Friday, 10 February 2012

Andai Ku Tahu

sedih pilu semua menyatu,
memekak telinga satu persatu,
andainya perkara ini awal ku tahu,
akan ku biarkan ia di situ

andainya ini sudah ku tahu,
akan segera ku cari bahu,
biar dileleh panas si suhu,
biar berderai sederas mahu

andai ku tahu ini berlaku,
pasti tidak ku diam kaku,
akan ku usaha langkah berliku,
segala menghalang pasti disiku

kenapa harus ku rasa sedih,
kenapa hatiku merasa pedih,
kenapa amarah ku masih mendidih,
kenapa semuanya harus bertindih

anjakkan rasa tinggikan deria,
senyumlah kamu ku mahu ceria,
lupakan kisah dan jua peristiwa,
kembalikan hilai gelak ketawa

salam kenangan muka kelat,
susun kata agahku pelat,
biar hilang semua sepantas kilat,
tak  mahu selamanya ralat

andai log : oldboy
lokasi : taman klang utama
masa : 2048
tarikh : 090212
mood : blues assuming...

Tuesday, 7 February 2012

Tinta Cinta

Tidak ku tertarik pada wajahmu yang mulus,
Tapi terpaut aku pada hatimu yang tulus,
Tidak memandang harta jua ke pulus,
Godaan pertama sudah pun lulus

Tertarik menarik kau  ku igau,
Dalam mimpi aku mengingau,
Adakah kini aku semakin angau,
Menahan gedik seperti si tungau

Tertempa namamu dihatiku,
Terpahat sama senyum tawamu,
Mahu dirakam semua yang berlaku,
Agar dapat ku tatap tiada jemu

Bila agaknya ke langkah seterusnya,
Padamu dari ku soalan ditanya,
Tunduk malu sipu diam membata,
Reaksi setuju tanpa berkata-kata

Moga dirimu pengubat lara,
Penyembuh luka kecewa sengsara,
Akan kau ku kalungkan sebuah tiara,
Tanda cinta kau aku penuh disira

Terima kasih atas segala,
Terima aku sekadar ada,
Dirimu takkan aku persia,
Moga kekal hingga ke sana

SeNyUm LoG : CoMmAdDiX
Lokasi : Taman Seri Batang Kali
Tarikh : 070212
Masa : 2240
Mood : Blues Sengih Sensorang...

Sunday, 5 February 2012

Aku

Agak menebal sifat mazmumah,
Kian terhakis sifat mahmudah,
Mahu dibaiki tidaklah mudah,
Banyak perkara wajib ku redah

Tatkala zulmat kian bermaharajalela,
Aku diam bisu bagaikan merela,
Jalan manakah harus ku hala,
Tak mahu apinya makin menyala

Sisip dosa makin membara,
Meratah nipis salut sang pahala,
Jalan ku senget bagai si ketam kara,
Neraka menyahut silalah sila

Cerminan diri retak seribu,
Tidak ku layak walaupun sesumbu,
Tapi aku tak mahu menipu,
Terik azabmu sungguh ku tak mampu

Hidayah dari-Mu amat ku damba,
Rintihan hatiku penuh hiba,
Masihkah ada walaupun selembar,
Aku menanti penuh debar

Jika aku masih lagi begini,
Jangan paling rahmat-Mu walau seinci,
Syafaat nabi ku juga ku impi,
Moga membantu di kemudian hari

sLoW LoG : CoMmAdDiX
Lokasi : Taman Seri Batang Kali
Tarikh : 050212
Masa : 1921
Mood : Blues Kenapa Begini

Friday, 3 February 2012

Ianya Pasti

Kita punya tarikh kelahiran,
Kita punya tarikh kebesaran,
Adakah kita ada tarikh kematian,
Adakah kita ada tarikh demikian

Adakah kita sudah bersedia,
Adakah kita sudah siap siaga,
Meninggalkan apa kita yang ada,
Meninggalkan segala yang kita punya

Sudah ditinggal dunia yang fana,
Sudah ditinggal dunia Pencipta,
Kini bertemu Si Mahakarya,
Temui Dia sebatang kara

Adakah diterima segala yang ada,
Bekalan dibawa bagaimana rupa,
Adakah ia seindah saujana,
Ataupun terpalit wajah Si Murka

Selamat tinggal wahai dunia,
Padamu semua hanya sandiwara,
Kini alam ku sudah bermula,
Meniti titi mahu ke Sana

Pada mereka yang aku cinta,
Ampunkan aku dari segala dosa,
Doakan kesejahteraan ku di Sana,
Moga temui kembali dalam bahagia

GiGiL LoG : CoMmAdDiX
Lokasi : Taman Seri, Batang Kali,
Masa : 2222
Tarikh : 030212
Mood : Blues Kemana Aku?

Saturday, 21 January 2012

Imam Dunia

Apatah lagi harus ku nyata,
Fakta terbentang mata kau buta,
Ini bukan kerana undi rakyat jelata,
Tapi mana hilang iqtiqat yang dijaja merata

Sudah banyak yang kau merapu,
Adakah ia fakta atau pun menipu,
Tidakkah kau malu tersipu-sipu,
Kau hanya ibarat sang penyapu

Sedih melihat apa yang berlaku,
Adakalanya diam aku terkaku,
Adakah jawapan itu sudah terpaku,
Gatal rasanya ingin aku menyiku

Jangan hanya kerana kuasa,
Semua tingkahnya kau kata bisa,
Jauhkan dirimu dari lembah binasa,
Kerana kita tak tahu masihkah ada lusa

Mana hilang ikhlas mulus mu,
Mana jasbah zihin tidak bertamu,
Adakah kau mula merasa jemu.
Jawapan sebenar ada pada kamu

Hilang sudah rasa hormat ku,
Mengangkat kamu menjadi imam ku,
Moga hidayah cair dari terus membeku,
Agar kau sedar dilema sebenar yang berlaku

EnTaH LoG : CoMmAdDiX
Lokasi : Batang Kali
Tarikh : 220112
Masa : 1023
Mood : Mood Geleng Kepala

Saturday, 14 January 2012

Separasnya

Alhamdulillah aku masih di sini,
Menyambung bicara jua berhalusinasi,
Agak kelam suasana pagi ini,
Mengiringi tinta coretan yang lesi

Tidak ku pandai berkata fantastik,
Apakan lagi bunyi yang bombastik,
Aku hanya pandai bernada sakastik,
Itulah pencapaian ku yang realistik

Bersama hembusan dingin sang bayu,
Memaras mata ku yang kini kian kuyu,
Menebal malas rajin ku layu,
Kan ini statistik si melayu

Mata juling ku tatap juga,
Menyiapkan kerja separa jaga,
Depan ku sudah naik jelaga,
Mulut terkuap asyik menganga

Adakah rezeki ku masih bersama,
Telah ku tunggu sekian lama,
Semakin hari tiada bertema,
Atau perlu ku beri si buku lima

Harap perjalanan tiada halangan,
Juga jauhi dari segala tentangan,
Menyiapkan kerja sedia terhidang,
Biarkanlah blues ini terus berdendang

PaRaS LoG : CoMmAdDiX
Lokasi : Taman Seri, Batang Kali
Tarikh : 150112
Masa : 1031
Mood : Blues Mata Paras


Monday, 2 January 2012

Tahun Baru

Ia sudah beranjak lagi,
Tapi aku masih begini,
Mencari apa yang tak pasti,
Ke mana hala destinasi

Jenuh sudah ku toleh kanan kiri,
Sekeliling aku seakan memerli,
Bukan membantu bahkan mengeji,
Hina sangatkah rupaku kini

Nafas ditarik hela dilepas,
Mahu beban ini seringan kapas,
Tak mahu ku kenang benda yang lepas,
Bagi ku ia semua sudah halus jadi hampas

Dimana ia harus ku cari solusi,
Menghambar idea bernas penuh isi,
Agar rebahku bangun berdiri lagi,
Menongkah rona hidup pancaroba ini

Beranjak sudah umur ku kini,
Hampiri ke tanah itu sudah pasti,
Adakah sinar germelapan akan ku kecapi,
Atau mungkin ia hanya sekadar mimpi

Jeritan batinku tiada siapa mengerti,
Waima aku juga keliru tidak bertepi,
Akankah aku berjumpa si anak titi,
Memimpin aku keluar dari sepi

nEw YeAr LoG : CoMmAdDiX
Lokasi : Batang Kali
Masa : 2257
Tarikh : 020112
Mood : Blues Mencari...