sampai masa kan ku pergi jua,

akurasi ini tidak selamanya menjadi,
pasti ada ralat tak boleh diketepi,
tapi adakala ia sebenarnya nadi,
di penghujung jalan tidak bertepi

akurasi ini tidak selamanya kebal,
tidak juga selamanya menebal,
ada juga jawapan balasnya bebal,
bagai helaian benang tergumpal

pelik ku hairan juga termenung,
kemana hilang tingginya gunung,
kemana beban yang tadi diusung,
seakan langkahnya mati dipasung

atas bawah kiri dan kanan,
tiada yang suka tiada berkenan,
seperti realiti ini satu permainan,
seolah-olah hilang sudah peranan

ingin aku berehat di pantai,
tenangkan jiwa untuk bersantai,
menikmati sejuknya hawa lantai,
melepaskan beban melingkar berjuntai

akurasi log : commaddix
lokasi : taman klang utama,klang
masa : 1841
tarikh : 230212
mood : blues mencari akurasi

Saturday, 18 February 2012

Sendiri

gerimis ini masih mengundang,
sepi ini masih berdendang,
bila agaknya dapat  ku tendang,
biar jauh ia ke tengah bendang

tak sanggup mata mu ku tentang,
walaupun hanya buat sepetang,
khuatir nanti bujur kan melintang,
akhirnya rasa ini yang akan terlentang

payah rasanya untuk ku ulang,
sukar rasanya untuk ku bilang,
walau sejumlah besar sedulang,
kerna ianya luput kian hilang

berteman syahdu bayu sang malam.
melayan jiwa cahayanya kelam,
bagai disisip isinya dalam-dalam,
bagai lemas ku di tengah kolam

tiada jajahan boleh ku tawan,
tiada siapa boleh dibuat kawan,
yang banyak hanyalah lawan,
berlagak macho seakan seorang pahlawan

aku juga masih bersendiri,
merempuh onak juga duri,
dalam mencari sebutir seri,
buat peneman setiap hari

alone log : oldboy
lokasi : taman klang utama
masa : 2211
tarikh : 160212
mood : blues aku sendiri

Pergi Jauh-Jauh

tolong hadirkan  dirinya,
buat aku teman selamanya,
agar dia aku yang punya,
jika  aku layak buatnya

mahu dirinya aku belai,
walaupun hanya rambutnya sehelai,
akan pasti satu masa aku kan lalai,
meneruskan apa yang telah aku mulai

sayup-sayup hilang bayangan,
dirinya bagiku hanya angan-angan,
bagai terlepas dari pautan tangan,
yang tadi erat dipegang dari lengan

bila sunyi ini datang menghambat,
bagai gembira itu disebat-sebat,
adakah ini saru tanda musibat,
atau ujian-mu yang maha hebat

tapi harus aku bagaimana,
melankoni aku tidak kemana,
tidak ke sini mahupun ke sana,
duduk diam di sini hanya merana

tunaikan  apa yang disuruh,
hanya padanya wajib dipatuh,
moga semua ini akan meluruh,
bagi membina jiwa yang utuh

jauh log : commaddix
lokasi : taman klang utama,klang
masa : 0744
tarikh : 150212
mood : blues menjauh

Monday, 13 February 2012

Semangat Yang Hilang

Burung menyicip ayam berkokok,
Rehat bersama di dahan pokok,
Pekena dahulu mee semangkuk,
Baru harungi hari yang berlekuk

Sedar segar nyaman hari ini,
Mengizin yang lama berlalu pergi,
Senyum dilampir tersusun gigi,
Jom kerja marilah mari

Senyum meleret manisnya hambar,
Macam jari tercucuk selumbar,
Tidak mengapa lukanya tak lebar,
Ada peluang barulah sambar

Buang yang lama tanam yang baru,
Tenangkan jiwa setenang lautan biru,
Sudah sudahlah perkara yang haru,
Jangan kepala asyik digaru

Pening melihat karenah manusia,
Suka benar mengadu domba,
Seakan melekat tambahan deria,
Tunggulah nasib mu masanya kan tiba

Blues jasbah naikkan semangat,
Buat aku supaya beringat-ingat,
Ikhlaskan hati bukan kerana pingat,
Moga hari berlalu sentiasa hangat

JaSbAh Log : CoMmAdDiX
Lokasi : Klang
Masa : 1145
Tarikh : 140212
Blues : Blues Semangat

Sunday, 12 February 2012

Aku Begini

Jiwa kacau ku nukil di blog,
Seakan sudah menjadi buku log,
Nama diukir menjadi prolog,
Di sini tempat aku bermonolog

Semua karya hasilnya asli,
Terus datang dari bingkisan hati,
Tidak ku cipta membuta tuli,
Setiap rangkap pasti ada pati

Ada yang senang juga yang curiga,
Tapi inilah cara aku bila otak berlaga,
Tiada niat sekali mahu berniaga,
Cuma mahu dikorek isi si telaga

Aku senang berkeadaan begini,
Kerna aku bukannya anak seni,
Di sini aku jadi seorang petani,
Karya ku tanam semua ditani

Melayan minda buntu yang merewang,
Beban si otak bagai penuh bersawang
Melankoni aku seperti terawang-awang,
Mahu sahaja penuh dengan puisi jiwang

Tolong bawa aku pergi,
Jauh dari perasaan ini,
Menyalah hati yang bersegi,
Tak mahu selamanya aku begini

BaWa LoG : oLdBoY
Lokasi : Taman Seri, Batang Kali
Masa : 2326
Tarikh : 120212
Mood : Blues Aku Begini